BAB 11- PENUNGGU WANITA JEPUN

Horror & Thriller Completed 4233

Rizal pernah melihat kelibat hantu wanita Jepun ketika mengunjungi salah satu tarikan air terjun di Lembah Kelang. Hantu wanita tersebut dilihat berada di sekitar lokasi yang dipenuhi batu-batu yang bertingkat. Awalnya, Rizal merakam lokasi air terjun dan terkejut kerana melihat kelibat wanita Jepun dirakam dalam kameranya. Seingatnya, dia dan teman-temannya tidak melihat apa pun di lokasi tersebut ketika gambar itu diambil...

Kerana merasa tidak puas hati, beberapa hari kemudian dia dan teman-temannya kembali ke air terjun itu untuk merakam dengan kamera video pula. Lebih mengejutkan, mereka tidak melihat kelibat tersebut dengan mata kasar, namun dapat melihatnya melalui kamera telefon bimbit.

Anehnya, hanya telefon bimbit dari seorang saja yang boleh menangkap kelibat wanita Jepun itu. Seorang yang merakam dengan kamera handycamtidak pula Berjaya merakamkan gambar hantu wanita itu.

Menurut Rizal, daerah sekitar air terjun itu memang sealu dikatakan berhantu namun sentiasa didatangi orang. Mungkin saja yang dating itu tidak boleh merasai apatah lagi melihat kehadirannya. Sejak dulu orang yang melawat tempat ini pasti akan ada yang mengalami kejadian-kejadian aneh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience