BAB 10 – PENUNGGU

Horror & Thriller Completed 4233

Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu tetapi tetap segar dalam ingatan Rizal. Semasa kejadian itu berlaku, Rizal masih bekerja di salah sebuah kilang di kampungnya. Kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian. Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran tv iaitu cerita jepun, Rizal pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu.

Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa ada seorang perempuan ni terjatuh entah mana silapnya Rizal pun tak tau, terlanggar batu agaknya. Kepala perempuan tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya.Habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya.

Keesokan harinya, perempuan yang terlanggar pagar tu pergi keje, hairan juga aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok. Macam mana boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahharipula. Perempuan yang terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit macam orang kena histeria.

Lama jugak dia macam tu kelam kabut jugak, orang lain ingat perempuan ni ada problem agaknya, kesian jugak sampai menarik-narik rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa menghantar perempuan tu pulang.

Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pula. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak Rizal tengok perangai masing-masing. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut.

Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi pada Rizal sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la dia kat dalam tu mujur ada orang yang dengar. Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku.

Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai ‘penjaga’ la tu kot.

Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau ‘penjaga’ dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamuklah. Mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi.

Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu. Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan upacara untuk membersihkan kawasan. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban Rizal pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman.

Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience