Dipendekkan cerita, setelah tujuh hari arwah kawan aku meninggal, salah seorang kawan aku yang bernama Lidya telah mendapat panggilan telefon dari nombor Kamalia yang telah hilang tempohari. Lidya mengatakan sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon itu, Lidya telah terdengar suara yang berada di talian adalah suara arwah kawan aku yang meninggal dunia hari itu.
Telefon bimbit kawan aku telah terjatuh semasa menguruskan jenazah arwah. Bukan Lidya sahaja yang mendapat panggilan telefon itu, tiga lagi kawan aku juga telah mendapat panggilan telefon itu.
Arwah mengatakan dia akan menunggu kami datang di tempat yang biasa kami berjumpa setiap kali keluar pada jam 12 malam. Selama empat hari berturut-turut kawan-kawan aku mendapat panggilan yang menyeramkan itu.
Kami tertanya-tanya sesame sendiri, mengapakah hal ini terjadi?
Sudahnya kami tidak endahkan terus kerana kami tahu tak mungkin orang yang telah meninggal dunia boleh menghubungi orang yang masih hidup. Ini semua pastinya gangguan dari syaitan yang mahu menakut-nakutkan kami.
Walaupun rasa gerun, kami teruskan kehidupan seperti biasa dan sentiasa menyedekahkan al-fatihah kepada arwah kawan kami ini.
Sebulan selepas itu tiada lagi panggilan yang menyeramkan itu. Mungkin disebabkan telah kehabisan bateri. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
Share this novel