Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.
“Subhanallah,” tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang.
Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Yahya terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.
“Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan,”; ujar Tok Imam.
Jamilah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Yahya di dalam semak di tempat kemalangan.
“Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam,” ujar Tok Imam ketika Jamilah bertanya mengapa dia melihat kaki Yahya berjalan di dalam rumah.
Selepas kaki Yahya dikebumikan, Jamilah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.
Apabila menyebut tentang kematian manusia, sudah tentu ia berkait rapat di antara hubungan roh dan jasad. Seperti diri kita, badan kita adalah jasad, dan roh merupakan diri kita sendiri.
Share this novel