BAB 7- Penunggu Rumah

Horror & Thriller Completed 4233

Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Kamil agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Kamil kembali teruk. Apabila melihat Kamil cuba melarikan diri keluar rumah, Rizal dan Sham terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Kamil amat luar biasa.

Rizal dan Sham terpelanting di terajang oleh Kamil. Setahu mereka Kamil tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.

Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Rizal dan Sham telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan.

Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Tuan Haji Ghani, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu.

Walau bagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Kamil.

“Kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya dia masih tak nak lepaskan rumah ini.” Kata-kata Tuan Haji Ghani mengandungi seribu persoalan.

Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Kamil reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Tuan Haji Ghani. Tidak lama selepas itu barulah Kamil sedar dan mula beristighfar. Apabila Kamil sedar, dia segera memeluk Rizal dan Sham.

Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Nek Leah. Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah.

Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menetap.

Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Nek Leah sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila suami mudanya melarikan diri bersama perempuan lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Kamil mirip suaminya dahulu.

Sememangnya rumah yang sudah lama tidak berpenghuni akan menjadi kediaman makhluk-makhluk halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience