BAB 8 – Penunggu Cakar Dinding

Horror & Thriller Completed 4233

Terdapat sebuah kisah yang berlaku beberapa tahun lalu dan ia tentang misteri bunyi cakaran di dinding rumah. Rizal menceritakan pengalaman yang benar-benar terjadi kepada dirinya dan kisah ini bukanlah rekaan semata-mata. Hanya Allah saja yang tahu bertapa takutnya dia pada ketika itu.

Ketika itu Rizal masih bersekolah di tingkatan empat. Pada petang itu kalau tak silap pada pukul 5 lebih, Rizal menemani adiknya yang berumur tujuh tahun berbasikal dikeliling rumah, yang mana adiknya ini sudah pandai mengayuh basikalnya. Rizal duduk di rumah kampung, rumah ini memang besar dan halamannya juga luas.

Keluarga Rizal hanya duduk sebahagian atau separuh saja dari rumah ini iaitu hanya bahagian hadapan. Sedangkan belakang tiada sesiapa yang tinggal.

Semasa Rizal menemani adiknya berbasikal, Rizal memang ada membawa kunci rumah belakang kerana ibunya memintanya membersihkan di dalamnya pada ketika itu. Bila Rizal lihat adiknya berbasikal, Rizal rasa sungguh gembira kerana adiknya makin bijak dan semakin membesar. Setelah itu Rizal berkata pada adiknya, yang saya hendak masuk dahulu dan bersihkan rumah dan jangan bawa laju-laju, nanti jatuh.

Adiknya hanya mengangguk. Semasa Rizal masuk ke dalam rumah tersebut, memang kotor dan berhabuk. Tetapi Rizal tidak membersihkan kerana Rizal penat setelah lebih kurang seharian berada di sekolah. Rizal terus merebahkan badan nya di atas katil di sebuah bilik yang paling belakang di rumah itu.

Entah macam mana, Rizal tertidur di situ dan bila dia tersedar, hari sudah gelap, sudah malam! Rizal sedar kerana ayahnya membuka pintu biliknya, kerana pintu biliknya boleh menembusi ke bahagian rumah belakang.

Lorong tengah yang menghubungkan laluan rumah depan dan belakang telah ditutup. Jadi hanya boleh lalu melalui bilik ayahnya. Setelah itu Rizal terus bangkit dari situ dan bergegas menuju ke rumah depan kerana Rizal takut duduk seorang diri di situ.

Sampai di rumah depan, saya pandang jam di dinding rumah. Jam menunjukkan pukul 11 tepat. Sudah lama saya tidur, niat di hati sebenarnya hendak merehatkan diri sebentar di rumah belakang, tetapi saya terlelap. Semasa dia berada di rumah depan, Rizal lihat adik-adik nya sudah tidur di ruang tamu, dan abang nya tidur di biliknya.

Rizal yang baru terjaga dari tidur tidak dapat melelapkan mata walaupun pada hari esok dia akan bersekolah. Daripada membuang masa, Rizal terus mengambil barang-barang lukisan nya dan duduk di salah sebuah sofa yang berada di ruang tamu.

Sedang Rizal sibuk melukis kartun kegemaran, dia terdengar bunyi-bunyian di bawah kolong rumah. Rumah yang Rizal tinggal ini adalah rumah lama mempunyai tingkap-tingkap yang besar, yang mana besarnya sama seperti pintu. Rumah ini telah diubahsuai menjadi semakin besar. Bunyi itu kedengaran di seperti di bawah kolong yang menyekat laluan rumah depan dan belakang. Namun, dia tidak mengendahkan bunyi itu. Lama-kelamaan bunyi itu semakin hampir dan kuat.

Krek krek krek

Krek krek krek

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience