Raisya melatihkan dirinya untuk bekerja dengan menggunakan tangan kanan sahaja. Tangan kirinya masih berbalut sejak semalam. Malam tadi, tak cukup telinganya mendengar bebelan Raihan. Seboleh mungkin Raihan menyuruhnya berhenti kerja tetapi Raisya hanya tersenyum. Dia memeluk Raihan dan meminta Raihan merestuinya. Sebenarnya, Raisya hanya pasrah dengan takdir untuknya. Jika inilah hukuman dunia, Raisya terima dengan ikhlas.
“Masih hidup lagi?” Tidak perlu diduga, Raisya tahu itu suara Nizam. Datang keberanian dalam dirinya untuk menjawab.
“Alhamdulillah, Allah masih panjangkan lagi umur saya.. Tangan je yang luka, tak boleh bawa mati pun..” Jawab Raisya. Dengusan Nizam dapat ditangkap telinganya.
“Memang bagus pun kalau umur kau dipanjangkan.. Aku belum puas lagi dera kau, Raisya! Dendam aku tak akan terhapus sampai bila-bila!” Sekali lagi Nizam mengugut Raisya. Wanita itu melemparkan sebuah senyuman sambil memandang tepat ke anak mata Nizam.
“Encik Shahrul Nizam.. Selagi saya masih hidup, saya akan tanggung semua penderaan awak tu.. Tapi, Encik Nizam kena ingat.. Saya sanggup lalui semua tu demi sahabat saya, Farina Athirah. Insan yang sangat dicintai oleh Encik Nizam suatu ketika dahulu..” bidas Raisya berani. Biar, biar Nizam pula yang merasa sakit hati. Dan ternyata, telahan Raisya benar. Darah Nizam mendidih dengan jawapannya.
Nizam terus menarik tangan kiri Raisya yang melecur lalu digenggam kuat. Raisya meronta minta dilepaskan. Sudahlah tangannya melecur, Nizam pula menggenggamnya. Ada darah yang mulai mewarnai balutan tangan tersebut. Membuktikan betapa sakitnya Raisya terpaksa tahan.
“Sa.. Sakit, En.. Encik Nizam..” adu Raisya bersama air mata. Bertambah benci Nizam melihatkan air mata itu.
“Jangan pernah sebut nama Farina dari mulut busuk kau tu! Terseksa roh dia, tau tak?! Hei, biar aku ingatkan kau sekali lagi! Aku tak akan pernah jatuh cinta dengan kau! Aku lebih bercinta dengan lembu betina daripada kau!” Dush! Raisya terasa seperti dihempap dengan batu yang maha besar. Hatinya disiat-siat apabila Nizam meletakkan tarafnya lebih rendah daripada lembu betina.
Puas mencaci Raisya, Nizam berlalu ke pejabatnya. Raisya merenung kesan darah di balutan tangan. Esakannya mula menjadi-jadi. Ya Allah, beratnya dugaan yang Kau turunkan pada aku.. Kuatkanlah hati ini, Ya Allah..
Share this novel