BAB 5 – Jin

Thriller Completed 4848

Ketika berubat, aku nampak jin itu menjelma sebagai seorang lelaki berpakaian pahlawan zaman dahulu. Siap dengan tanjak dan keris terselit kemas di badannya. Mukanya juga kelihatan bengis.

Mulanya, aku paksa jin itu keluar sendiri. Tapi jin itu tidak mahu dan masih berkeras. Bila aku ceritakan asal usulnya, jin itu mula berlembut sedikit dan mula takut. Kemudian jin itu bersuara.

"Disebabkan engkau tahu asal usul engkau dan kau juga tahu asal usul aku, aku tak boleh buat apa-apa pada engkau."

"Kalau dah tahu kenapa tak berundur, engkau keluar!" pekik aku.

"Aku tak boleh keluar sebab aku dah berjanji dengan tuan aku," jawab jin tadi.

"Siapa tuan kamu? Apa yang dia nak kamu buat?" tanya aku lagi.

"Tuan aku ialah waris keluarga ni. Dia bagi aku semangkuk darah. Sampai mati aku terpaksa ikut dia," jawab jin di dalam badan wanita itu.

Mendengar jawapannya, aku kata bahawa dia makhluk yang paling bodoh sebab berjanji dengan manusia. Sepatutnya dia berjanji dengan Allah dan ikut suruhan Allah. Selepas aku kata begitu, aku lihat jin tadi menjelma pula sebagai hantu raya.

Matanya merah, badan­nya berbulu hitam dan bertubuh sasa. Beritahu jin tadi itulah bentuk asalnya ketika menjelma menghadap bekas tuannya.

Bila aku berdialog lagi, jin itu mengaku yang diperintahkan untuk menjaga keturunan keluarga tersebut sampai bila-bila. Tapi selepas tuannya mati, tiada waris yang mahu mengambil dan menjaganya. Akhirnya jin itu menyusahkan keluarga tadi dengan memakan bahagian tertentu dalam badan salah seorang waris.

Sebab itulah aku katakan kalau kita bersahabat dengan jin, akhirnya ia hanya menyusahkan keluarga kita.

Selain itu, aku juga pernah nampak jin yang paling besar. Jin ini setinggi pokok kelapa dan sangat besar. Badannya tegap, sasa dan berwarna hitam legam. Jin ini tinggal di tepi jalanraya dan kerjanya mengganggu pengguna jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience