BAB 11 - Telefon Arwah

Thriller Completed 4848

Kisah ini berlaku pada beberapa kawan aku yang menerima satu panggilan misteri daripada arwah kawan kami. Misteri panggilan telefon daripada arwah ini telah mengubah cara hidup kami semua.

Perkara ini berlaku sekitar tahun 2001, ketika itu aku serta kawan-kawan sedang meniti alam remaja. Yelah… pada zaman itu kami dalam suasana keseronokan. Pada akhir bulan September pada tahun itu, aku dan kawan-kawan telah dikejutkan dengan berita kematian salah seorang kawan aku yang telah disahkan berpunca dari serangan jantung.

Bila dapat berita yang mengejutkan ini, aku serta kawan-kawan yang lain berasa amat terkejut kerana selama ini arwah tidak menunjukkan tanda-tanda dia sakit.

Setelah selesai memandikan, mengkafankan serta menyembahyangkan jenazah arwah, aku serta kawan-kawan yang ada turut sama menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Setelah jenazah dimasukkan ke liang lahad dan dikebumikan, salah seorang kawan aku yang bernama Kamalia telah bertanyakan pada aku sama ada aku ada nampak telefon bimbitnya atau tidak. Aku mengatakan tidak nampak, mungkin dia tertinggal di rumah.

Ketika itu aku dan kawan-kawan hanya mampu pakai telefon bimbit Nokia sahaja. Untuk memujuk kawan aku pada masa itu, aku beritahu mungkin masa dia datang ziarah tadi dia tidak membawa telefon bimbitnya.

Kawan aku cakap kalau telefon hilang tidak mengapa, cuma dia runsingkan adalah “SIM Card” di dalamnya. Sebab nombor aku serta kawan-kawan yang lain ada tersimpan di dalamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience