BAB 1

Romance Completed 14652

RAISYA berjalan mengelilingi Danga Bay sendirian. Matanya tertancap pada dua orang perempuan yang sedang berjalan beriringan sambil bergelak tawa. Mereka berdua berjalan melintasi Raisya sambil bertepuk tampar pula. Raisya jadi hiba semerta. Setahun.. Sudah setahun berlalu sejak pemergian Farina Athirah, satu-satunya sahabat yang dimilikinya. Farina kembali ke rahmatullah kerana penyakit leukemia yang dihidapinya.

Setiap kali teringatkan Farina, setiap kali jugalah hatinya bagaikan dicarik-carik. Gara-gara seorang lelaki yang bernama Shahrul Nizam, Raisya tegar memutuskan persahabatan mereka yang berusia belasan tahun lamanya. Terlalu banyak pengorbanan Farina untuknya dan Raisya langsung tidak berpeluang untuk membalasnya. Hingga ke saat akhir Farina, Farina masih lagi menyatakan rasa sayangnya pada Raisya.

Entah bila air matanya menitis, Raisya sendiri tidak sedar. Tangan kirinya dibawa ke mata lalu dikesat air mata itu. Tapi, air mata tersebut bagaikan tidak mahu berhenti malah semakin mengalir laju.

“Farina.. Ampunkan aku Farina..” ucap Raisya perlahan. Terasa bagaikan terlalu banyak dosanya kepada Farina yang tidak mungkin terampun sampai bila-bila.

“Ampunkan aku, Farina..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience