BAB 13 - Pelawat

Thriller Completed 4848

Aku dianugerahkan Allah untuk merasai kehadiran entiti yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sekali-sekala dapat melihat mereka. Selalunya aku sendiri tidak sedar itu adalah mereka sehinggalah bila dikaji semula siapakah mereka yang aku nampak.

Kelebihan ini semakin menjadi-jadi semenjak aku berkahwin. Paling kerap terjadi apabila aku sedang berbadan dua. Selalu juga mengadu pada arwah abah. Namun sebagai seorang ayah yang bijaksana dia hanya menenangkan aku dengan mengatakan jika sesuatu perkara itu sering difikirkan maka itu la yang akan kita nampak.

Maknanya macam mainan perasaan. Tak cukup dengan itu arwah abah berpesan supaya membaca ayat²-ayat yang boleh dijadikan pendinding diri daripada syaitan dan sekutunya.

Arwah abah adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Allah dan dia banyak menurunkan pengetahuan-pengetahuan agamanya kepada aku. Arwah juga merupakan rujukan bagi kenalan-kenalannya berkaitan hal-hal agama.

Awal tahun 2009 keluarga kami diuji Allah dengan pemergian Arwah.

Seminggu arwah ditahan di CCU kerana infeksi paru-paru. Doktor mencadangkan supaya kerongkong arwah ditebuk kerana sukar untuk mengeluarkan bendalir yang berada didalam paru-parunya.

Tetapi ahli keluarga mengambil keputusan untuk tidak membenarkan prosedur itu kerana arwah selalu berpesan tidak mahu diperlakukan demikian.

Makanya, dua hari arwah abah terlantar dirumah tanpa salur makanan dan juga bantuan oksigen.

Sayu hati memandang namun hati tetap berdoa sapaya dia disembuhkan. Pada pagi hari pemergiannya, aku duduk di hujung kaki sambil membaca surah Yassin manakala mak duduk di satu sudut rumah dengan pandangan sayu terhadap lelaki yang dicintainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience