Satu malam aku tidur awal untuk bangun semula menyelesaikan bacaan dan rujukan aku. aku tertidur dan bermimpi.
Dalam mimpi itu aku bertemu dengan seorang budak kecil kelihatan lelaki berumur sekitar 5 tahun. Kanak-kanak lelaki itu tidak berbaju dan tubuh nya berdaki. Rambutnya pendek dan kelihatan botak. Seluar nya diperbuat daripada kulit kayu dan di ikat dipinggang.
Kanak-kanak lelaki ini suka mengikut aku dan sentiasa berada di sisi aku walau kemana aku pergi. Dalam mimpi itu aku turut melihat susuk dua orang wanita.
Seorang wanita muda remaja Dan seorang wanita dewasa. Mereka berdua memimpin tangan kanak-kanak lelaki ini.
Keesokkan hari aku berjumpa seorang ustaz dan selepas aku di rawat aku berasa sedih dan sayu. Perasaan aku seperti rindu pada seseorang yang telah pergi meninggalkan aku. Namun aku tidak tahu pada siapa.
Keadaan aku tidak tamat di situ, malah semakin bertambah teruk. Aku tidak dapat tidur awal di malam hari dan sering ketakutan tanpa sebab.
Suatu hari aku tidak ke kampus dan aku mendengar suara memangil nama aku. Bila aku membuka pintu bilik tiada sesiapa. Kemudian aku berbaring semula di katil. Ketika aku melihat ke pintu bilik aku melihat susuk tubuh berwarna putih dan berambut putih panjang ke pinggang. Rambutnya lurus dan rapi. Muka susuk itu tidak kelihatan kerana dia menundukkan wajah nya.
Aku ketika itu sudah agak itu bukan manusia dan ianya adalah Jin. Aku pun tidak menghiraukan dia. Dia menghampiri aku dan duduk di sebelah aku. Aku memejamkan mata dan menarik selimut.
Tidak mahu melayan si dia yang begitu bersungguh untuk berkenalan.
Apabila aku membuka mata dan melihat ia masih di sebelah aku. Dan aku katakan jangan kacau aku lagi. Tiba-tiba aku melihat ia pergi ke pintu bilik dan hilang bersama hilaian yang panjang.
Share this novel