BAB 3- Jin

Thriller Completed 4848

Ketika sampai di rumah mereka, aku sudah nampak banyak jin sedang menunggu di hadapan rumah. Mereka mundar-mandir sekitar rumah seolah-olah sedang marah sebab aku nak membantu memulihkan keluarga tersebut.

Semakin diamati terserlah rupa jin yang menunggu itu dalam pelbagai bentuk. Tapi berbentuk lembaga. Ada yang betul-betul tinggi, setinggi pokok kelapa. Ada yang bentuknya pendek dan gemuk. Ada yang sederhana dan kurus. Ada juga yang berbadan sasa dan tegap.

Semuanya jin ini menjelma dalam bentuk asal iaitu seperti bentuk manusia tapi berwarna Hitam Iegam. Rupa mereka pula tak nampak sebab hitam.

Senang cakap bentuk asal jin ini seperti bayang-bayang manusia saja. Tak ada rupa. Kalau jin itu lelaki, bentuknya seperti bayang-bayang lelaki. Kalau jin itu perempuan, bentuknya seperti bayang-bayang perempuan. Itulah bentuk asal mereka.

Yang jadikan jin tadi menjelma pelbagai bentuk seperti langsuir, pocong atau penanggalan, sebenamya disebabkan oleh kita sendiri atau tugas mereka. Contohnya bila kita melalui satu tempat di mana kita pernah dengar di situ ada pocong. Bila kita fikir dan takut pada pocong, maka jin yang mendiami kawasan itu akan menjelma sebagai 'pocong' untuk menakutkan kita.

Kenapa aku kata begitu? Sebenarnya jin, iblis atau syaitan ini boleh membaca atau tahu apa isi hati kita atau apa saja kita cakap. Pernah satu kejadian di mana jin masuk ke dalam badan adik kepada rakan aku.

Mulanya aku ubatkan ibu kepada rakan aku itu. Akibat marah, jin tadi keluar sebelum masuk ke dalam badan adik rakan aku. Selepas masuk, menggunakan tubuh badan budak perempuan tadi, jin itu berdialog dengan aku. "Celaka engkau. Jangan kacau kerja aku," maki jin tadi pada aku. Mendengar cacian jin itu aku diamkan saja.

Aku langsung tak melawan sebaliknya terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Akibat tak tahan, jin itu bersuara lagi.

"Sebenarnya budak ni sudah mati. Roh budak ni sudah keluar dari badan. Aku keluarkan roh budak ni. Aku letak pada sebuah kubur. Sekarang tubuh budak ni bergerak sebab aku yang kuasai," kata jin tadi dengan angkuh dan cuba menunjukkan kehebatannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience