BAB 16 - Kelibat

Thriller Completed 4848

Pada suatu petang aku dan seorang kawan bercadang untuk membuat tugasan kursus kami sehingga pukul 10 malam. Petang itu aku ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Zuhur. Ketika aku sedang membasuh muka, aku seperti merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan aku.

Aku menyelesaikan wuduk dan apabila aku melihat cermin di hadapan aku melihat kelibat berwarna hitam laju keluar ke arah pintu tandas. Aku terkejut dan menoleh ke belakang untuk melihat siapakah kelibat yang berlalu pergi dan aku dapati tiada sesiapa pun.

Aku berjalan keluar dari tandas dan terus menuju masuk kebilik perbincangan. Ketika dalam perjalanan ke bilik perbincangan, aku seolah- olah sedang di ikuti oleh sesuatu di belakang.

Tanpa menoleh aku mempercepatkan langkah. Aku menunaikan solat dan terus menyambung tugasan aku sebelum ini. Aku hanya berdiam tanpa menceritakan kisah misteri yang baru aku alami tadi kepada kawan aku.

Malam semakin larut, sedar tidak sedar hampir pukul 11 malam. Kami mengemaskan barang dan bersedia untuk balik ke rumah. Aku menyangka kan hal itu hanya setakat itu sahaja.

Sekembali aku ke rumah aku membersihkan tubuh dan terus berehat. Aku merasa trauma dan seakan ada yang sedang melihat aku pada tingkat atas rumah dalam keadaan terapung. Bilik aku di tingkat atas.

Apabila aku berada di rumah di tingkat bawah sering melihat kelibat berlari menuruni anak tangga. Dan ketika aku membuat kerja, aku dapat rasakan ada yang melihat aku di belakang. Apabila aku menoleh tiada apa pun yang kelihatan. Keadaan ni berlarutan dan menyebabkan aku nekad untuk mengetahui; apakah yang menganggu aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience