BAB 4- Jin

Thriller Completed 4848

Mendengar bebelan dan kata-katanya, aku berkata dalam hati: "Ini semua bohong! Penipu!" Selepas aku berkata begitu di dalam hati, jin tadi terus bersuara marah-marah: "Mana ada bohong. Memang aku dah keluarkan!" Mendengarnya jawapan jin itu baru aku tahu rupanya apa yang terdetik dalam hati, jin tersebut boleh dengar.

Selepas itu, aku tanya pada jin tersebut benarkah dia boleh dengar apa yang aku ucapkan dalam hati? "Memang aku boleh dengar," jawab jin itu dengan angkuh.

Sebab itulah aku kata, bila kita niat atau kita fikirkan sesuatu, itulah yang akan kita nampak. Jadi bila makhluk ini tahu apa yang kita fikirkan, jin ini akan ambil kesempatan untuk kalahkan kita. Sebab itu, apabila berhadapan dengan jin, kita kena selalu ingat pada Allah dengan cara berzikir dalam hati.

Selain itu aku juga pernah didatangi jin Islam. Jin Islam biasanya akan menjelma sebagai lelaki yang warak, berjubah dan berserban putih. Rupa paras mereka lebih elok berbanding jin kafir atau jin Islam yang fasik.

Kejadian ini berlaku ketika aku sedang makan di rumah. Sedang menjamu selera, tiba-tiba aku terdengar seseorang memberi salam.

"Assalamualaikum," ucap suara lelaki itu. Aku menjawab salam tadi dan berpaling ke belakang. Kelihatan seorang lelaki tua, berjubah putih dan berserban berdiri di belakang aku. Aku tahu, jin itu Islam sebab dia memberi salam.

Kemudian jin itu beritahu hajat kedatangannya. Kata jin itu, dia hendak membantu aku apa yang patut terutamanya dalam merawat orang sakit. Mendengar hajatnya, aku be­ritahu kalau dia hendak bantu aku, bantulah. Tapi biarlah kerana Allah semata-mata. Jangan dia mengharap sesuatu daripada aku.

Selepas aku kata begitu, jin tadi terus ghaib. Sebenarnya jin itu datang untuk berdampingan dengan aku dan mahu menjadi khadam. Kalau aku terima dan mengambilnya sebagai khadam lambat laun jin itu boleh jadi saka.

Itu semua sebenarnya akan menyusahkan aku dan keluarga satu hari nanti. Kenapa aku kata begitu? Aku ada satu pengalaman melibatkan saka ketika merawat sebuah keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience