BAB 14 - PENUNGGU KEM

Horror & Thriller Completed 4233

Masa tu ada kawan Rizal ni (yang tegur bau wangi tadi tu) dia ni jenis berani la sikit berbanding yang lain. Masa mula-mula dia jejak kaki kat pintu tandas, dia menjerit dalam tandas tu.

“Helllloooooooooooo…” Terus serta-merta, bunyi orang yang mandi tadi hilang. Tapi bau wangi tu still lagi ada. Kawan Rizal yang berani ni terus masuk, periksa satu-satu dalam bilik air. Rizal dan seorang lagi kawan berkawal kat pintu tandas je, takut la nak masuk.

Lepas kawan masuk periksa berpuas hati, dia keluar, cakap semua bilik air kosong takde orang. Tapi ada kesan basah macam orang baru lepas mandi dan bau wangi pun memang semerbak.

Nak kata ada orang keluar dari situ masa mereka nak masuk memang mustahil sangat lah sebab mereka tinggal berdiri kat pintu tandas. Pintu tandas yang satu lagi pun takde kesan tapak selipar yang basah. Jadi agak mustahil ada orang tersebut keluar.

Masa tu hati dah tak payah cakap. Memang jantung berdegup gile. Akhirnya, mereka pun nak pergi tapi kawan Rizal yang berani ni pergi tutup suiz lampu tandas tu la pula sebelum mereka keluar. Tak sampai 10 langkah kitorang keluar, tiba-tiba…

‘Tikk….’

Lampu tandas terbuka semula. Masa tu mereka dah pandang sesama sendiri. Siape yang buka pulak ni??

Kawan Rizal yang berani ni tak puas hati. Jadi dia pergi semula kat tandas tu. Dia tutup balik suis lampu tu. Pastu dia datang balik kat tempat Rizal dan kawan yang seorang lagi tunggu. Baru je dia nak sampai ke tempat rakan-rakan lain,

‘Tikkk…’ Lampu tandas tu menyala kembali. Kali ni, mereka andaikan suis lampu ni yang bermasalah kot. Masa ni, memang dah start takut dah ni. Masa tu Rizal pun dah cakap kat mereka, dah-dah la tutup suis lampu tu. Jurulatih kan tak bagi kita tutup. Tapi dia tak mau dengar apa yang kitorang bagitau tu.

Walaupun dah 2 kali suis terpasang sendiri macam tu, kawan Rizal yang berani ni still tak puas hati. Untuk kali ketiga, dia pergi lagi kat tandas yang banyak cerita hantu tu untuk tutup semula lampu tu. Lampu suluh mereka halakan pada dia la sebab dia nak masuk dalam tandas kan.

Lepas tu, dia tutup balik lampu tu dan dia berdiri dekat pintu tandas tu dalam 10-15 saat jugak la. Pelik, suis tu tak pulak terbuka dengan sendiri masa dia ada kat situ. Lepas tu, bila dia nak datang je ke arah kami, “tiiiikkkkkkkk…” suis lampu tu terbuka kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience