BAB 2-Penunggu Pejabat 2

Horror & Thriller Completed 4233

Cerita ini cepat tersebar kepada semua staf dan pekerja-pekerja yang bekerja di dalam bangunan dan kejadian ini telah menimbulkan rasa takut kepada semua mereka terutamanya kaum wanita. Ada yang tidak berani lagi hendak ke tandas berseorangan melainkan ditemani.

Rizal juga pernah terdengar seorang kawan bercerita. Pada suatu hari dia datang bekerja pada hari Sabtu (hari Sabtu dan Ahad, pejabat kami cuti) kerana ingin menyiapkan tugas-tugas yang belum selesai. Lebih kurang sejam selepas ia masuk pejabat berseorangan dan sedang bertugas, ia mendengar bunyi bising di luar pintu pejabatnya dan terdengar suara kanak-kanak lebih dari seorang sedang berlari dan bermain kejar-kejaran sambil ketawa.

Dia merasa hairan dan tertanya-tanya dalam hati, "Siapa pula yang membawa anak-anak datang bekerja di hari cuti"?

Dengan memberanikan diri, ia cuba menyiasat, tetapi setelah diperiksa di semua tempat, dia dapati tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan ada staf yang datang bekerja dan membawa anak pada hari itu. Kejadian ini sangat menyeramkan. Tapi kawan Rizal ini seorang yang berani dan tidak menghiraukan akan kejadian yang baru dialaminya itu lalu meneruskan tugas-tugasnya hingga selesai.

Kisah yang lain pula, seorang kawan datang awal pagi lalu masuk ke pejabat. Setelah meletakkan beg dan mula hendak membuka suiz komputer, secara tidak sengaja ia terpandang seakan-akan kepulan asap halus berwarna putih sedang berarak perlahan-lahan melintasi bilik pegawainya. Ia yang terkejut akan apa yang dilihatnya itu terus tergamam dan terpaku di atas kerusi yang didudukinya dengan perasaan gementar.

Asap halus itu terus berarak perlahan-lahan menuju ke pintu utama dan terus lenyap dari pandangan matanya. Walaupun kawan aku ini bukanlah seorang yang berani, mujurlah ia tidak pengsan melihat peristiwa itu. Ketibaan rakan-rakan setugas selepas beberapa minit kemudian telah berjaya memulih dan mengembalikan semula semangatnya yang telah hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience