Nizam menyiram air dan menaburkan bunga ke atas kubur itu. Berkali-kali Nizam memohon supaya Allah mengampunkan dosanya dan merahmati roh arwah. Dengan langkah yang berat, Nizam berpatah balik ke keretanya. Dia bersandar di pintu kereta sewaktu telefon bimbitnya berbunyi.
“Assalamualaikum.. Iya? Okay, abang balik sekarang.. Sayang tunggu ye..” Nizam terus mematikan panggilan. Dia tidak mahu berlengah lagi. Isterinya sedang menunggu di rumah. Kereta Picanto berwarna hitam itu diarahkan ke Taman Setia Tropika.
Tidak sampai setengah jam, keretanya sudah sampai di perkarangan rumah. Nizam turun dari kereta apabila wajah isteri terjengul di muka pintu. Bersama senyuman di bibir, isterinya menyambut kepulangannya. Nizam mencium dahi isteri tercinta selepas tangannya dicium.
“Abang rindu sayang..” ucap Nizam. Raisya tersenyum manja. Kerusi roda Raisya ditolak masuk ke dalam rumah. Kemudian, tubuh Raisya dicempung lalu diletakkan di atas sofa dengan penuh berhati-hati. Dia terlalu kasihkan Raisya, hingga tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Raisya melentokkan kepalanya di bahu Nizam setelah Nizam duduk di sebelahnya.
“Maafkan sayang kalau sayang menyusahkan abang..”
“Shh.. Jangan cakap macam tu.. Tak kira apa pun yang terjadi, kasih abang pada sayang tak mungkin hilang.. Abang terlalu cintakan sayang..” Nizam mencium dahi Raisya penuh syahdu. Raisya mengulum senyum, tanda hatinya yang sedang bahagia sekarang ini. Alhamdulillah, segala penantian dan kesetiaannya terbalas. Kini, sudah tiga tahun mereka berumah tangga. Ternyata Nizam merupakan insan yang tercipta buat dirinya.
Tiga tahun yang lalu, Raisya tersedar selepas Nizam merayu kepadanya. Saat itu betapa syukurnya Nizam ke hadrat Ilahi, hanya Allah yang tahu. Raisya sedar dari komanya tapi sayang, Raisya disahkan lumpuh. Raisya tidak pula bersedih, sebaliknya redha dengan segalanya. Hanya Nizam yang benar-benar kesal. Sejak itu, Nizam berjanji pada dirinya. Dia tidak akan sesekali menyakiti Raisya lagi. Mungkin benar Raisya lumpuh, tapi cinta di hatinya tidak pernah lumpuh untuk Raisya. Nizam melamar Raisya beberapa hari selepas Raisya sedar. Pada awalnya, Raisya menolak. Dia tidak mahu menyusahkan Nizam lagi. Cukuplah selama ini..
Sesungguhnya Shahrul Nizam memang tidak kenal erti putus asa. Dia terus memujuk Raisya hingga akhirnya Raisya bersetuju. Mereka bernikah di Mekah, sepertimana yang sentiasa Raisya impikan. Nizam bersyukur kerana dirinya diberi peluang untuk melindungi Raisya.
“Waktu Lutfi bagi sayang bunga tu, abang cemburu ke?” soal Raisya. Nizam berpura-pura berfikir.
“Hmm, jealous la kot..”
“Abang!” rengek Raisya, menghamburkan tawa Nizam.
“Haha, okay okay.. Abang main-main je la.. Hmm, mestilah abang jealous.. Sayang kan abang punya..”
“Tapi waktu tu abang kan dah ada Wawa?” Raisya masih mahu menduga perasaan Nizam. Riak muka Nizam berubah. Tidak sangka isterinya masih mengingati perkara itu. Nizam menoleh, memandang Raisya tepat ke anak matanya.
“Sayang.. Abang dengan Wawa tak pernah ada apa-apa pun.. Wawa tu memang sukakan abang, tapi abang tak layan.. Yang sayang nampak kitorang berpeluk ataupun bercium tu, bukannya abang yang cium dia.. Sumpah! Dia yang terhegeh-hegeh kat abang! Abang tak ada hati pun dengan dia tu..” bersungguh-sungguh Nizam memberi penjelasan kepada Raisya. Dia tidak mahu isterinya itu salah sangka. Raisya tersenyum. Dari mata Nizam, dia tahu suaminya bercakap benar. Raisya bersandar di dada Nizam. Terasa melimpah ruah kasih suaminya itu. Tangan Nizam digenggam.
“Abang.. Sayang percayakan abang, sebab sayang terlalu cintakan abang.. Tapi, sayang juga nak mintak maaf.. Sayang ni lumpuh, mungkin abang akan rasa terbeban dengan sayang.. Sayang cuma nak abang tahu yang cinta sayang pada abang tak akan pernah luntur sampai bila-bila. Insya Allah..” tulus Raisya menutur kata. Nizam yang mendengarnya terasa terharu. Air mata lelakinya bertakung. Entahlah, sejak dia bersama Raisya, hati lelakinya mudah tersentuh. Mungkin kerana mereka berkongsi hati yang sama.
“Sayang.. Dalam hati abang ada sayang.. Kita kongsi hati yang sama.. Tak kisahlah kalau sayang lumpuh sampai bila-bila pun, abang cuma cintakan sayang seorang saja.. Abang minta maaf kerana dulu abang tersilap pilih. Antara dendam dan cinta, abang pilih dendam.. Abang cuma harap sayang maafkan dosa abang yang dulu.. Parut kat dahi ni, kesan lecur kat tangan ni.. Maafkan abang ye, sayang..” Bibir Nizam mendarat di dahi Raisya. Lama ia di situ. Raisya tersenyum lagi. Matanya dipejamkan dan dia lihat Farina sedang memandangnya dengan senyuman.
“Aku tahu kau akan bahagia, Raisya..” ucap Farina perlahan. Raisya membuka matanya. Hilang wajah Farina, yang ada cuma Nizam. Lantas, dia memeluk erat suaminya itu. Alhamdulillah..
Share this novel