Raisya pergi menziarahi kubur Farina setelah tangannya sedikit pulih. Mujurlah dia memandu kereta auto, tidaklah susah mana. Selama tangannya masih lagi sakit, dia pergi ke kerja dengan kenderaan awam. Hari ini, Raisya betul-betul teringin untuk menziarahi sahabatnya itu. Bersama surah Yaasin, bunga dan air di tangan, Raisya duduk bersimpuh di sebelah kubur Farina.
Lembut sahaja Raisya mengalunkan bacaan Yaasin. Subhanallah.. Sesekali air matanya menitis dengan maksud surah Yaasin itu. Sungguh, dia semakin tenang selepas itu. Usai surah Yaasin dibaca, doa pula dipanjatkan supaya Allah merahmati roh Farina.
“Farina.. Aku rindukan kau.. Aku rindukan saat-saat dengan kau.. Sungguh, aku tak sangka kehilangan kau bagi tamparan hebat pada aku..Kau tahu tak, sekarang aku dah boleh bawak kereta.. Aku dah tak kedekut lagi nak keluarkan duit untuk servis..Duit untuk adik-adik aku..” terhenti kata-kata Raisya apabila dia mulai menangis. Air mata dikesat. Dia ingin meluahkan segalanya pada Farina, walaupun dia tahu Farina tidak mungkin dapat memujuknya.
“Aku.. Sekarang ni aku tengah dapat balasan aku atas semua perbuatan aku pada kau.. Nizam.. Dia.. Dia tengah balas dendam pada aku sekarang ni.. Dia tengking aku, dia campak fail kat muka aku.. Dia malukan aku kat depan klien.. Farina.. Kau tahu tak.. Dua bulan yang lepas, dia pernah hantukkan kepala aku ke dinding.. Berparut dahi aku ni, makin buruk muka aku jadinya!” Raisya memegang dahinya yang berparut itu sambil tergelak sumbang. Dia cuba menghiburkan hatinya sendiri tapi air mata setia jatuh ke pipi. Biarlah.. Hari ini dia ingin luahkan segala-galanya.
“Hari tu, dia simbah kopi panas ke tangan aku pulak.. Habis melecur tangan aku.. Dahlah tu, dia genggam pulak sampai berdarah.. Dia tu jahat, kan? Aku tak sangka orang yang kita berdua cintai dulu sekejam ni, Farina..” Raisya terus-terusan mengadu. Esakannya pula semakin menjadi-jadi.
“Semua orang kata aku bodoh.. Bodoh sebab tak pernah melawan, tapi diorang tak tau.. Aku cuma bertahan sebab aku nakkan hati Nizam puas. Biarlah aku tanggung semua kebencian dia, asalkan dendam dia akan hilang suatu hari nanti.. Jadi, kalau aku mati pun, tak ada orang yang berdendam dengan aku.. Farina, kau mesti fikir aku bodoh, kan? Farina.. Aku perlukan kau.. Aku betul-betul perlukan kau.. Janganlah tinggalkan aku sendiri macam ni.. Aku rindu kau.. Aku rindu kau sangat-sangat.. Aku nak ikut kau pergi sana..” Air mata Raisya tidak tertahan lagi.
Share this novel