BAB 3

Romance Completed 14651

“Okay.. Saya akan go through semua proposal ni, tapi saya rasa tak ada masalah..”

“Is it? Alhamdulillah, glad to hear so!” Lutfi memanjatkan rasa kesyukurannya kepada Ilahi. Tidak sia-sia usahanya untuk bekerjasama dengan Putra Empire. Tidak lama lagi, pasti LK Holdings dapat berdiri setaraf dengan Putra Empire. Itulah impiannya sejak awal penubuhan syarikatnya itu.

Nizam tersenyum sinis sambil memandang Raisya yang tidak ubah seperti cacing kepanasan. Dia sedar ada perubahan pada diri Raisya berbanding setahun yang lalu, tetapi Nizam percaya itu bukan disebabkan pemergian Farina. Orang seperti Raisya tidak pernah berasa menyesal ataupun bersalah selepas berlaku kejam terhadap orang lain. Itulah pandangannya terhadap Nurul Raisya.

“Tapi, saya ada satu syarat dan kalau awak setuju, saya akan setuju..” kata Nizam, mematikan senyuman Lutfi. Berdebar dada Raisya tika itu. Lutfi memandang Nizam, bertanya apakah syaratnya melalui isyarat matanya. Nizam memandang Raisya sekilas sebelum beralih ke Lutfi.

“Dengan syarat.. Miss Nurul Raisya berhenti dari LK Holdings dan bekerja sebagai secretary saya di Putra Empire ini..” Sesaat, dua saat.. Semuanya diam tidak berkutik. Hanya mata Raisya yang mencerlang memandang Nizam. Permainan apakah yang cuba Nizam mainkan? Lutfi memandang Nizam dan Raisya bersilih ganti. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

“Tapi..” Lutfi berbelah bahagi. Kehilangan Raisya yang sangat efektif dalam menjalankan tugas bukanlah harapannya tetapi kehilangan kontrak kerjasama dengan Putra Empire pula tidak langsung terlintas di fikirannya. Wajah Raisya yang kelat dipandang.

“I’m sorry to interrupt, tapi ini perjanjian antara dua syarikat.. Tiada kaitan dengan saya. Kalau saya kena kerja di sini untuk LK Holdings dapatkan kontrak kerjasama tu, bermakna saya gadaikan diri saya untuk kepentingan bisnes. Saya minta maaf, tapi saya tak akan setuju..” Tegas Raisya memberi jawapan, terdengar Lutfi mengeluh lega. Nyata Lutfi menyokong keputusannya.

Nizam meletakkan pen yang dipegang ke atas meja lalu dia berjalan dan mendekati Raisya. Sengaja dia duduk di atas meja, tepat-tepat bertentangan dengan Raisya. Wajahnya didekatkan dengan wajah wanita itu. Ada peluh yang mula memercik di dahi Raisya. Ya Allah, apakah ini?

“Gadaikan diri? Sejak bila Nurul Raisya tahu erti gadai? Waktu kau gadaikan persahabatan kau sebab kau cintakan aku, kau tak rasa ke yang kau tengah gadaikan diri kau jugak?” Habis sahaja Nizam mengungkapkannya, dia terus berjalan keluar dari bilik mesyuarat. Raisya tertunduk, air matanya menitis lagi. Nizam benar-benar sedang menghukumnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience