BAB 9 - Kaki

Thriller Completed 4848

Jamilah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya.

Tetapi alangkah terkejutnya Jamilah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Jamilah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah.

Tiba-tiba Jamilah teringat sesuatu.

” Ya Allah, abang Yahya,” bisik Jamilah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya.

Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Jamilah bagai baru tersedar dari mimpi.

Serentak itu juga tubuh Jamilah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Jamilah tidak berani hendak keluar dari biliknya.

Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Hassan. Hassan tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Hassan mengadu tentang tapak kaki tersebut, Jamilah cuma meminta Hassan supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Jamilah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Jamilah. Jamilah meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Yahya yang dilihatnya.

“Memang aku nampak kaki dia Tok,” ujar Jamilah sedih.

“Apa alamatnya tu Tok?” soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.

“Ada yang tak kena ni Yah,” ujar Tok Imam.

Jamilah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Yahya di tempat kemalangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience