BAB 9– Penunggu Cakar Dinding

Horror & Thriller Completed 4233

Rizal teringat ibunya pernah mengatakan kepadanya, itu adalah cicak yang besar yang suka duduk di celah-celah papan rumah, jadi dia tidak merasakan apa-apa. Bunyi itu terus-menerus kedengaran, dan yang paling membuatkan dia terperanjat, bunyi itu seolah-olah melompat dari bawah kolong terus mencakar ke tingkap rumah.

Bulu romanya terus berdiri, menggigil saya dibuatnya. Rizal berasa hairan, kalau kucing yang mencakar, mana mungkin boleh sampai kerana rumah depan nya yang mempunyai kolong yang tinggi. Rizal fikir takkan burung ada kuku begini tajam sampaikan begitu kuat kedengaran.

Rizal terus membaca Ayat Kursi, namun terhenti kerana terlupa akan bacaannya. Rizal cuba ingat kembali. Memang tak boleh baca, lidahnya menjadi kaku, dia menggigil ketakutan. Langsung tak boleh baca apa-apa ayat suci Al-Quran.

Bunyi itu terus berlagu, hilang saja di tingkap yang berada di belakangnya, terus dengar di tingkap yang seterusnya yang berada lebih kurang 2 meter jaraknya. Hilang saja bunyi di tingkap itu, terus saja berada di pintu rumah, pergerakannya atau bunyi itu sungguh pantas.

Rizal berasa sungguh pelik, sedangkan dari tingkap seterusnya hendak menuju ke pintu rumah adalah berbentuk L dan mempunyai beranda dan tembok yang menghalang.

Bunyi itu terus berlalu dan mencakar-cakar sehingga ke tingkap bilik abangnya dengan pergerakkannya yang pantas. Sehinggakan bunyi itu kedengaran seperti mencakar cermin tingkap rumah belakang. Ziinngg... zziinngg... zziinngg dan terus menghilang.

Bunyinya ngilu. Rizal langsung terfikir, adakah bunyi itu akan membuat pusingan keliling rumah kerana dia sudah terlalu takut dan menggigil, namun itu tidak berlaku. Pada keesokan harinya, semasa bersarapan, Rizal menceritakan kepada ibunya. Ibunya memarahi kerana petang-petang hari tidur.

“Rumah belakang tu dahlah kosong, sebab tu dia ikut kau, kau tahu, padan muka kau. Senja-senja tidur lagi.”
Ibunya memberitahu, 7 tahun yang lalu semasa kami baru-baru menetap di sini, ibu nya juga pernah mengalami peristiwa yang menyeramkan ini. Ketika itu beliau sedang menjahit baju, tetapi bunyi itu berpatah balik dan terus menghilang.

Selesai bersarapan, Rizal terus menuju ke pintu untuk memakai kasut yang berada di atas tembok beranda rumah. Dia terpandang pintu rumah, kelihatan seolah-olah pintu rumah bertanah dengan bekas cakaran yang jelas kelihatan. Dia terus memakai kasut dan melangkah menuju ke tingkap-tingkap. Semuanya bertanah dengan bekas cakaran tersebut.

Rizal menjerit memanggil ibu yang berada di dalam untuk melihat. Setelah kejadian itu berlaku, kami sekeluarga menziarahi ke rumah makcik iaitu kakak kepada ibunya yang berada di Kluang, Johor. Ayah menceritakan tentang pengalaman yang terjadi kepada diri Rizal seminggu yang lepas. Rupa-rupanya, sepupunya, juga mengalami perkara yang sama sepertinya, pada waktu yang sama.

Pada hari Jumaat yang sama, jam masih belum menunjukkan pukul 12 malam, semuanya sama. Makcik Rizal siap menunjukkan lagi kawasan cakaran yang masih terdapat di dinding rumahnya mempunyai tanah yang melekat. Sama seperti di rumah Rizal. Makcik mengatakan, itu mungkin adalah saka peninggalan atuk yang sudah meninggal dunia. Mungkin ianya mencari tuan baru, dan tanah itu juga mungkin berasal dari tanah kubur.

Bunyian misteri atau gangguan sering menjadi satu igauan kepada kita semua. Bagi yang kuat semangat ia tiada masalah untuk menghadapinya. Namun bagi yang lemah sangat, ia sebagai satu cabaran untuk menanganinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience