Diam tak diam sudah dua tahun rupanya pemergian Farina, menggenapkan setahun Raisya bekerja dengan Nizam. Malam itu,Raisya pulang lambat. Ada banyak kerja yang harus dia selesaikan. Semuanya gara-gara Nizam yang membulinya dengan menyerahkan puluhan surat yang harus ditaip. Sejak kebelakangan ini, sikap kejam Nizam kepadanya semakin berkurangan. Raisya sendiri tidak tahu mengapa.
Sesekali Raisya menumbuk bahunya. Tangannya sendiri sudah lenguh.
“Mengada-ngada betul! Berlambak surat ni, bagi aku hari ni, suruh aku hantar esok! Dia ingat aku ni hantu menaip ke apa? Hai, Raisya.. Kau sabar ye.. Sikit je lagi..
“ Raisya mengomel sendiri sambil mengurut lengannya pula. Aras tempat dia bekerja sudah kosong, hanya dia sahaja yang tinggal.
Raisya terus menaip hinggalah telinganya menangkap satu bunyi dari arah pantri. Terhenti nafasnya seketika akibat terkejut. Seingatnya, hanya dia yang tinggal. Raisya mula berfikir yang bukan-bukan. Takut juga jika ada hamba Allah yang lain. Raisya berniat untuk abaikan bunyi itu tetapi sekali lagi ia berbunyi.
Dalam takut-takut berani, Raisya bangun juga dan menuju ke pantri. Berbekalkan kasut tumitnya di tangan, Raisya cuba untuk menjadi berani.
Klik! Lampu pantri dibuka namun tiada orang di situ. Raisya memandang ke kanan dan kirinya. Bimbang juga kalau hamba Allah itu bersembunyi tetapi tiada sesiapa. Raisya menghela nafas lega. Agaknya perasaan aku je, kot.. desisnya. Raisya menoleh, berniat untuk kembali ke tempatnya.
“Kau buat apa kat sini?” garau suara Nizam menegurnya dari belakang.
“Makkk!!!” jerit Raisya. Terkejut bukan kepalang apabila Nizam tiba-tiba muncul. Nyaris-nyaris sahaja kasut tumitnya melayang ke muka Nizam. Raisya mengurut dadanya sementara Nizam mencebik. Nizam berlalu pergi ke pejabatnya. Raisya mengikutnya dari belakang setelah menyarung kembali kasut tumitnya.
“Encik Nizam buat apa kat sini malam-malam?” soal Raisya. Rasa terkejutnya masih belum hilang lagi.
“Company ni aku punya ataupun kau? Suka hati akulah!” jawab Nizam, cuba menyembunyikan perasaannya. Entahlah.. Sejak dia selamat menjalani pemindahan hati, dia sentiasa tidak keruan. Tidak kisahlah sewaktu bersama Raisya ataupun tidak. Apatah lagi kewujudan bunga ros merah di atas meja Raisya setiap hari. Menambahkan lagi rasa gusarnya.
“Okay.. Saya nak pergi sambung kerja. Kalau Encik Nizam nak balik, jangan lupa tutup lampu..” sempat Raisya berpesan kepadanya.
“Hei, Raisya! Aku tak suruh kau pergi pun!” jerkah Nizam tiba-tiba. Raisya menggenggam tangannya. Geram juga apabila ditengking tiba-tiba.
“Encik Nizam.. Saya ada banyak kerja yang perlu saya siapkan.. Saya harap Encik Nizam faham..”
“Eh, kau nak berlagak dengan aku eh sekarang? Mentang-mentanglah dah ada secret admirer, bukan main bongkak lagi kau, kan? Kau ingat bila ada orang bagi kau bunga, aku akan jealous la?” terkedu Raisya apabila Nizam membangkitkan soal itu. Apa kaitan bunga tersebut dengan mereka berdua sekarang ini?
“Sama ada secret admirer ataupun tak, semua tu tak ada kena mengena dengan Encik Nizam..” terhenti kata-kata Raisya apabila Nizam mendekatinya lalu menggenggam kuat pergelangan tangan Raisya. Wanita itu mula mengaduh kesakitan.
“Kau ni makin lama makin biadap, kan?”
“Sakitlah Encik Nizam..“
“Weh, perempuan macam kau ni tak layak bercinta, tahu tak?! Kau dah lupa ke apa jadi kat Farina? Semuanya gara-gara kau tau! Bodoh punya perempuan!” Tanpa belas, Nizam menjerkah Raisya. Raisya mengeluh. Balik-balik itu yang dia ungkit! Tak ada benda lain ke?! Raisya diserbu rasa amarah, lantas dia berani menjawab semula. Kesabarannya benar-benar tipis kini.
“Saya yang bodoh ataupun Encik Nizam? Kononnya setia dan cintakan Farina, tapi boleh bercinta dengan Wawa.. Encik Nizam ingat saya tak tahu yang Encik Nizam siap berpeluk bercium dengan Wawa? Jangan nak ajar erti cinta pada sayalah..” bidas Raisya. Dia hanya menyatakan kebenaran, untuk apa dia takut? Mencerlang mata Nizam semerta. Pergelangan tangan Raisya dipulas kuat sehingga dia terjerit lagi.
“Watch that words of your bitchy mouth! Lagi sekali aku dengar kau cakap macam tu, aku tak akan teragak-agak untuk..
“
“Untuk apa? Kau nak bunuh aku? Bunuhlah ! Aku tak takut pun dengan ugutan kau tu!” Kini giliran Raisya pula untuk menengking Nizam. Hatinya sakit dengan tingkah Nizam tapi amarahnya lebih mengatasi rasa itu. Dalam keadaan seperti ini, tiada istilah cinta langsung di antara mereka.
Nizam terkedu setelah ditengking sebegitu. Sekali lagi hatinya terasa lain. Ada sesuatu yang ingin dia tanya kepada Raisya. Genggaman tangannya semakin longgar.
“Kenapa kau masih setia dengan aku? Kau tahu tak, aku tak akan mungkin cintakan kau!” sehabis ayat itu, Nizam menolak Raisya ke muka pintu. Mujurlah Raisya sempat mengawal dirinya.
Mendengarkan soalan Nizam, ada air mata bertakung di matanya. Raisya menarik rantai yang dipakainya selama ini. Rantai yang setia di sisinya sejak 16 tahun yang lalu. Terukir huruf N di loket rantai tersebut. Dia mencampakkan rantai tersebut, tepat mengenai wajah Nizam. Berkerut dahi Nizam saat terpandangkannya.
“16 tahun yang lepas, ada seorang budak lelaki yang tinggal di hospital sebab dia sakit. Dan ada seorang budak perempuan gemuk. Diorang pun jadi kawan dan budak lelaki tu bagi rantai tu pada budak perempuan.. Lepas tu, diorang janji yang diorang akan berjumpa tapi sayang, lelaki tu tak muncul.. Budak perempuan tu sedih, tapi dia tak pernah salahkan lelaki tu tau.. Sebab apa? Sebab dia percayakan lelaki tu. Sebab dia tahu, satu hari nanti dia akan jumpa semula dengan lelaki tu..
Beberapa tahun lepas tu, dia jumpa balik dengan lelaki tu, tapi waktu tu fizikal perempuan tu dah berubah. Sekali pandang je, perempuan tu tahu yang itulah lelaki yang sama. Betapa dia terlalu sayangkan lelaki tu, cuba untuk cari perhatian lelaki tu dengan pelbagai cara.. Bertahun dia cuba, dengan harapan lelaki tu boleh ingat dia.. Tapi apa? Sekali pun lelaki tu tak ingat kat dia!” Nada Raisya meninggi di akhir katanya. Wajah Nizam berubah, terasa seperti dia pernah melalui semua itu. Dejavu kah? Raisya mengesat air matanya sekali lagi.
“Lelaki tu sukakan kawan perempuan tu.. Perempuan ni pulak, dah terlalu kecewa sampai dia tekad putuskan persahabatan yang dia betul-betul sayang. Sebab dia terlalu sayangkan lelaki tu! Salahkah dia berharap pada seseorang yang beri harapan pada dia?! Salah ke?! Kalau itulah yang dikatakan salah, betapa perempuan tu berharap yang dia tak kenal erti cinta dan sahabat langsung!
Dua tahun.. Dah dua tahun Farina pergi tinggalkan kita, dan selama setahunlah kau dera aku.. Kau ingat aku tak terseksa ke?! Aku alami kemurungan, aku hilang arah sampai nyaris bunuh diri.. Semua tu kau tak tahu, kan? Dahi aku berparut, tangan aku melecur, kau seksa hati aku, kau seksa jiwa aku sampaikan aku jadi jasad tak bernyawa sekarang ni! Kau masih nak salahkan aku lagi ke?!!” Panjang lebar Raisya meluahkan rasa. Benar, dia memang pernah mencuba untuk membunuh diri. Mujurlah Raihan sempat menahannya. Betapa dia bersyukur saat itu kerana Allah tidak membenarkan dia mati dalam kekufuran.
Terhenggut-henggut bahu Raisya. Inilah kisahnya. Kisah betapa dia berusaha menjadi seorang pencinta dan sahabat yang setia, tapi sebaliknya lain pula yang terjadi. Dia kehilangan cintanya sejak dulu, dan dia juga kehilangan sahabatnya. Apa lagi hukuman yang menanti dirinya? Sementara semua orang menyalahkan dirinya, dia hanya diam menjeruk rasa. Langsung tidak pernah menceritakan bahawa sudah lama dia menanti Nizam, menanti lelaki itu menunaikan janjinya. Semua rasa ditanggungnya sendiri, hanya hari inilah dia berpeluang untuk meluahkan. Tapi, sayang.. Rasanya Nizam langsung tidak mengingati apa-apa. Hanya dari reaksi Nizam, Raisya sudah dapat mengagak.
“Kau memang tak dapat ingat apa-apa, kan? Huh, ternyata aku memang orang yang paling bodoh dalam dunia ni.. Mencintai seseorang yang kononnya sukakan aku, tapi rupa-rupanya cintakan perempuan lain dan langsung tak ingat aku..”
“Raisya..” Nizam yang diam sedari tadi bersuara apabila Raisya sudah mula mengatur langkah ke pintu. Raisya menoleh. Rantai yang ada di tangan Nizam dipandangnya.
“Sebut nama Nurul dan Nizam sambil tengok rantai tu.. Tengok sampai kau mampu ingat siapa Nurul dalam hidup kau.. Tengok sampai kau ingat betapa berharganya rantai tu pada kau dulu.. Kau tanya hati kau sendiri.. Pernah tak wujud nama Nurul dalam hati tu..” ucap Raisya. Ada maksud tersirat yang dia cuba sampaikan tetapi lidahnya tidak mampu. Cukuplah segalanya kini. Biarlah dia meletakkan noktah pada episod cinta luka ini.
Raisya keluar dan mencapai beg tangannya, meninggalkan Nizam termangu sendirian. Nizam meneliti rantai tersebut. Hatinya terasa lain sebaik rantai itu dipegangnya. Ada bayangan seorang gadis sedang tergelak bersama seorang lelaki. Bayangan rantai yang diserahkan oleh seorang lelaki.
Tiba-tiba mata Nizam membulat. Dia teringatkan sesuatu! Nurul! Nurul Raisya! Nurul! Berulang kali dia menyeru nama itu di hatinya.
“Ya Allah!” Tidak menunggu lama, Nizam berlari untuk mengejar Raisya. Sewaktu dia melewati meja Raisya, Nizam perasan Raisya tertinggal kunci keretanya. Bermaksud Raisya tidak menggunakan kereta!
Nizam menekan butang lif berkali-kali dan sebaik pintu dibuka, Nizam meluru masuk. Sesaat dirasakan berjalan terlalu lambat sekali. Pintu lif terbuka sekali lagi dan langkah Nizam semakin panjang. Dia ingin mendapatkan Raisya!
“Raisya!” jeritnya sebaik sahaja melihat Raisya sedang melintas jalan. Wanita itu menoleh bersama rembesan air mata. Ada senyuman terbit di bibir Raisya. Raisya berdiri tegak di lintasan zebra, menunggu kata-kata Nizam yang seterusnya.
“Aku.. Aku dah ingat..” ringkas Nizam berkata tapi cukup untuk melonjakkan perasaan gembira Raisya. Nizam berjalan setapak demi setapak untuk menghampiri wanita pertama yang mencuri hatinya.
“Kau dah ingat semuanya?” soal Raisya meminta kepastian. Nizam mengangguk laju. Air mata lelakinya menitis.
“Aku dah ingat.. Aku ingat kau.. Aku ingat kita..”
“Alhamdulillah..” hanya itu yang mampu Raisya ucap. Melihatkan Nizam yang semakin mendekatinya, Raisya mula mengatur langkah untuk mendapatkan Nizam. Akhirnya, cinta pertamanya kembali kepadanya. Ada sinar cinta di mata mereka berdua.
Tiba-tiba..
“Raisyaaaaaa!!”
Share this novel