BAB 13

Romance Completed 14651

Belasan tahun yang lalu..

Raisya termengah-mengah sebaik tiba di hadapan wad Nizam. Dia melihat jam di tangan. Pasti Nizam sedang menantinya. Alamak, matilah aku kena marah.. Pintu bilik dikuak dan Raisya masuk dengan selamba.

Nizam yang sedang baring segera duduk apabila terdengar pintu biliknya dibuka. Wajah Raisya memenuhi ruang matanya. Dia mencebik. Ini bukan kali pertama si chubby ni terlewat! Dia mengenali Raisya di hospital ini, kerana Raisya sering menziarahi neneknya yang dimasukkan akibat serangan jantung. Masuk hari ini, rasanya sudah dua bulan mereka berkawan.

“Kau lambat lagi!” marah Nizam semerta. Raisya mempamerkan muka kasihannya. Peluh di dahi dikesat dengan tangan. Melihatkan itu, Nizam menyuakan tisu kepadanya. Raisya menyambut dengan senyuman.

“Alaa, aku ni kan gemuk.. Memanglah macam ni.. Lambat nak lari.. Sorry, tau! Kau dah lama tunggu ke?”

“Taklah.. Baru sesaat yang lepas aku tunggu kau..” bidas Nizam. Raisya mencebik lalu duduk di hadapannya. Nizam tersenyum. Di sini, Raisyalah satu-satunya yang sentiasa ada untuk dia. Meski umurnya masih muda, tapi Nizam mula jatuh kasih pada Raisya. Dia tidak peduli dengan fizikal Raisya, yang penting hatinya.

“Sini jap..” Nizam menepuk-nepuk katilnya, menyuruh Raisya duduk di hadapannya. Raisya yang tidak mengerti hanya menurut. Dia duduk di depan Nizam, membelakangkan lelaki itu. Ikatan rambut Raisya dilepaskannya. Terkejut Raisya tika itu tetapi dia tidak pula melawan.

“Rambut kau lebih cantik kalau lepas macam ni..” puji Nizam sebaik melihatkan rambut Raisya yang hitam berkilat itu. Raisya tersenyum malu. Nizam mengambil sesuatu dari bawah bantalnya. Dia ingin hadiahkan sesuatu kepada Raisya.

“Weh, Nurul.. Aku nak bagi kau rantai ni.. Cantik, tak?” semerta Raisya berpaling. Terlopong dia melihatkan rantai yang cantik itu.

“Wahhh, cantiknya! Kau nak bagi aku? Bestnya!” Raisya bertepuk tangan gembira. Nizam tersengih, gembira melihat Raisya yang tersenyum gembira.

“Huruf N ni, untuk Nurul dan Nizam.. Okay tak?Kau jangan buang rantai ni tau!” soal Nizam. Raisya mengangguk laju. Dia tidak tahu apa istimewanya dengan nama Nurul, tapi Nizam berdegil mahu memanggilnya sedemikian. Nizam menyerahkan rantai tersebut kepada Raisya. Laju sahaja gadis itu menyarung rantai itu ke leher. Cantiknya.. puji Raisya dalam hati.

“Nurul.. Esok, aku ada operation.. Tapi, sebelum aku operate, aku nak jumpa kau.. Boleh tak?” pinta Nizam. Raisya tidak berfikir panjang sebelum mengangguk. Nizam gembira.

“Kau simpan rantai ni elok-elok tau! Aku nak tengok kau pakai rantai ni esok.. Janji?”

“Janji!” Jari kelingking mereka berdua bersatu, bagi memeterai janji. Raisya sibuk membelek rantai tersebut.

“Tapi, kenapa kau bagi rantai ni kat aku?” soal Raisya hairan. Nizam mengangkat bahu.

“Entah.. Sebab aku suka kau, kot?” Sehabis ayat itu, sebuah tamparan hinggap di bahu Nizam.

“Mengada!”

Keesokkan harinya, Raisya berlari lagi ke hospital. Dia benar-benar ingin berjumpa dengan Nizam. Tetapi sewaktu dia memasuki wad Nizam, lelaki itu sudah tiada lagi. Raisya bertanya pada jururawat yang ada di situ.

“Ohh, Nizam ? Dia dah pindah ke Selangor.. Parents dia nak dia buat operation kat sana.. Awal-awal pagi lagi dia dah pergi..” jelas jururawat tersebut sebelum berlalu pergi. Raisya jatuh terjelepok. Semangatnya hilang terbang entah ke mana. Rantai di lehernya ditatap hiba.

“Sampai hati kau mungkir janji, Nizam..” Namun begitu, Raisya cuba untuk memujuk hatinya. Dia tahu, itu bukan kehendak Nizam. Sejak hari itu, dia tekad untuk menguruskan badan. Dia mahu Nizam lihat dirinya yang baru. Raisya juga bertekad untuk mencari Nizam walau ke mana sahaja. Mungkin mereka tidak pernah bergambar bersama, tetapi rantai yang ada itu sudah cukup bagi melambangkan ada janji yang pernah mereka ikrarkan dulu.

Raisya tersenyum sambil memandang rantai yang terukir huruf N di situ simbolik nama mereka Nurul dan Nizam dan itu sudah cukup membuat hati Raisya berbunga bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience