Ketika aku membaca surah Yassin, datang sahabat arwah melawat dia duduk di bahagian kepala sebelah kanan arwah, pakcik Yusuf namanya. Di saat aku menghabiskan bacaan Yassin aku, datang lagi tiga orang sahabat arwah abah.
Aku tak pernah tengok sahabat abah yang ini. Mereka bersalaman dan mencium tangan abah. Tapi tiada sorang pun yang mengambil Yassin dan membacakannya untuk arwah abah. Cuma salah seorang daripada mereka merapati arwah abah dan berbisik.
Aku lihat abah seolah-olah menganggukkan kepalanya. Mereka bertiga berpakaian segak putih bersih.
Sesudah itu lelaki yang berbisik ditelinga abah bersalaman lagi diikuti dengan kawan-kawannya lalu meninggalkan rumah kami dan aku dalam termanggu-manggu. Dalam kepala aku kenapa la diorang ni tak bacakan Yassin untuk abah dan berlalu pergi selepas itu??
Dengan perasaan tak berapa nak puas hati aku pergi kat mak dan bertanya.
“Mak. Siapa dia tadi tu datang bersalam dengan abah siap cium-cium tangan tak pernah nampak pun.”
Mungkin dalam keadaan sugul mak pun jawa. ”Alahh kak, abah awak tu bukan awak tak tahu.. Anak-anak murid dia lah agaknya”.
Aku pun melupakan hal itu dan menuju ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari dengan adik-beradik yg lain.
Petang tu selepas Asar arwah semakin nazak dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib.
Selepas pengebumian dan selesai tahlil selama 3 hari aku seolah-olah terpanggil untuk mengingati tentang 3 orang lelaki yang datang melawat arwah abah.
Ringan pulak mulut aku bercerita dengan kakak aku sebab aku rasa peristiwa tu macam khayalan je.
“Kak.kak chik ada masa tu tengah baca Yassin kat kepala abah sebelah kiri.. Memang tak ada sesiapa yang datang"
"Tapi kak chik ada dengar awak bercakap dengan mak dan memang jelas kak chik dengar mak jawab soalan awka tu. Apa-apa pun memang pasti tak ada sapa datang melawat abah melainkan pakcik Yusuf.”
Berderau darah masa tu.
Share this novel