BAB 8

Romance Completed 14651

Nizam tersedar dari lenanya dan apabila dia sedar sahaja, rupa-rupanya dia berada di hospital. Nizam bingkas duduk tetapi terhenti apabila kepalanya terasa sakit. Aroma kopi menusuk hidungnya. Nizam menoleh ke meja kecil dan dilihatnya ada secawan air kopi di situ. Dia tertanya-tanya sendiri. Apa yang terjadi kepadanya?

Pintu dikuak dari luar. Terjengul wajah Hamdan, bapa Farina. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan orang tua itu. Selepas pengebumian Farina, Hamdan membawa diri ke Los Angeles.

“Apa khabar pakcik? Dah lama pakcik balik Malaysia?” sopan Nizam membuka bicara. Tangan orang itu diciumnya. Hamdan tersenyum dengan sikap Nizam yang tidak pernah berubah itu.

“Sihat, Alhamdulillah.. Pakcik baru balik hari Khamis minggu lepas.. Nizam jangan banyak bergerak sangat.. Nizam tak sihat lagi tu..”

“Pakcik.. Boleh saya tahu kenapa dengan saya ni? Seingat saya, saya ada kat dalam pejabat sebelum ni..” Nizam cuba mengingati apa yang terjadi sebenarnya. Seingatnya, dia masih lagi di dalam pejabat dan dia tertidur. Tika itulah dia termimpikan Farina yang memarahinya kerana berlaku kejam terhadap Raisya.

“Sebelum tu, boleh pakcik tahu ke mana orang tua Nizam? Pakcik cuba call diorang, tapi tak dapat..” kata Hamdan. Semalam, hadirnya ke Putra Empire untuk berjumpa dengan Raisya selepas diberitahu Raihan. Tetapi lain pula jadinya apabila Raisya kalut setelah Nizam tidak sedarkan diri langsung.

“Orang tua saya berjalan ke Italy.. Tak apalah, saya okay je ni.. Tapi, kenapa dengan saya, pakcik?” Nizam bertanya sekali lagi. Dia benar-benar penasaran dengan keadaannya.

“Semalam, pakcik pergi ke syarikat kamu.. Secretary kamu cakap kamu pengsan, dia mintak tolong pakcik bawak Nizam ke hospital.. Nizam, pakcik nak tanya sikit, boleh?” Berdebar jantung Nizam saat itu. Janganlah pakcik tanya pasal Raisya.. Dia tidak tahu mahu menjawab apa nanti..

“Kamu tahu tak yang kamu ni ada Hepatitis C? Dan kamu perlukan pemindahan hati?” Hamdan terus ke soalannya kerana dia tidak mahu berlengah. Ini soal hidup dan mati. Dulu, dia kehilangan anaknya kerana leukemia dan sekarang, dia berharap Nizam tidak akan pergi kerana penyakit Hepatitis C pula. Nizam dilihatnya sedikit mengangguk. Wajahnya sedikit berubah. Lantaran dia mengetahui umurnya tidak panjanglah, dia tekad untuk menyakiti Raisya. Sekurang-kurangnya dia akan pergi dengan puas hati.

“Waktu saya masih kecil, saya berulang-alik masuk ke hospital sebab sakit.. Saya terima darah dari orang lain.. Doktor kata, mungkin dulu pihak hospital tak lakukan pemeriksaan darah yang betul..” Mengertilah Hamdan kini bahawa penyakit Nizam bermula daripada situ. Hamdan menghela nafas yang panjang.

“Kenapa Nizam tak cuba dapatkan hati yang sesuai? Nizam taknak hidup lagi, ke?” Tiada jawapan diterima dari Nizam. Lelaki itu hanya diam tidak berkutik. Lepas Farina pergi, dirinya juga telah pergi. Yang tinggal hanyalah jasad ditemani dendam.

“Nizam tahu tak, Farina mesti tak suka Nizam macam ni.. Melihat lelaki yang dia cinta hanya pasrah dengan kematian, Farina mesti benci dengan keadaan Nizam.. Nizam, pakcik dah kehilangan seorang anak perempuan..” Hamdan membiarkan sahaja ayatnya tergantung di situ. Biarlah Nizam sendiri yang membuat penilaian.

Hati Nizam tersentuh. Ayahnya sendiri pun tidak pernah memujuknya. Seumur hidupnya, dia bebas untuk berbuat apa sahaja. Tidak pernah ditegur, dipaksa ataupun dipujuk. Nizam dapat merasakan kasih seorang bapa dari Hamdan.

“Allah tak suka hambanya yang tidak mahu berusaha sama sekali. Cukuplah dulu Farina yang reda dengan pemergiannya..” Sehabis ayat itu, Hamdan berdiri. Baru sahaja tangannya hendak memulas tombol pintu, Nizam memanggilnya.

“Pakcik.. Saya akan buat pembedahan.. Tapi, kalau tiada hati yang sesuai untuk saya?” Terbit senyuman di bibir lelaki tua itu sebaik mendengar kata-kata Nizam. Hamdan menoleh, memberi sebuah khabar gembira kepadanya.

“Ada orang yang sudi dermakan hati dia pada Nizam.. Dan, Alhamdulillah.. Hati dia sesuai untuk Nizam.. Tapi, Nizam kena ingat.. Kalau pembedahan berjaya, kedua-dua kamu akan selamat. Tapi, kalau tak.. Sama ada salah seorang dari kamu ataupun kamu berdua akan pergi untuk selama-lamanya..” Meski Hamdan gembira, dia masih perlu sedarkan Nizam tentang risiko pembedahan. Nizam mengulum senyum.

“Sekurang-kurangnya saya berusaha.. Kan Allah suka hamba-Nya yang mahu berusaha?” jawab Nizam bersama senyuman. Hamdan menganggukkan kepalanya.

“Pakcik akan uruskan semuanya.. Nizam bersedia je la.. Pakcik pergi dulu.. Assalamualaikum..” Dan Hamdan hilang dari pandangan Nizam. Lelaki itu merenung tingkap, merasa ada sinar baru dalam hidupnya.

Di luar hospital, Hamdan bertemu dengan Raisya yang setia menanti. Kasihan dia dengan Raisya. Walaupun diperlakukan dengan teruk oleh Nizam, Raisya setia di sisi Nizam. Betapa bersyukurnya dia kerana mempunyai Farina dan Raisya yang dianggap seperti anak sendiri.

“Macam mana uncle? Dia setuju?” Laju Raisya bertanya saat Hamdan berdiri di hadapannya. Hamdan mengiyakan dengan anggukan. Semerta Raisya tersenyum lebar.

“Alhamdulillah..” ucapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience