Hakikat

Romance Completed 6699

Leya masih trauma dengan apa yang jadi semalam. Dia tutup bengkel hari ni dan duduk dengan aku. Awal pagi lagi aku dah pergi kerja lepas kitaorang sarapan bersama.

Kami berdua tinggal di apartment yang aku miliki. Kami duduk bersama sejak masuk university lagi supaya lebih mudah nak pergi mana-mana. Mereka juga dapat persetujuan daripada ibu bapa masing-masing sebelumnya. Jadi tidak perlu risau.

" Leya dah okay, belum? ", tanya Aaron risau dengan keadaan sahabat dia yang selalu ceria itu.

" Alhamdulillah, dah okay sikit hari ni. Cuma tu lah susah senyum ", aku menelan air liur. Selalunya, Leya yang menjadi pemangkin semangat aku tapi sekarang ni dia pula macam ini.

" You tak boleh lemah Nina. Nanti Leya akan sedih pula kalau you buat macamni. Takut dia akan salahkan diri sendiri pula ", nasihat Aaron kali ini ada betulnya.

Aku kena bagi semangat dekat Leya supaya Leya akan lupakan memori malam semalam. Semalam, Leya cakap sudah tidak mahu percaya pada lelaki. Aku kena buktikan bukan semua lelaki macamtu.

" You nak lepak rumah I tak malam ni? Kau pun boleh beri penjelasan pasal semalam ", aku memang nak penjelasan pasal kejadian semalam. Diorang ni sebenarnya siapa? Aku dan Leya pun dipenuhi dengan rasa ingin tahu yang menggunung sejak semalam.

" Okay, I lepak rumah you malam nanti dan I ceritakan semuanya pada you guys ", jawabnya dengan riak tenang. Seperti tidak ada apa yang berlaku.

" Prof Aaron , ini gambar x-ray pesakit vvip bilik nombor 110 yang prof minta hari tu ", kata seorang jururawat yang lewat di situ hanya untuk memberikan gambar x-ray itu sebab hari ni jururawat ada shif di emergency room hari ini. Itu yang nampak kalut semacam.

" Thanks ", dan jururawat itu terus berlalu pergi.

" Maaf, I ada kerja nak buat jumpa malam nanti. Oh, jangan bagitahu ice berg tu ", dan macamtu aja si Aaron sudah hilang dari pandangan. Ajaib!

Baru sahaja dia nak pergi emergency room, aku bertembung dengan Aariz. Baguslah boleh bagitahu sekali dekat dia terus.

" Aariz, malam ni datang rumah I tau. Aaron pun pergi ", ujarku. Dia tak pandang aku sebab tengah sibuk menilik fail pesakit.

Aku terkesima melihat bulu matanya yang lebat itu. Sangat menawan.

" Jangan risau I akan pergi. Date tu bulan depanlah baru start tak payah tergesa-gesa sangat ", kata Aariz memahami situasi sekarang.

" Baik, boss. Terima kasih , I baru nak bincangkan hal ini dengan you dan Aaron . Nampaknya sekarang tinggal nak bincang dengan Aaron ajalah ", aku mentabik seperti seorang askar. Aku senyum selebar mungkin.

Dia ketawa kecil dan mengusap kepalaku yang berasalkan tudung ini. Memang blushing teruk waktu ni.

Staff hospital yang berada di situ terkejut dan takjub dengan sikap Aariz itu. Setahu mereka, professor mereka yang satu itu menang susah untuk melemparkan senyuman, apatah lagi ketawa sebergitu.

Ada yang mula bergosip-gosip sendiri. Ada juga yang dari tadi duduk jeling menyampah pada aku. Maklumlah, dua jejaka itu memang kegilaan ramai. Memang hangat dan panas terbakar di pasaran.

***__***__***

" Leya, you okay tak? ", tanya Aaron prihatin akan Aleeya.

" I okay cuma trauma aja ", Aleeya tersenyum nipis. Dia bersyukur ada sahabat seperti mereka. Sekurang-kurangnya dia ada tempat mengadu bila dalam susah atau senang.

" You ni lemah lah. Nama aja tomboy ", kutuk Aaron pula. Aleeya yang geram pun menyiku perut Aaron kuat. Biar padan muka dia. Dia ingat kita tomboy, kita tak ada perasaanlah ea? Pandai dia aja.

" Aduh , senak bodoh ", dia memegang perutnya kuat. Memang senak teruk. Kecil-kecil cili padi Leya ni tapi semalam tak pula dia melawan.

Aleeya menjelirkan lidah mengejek. Aaron pura-pura merajuk. Tangannya dilipat di dada. Bibirnya disebihkan.

" Alololo, siannya dia. Merajuk ea ", aku yang jadi tukang pujuk lepas lengan aku dicubit Aleeya. Maklumlah minah tomboy tu mana reti pujuk. Balik-balik aku juga.

" Weyh dok. Semalam kan korang punya aksi pergh gempak gila. Superb ", kata Aleeya bila teringat kejadian semalam. Terus lupa tentang bakal suami dia yang dah rentung semalam.

" Korang tak nak cerita apa-apa ke kat kitaorang ", aku mencelah. Kening diangkat-angkatkan. Rasa ingin tahu membuak-buak.

" I harap korang boleh terima hakikat siapa kitaorang ni yang sebenarnya ", kami anggukan kepala serentak dan memandang wajah adik beradik itu silih berganti.

Aaron mengambil nafas yang dalam sebelum berkata " Kami sebenarnya pembunuh upahan ".

Serta merta aku dan Leya rasa seram sejuk. Kami berpandangan tidak percaya.

" You tak main-main ke ni beb? ", tanyaku inginkan kepastian.

Mereka menganggukkan kepala serentak seperti yang kami buat tadi. Ah, sudah. Aku dan Leya dah mula overthinking. Mana tahu diorang berdua ni nak bunuh kitaorang kat sini. Baik lari cepat.

" Kitaorang bukan nak bunuh korang lah ", pelik bin ajaib. Si Aaron ni ada ilmu apa? Sampai kitaorang punyak fikiran pun dia dapat baca. Opss, memanglah kami kawan kan dah lama.

Si Aariz dah buat muka blur tak faham. Diorang ni cakap bahasa apa? Tapi ada dia kisah? Buat hal sendiri lagi baik.

" Sejak dari sekolah ke you ni pembunuh upahan? ", soalku lagi. Rasa menarik dengar cerita diorang ni. Entah kenapa kitaorang rasa tak takut bila bersama mereka. Mungkin sebab dah kenal lama. Jadi memang selesa bersama.

" Haah ", balasnya ringkas.

" Macammana you guys boleh terjebak? ", soalan ni datang dari mulut Aleeya. Best sangat cerita. Terus segar rasa tubuh dia yang tak bermaya tadi. Dah boleh tersenyum balik. Alhamdulillah.

" Mak I , mafia terkenal di London ", bulat mulut kami meng'o'kan.

" Tapi korang tak bunuh orang sesuka hati kan? ", dan dua-dua geleng kepala.

" Sudahlah tu cerita pasal kitaorang. Aku lapar ni. Nasi tak ada ke? ",dengan muka tak malu Aaron bertanya.

" Okay, aku pergi masak kejap ", Leya bangkit dari dapur terus saja dapur dituju.

" Masakkan aku pasta. Pastikan sedap tau biar aku tak banyak complain ".

" hai, dia ni dah lah minta makan macam order makan kat kedai. Nasib kawan, kalau tak aku luku kepala dia sampai berdarah ", gerutu hati kecil Aleeya .

Aku dan Aariz hanya menggelengkan kepala kelakar melihat telatah lucu mereka. Memang tak boleh jumpa mesti nak gaduh aja.

" Beb, I nak bagitahu ni. Date tu I nak tangguhkan dulu boleh? Eh, tak payahlah. Minah tu dah okay rasanya. Dia kalau trauma biasanya tak lama ", aku menukar fikiran sekelip mata. Teringat Leya dah tak fikirkan pasal benda tu lagi.

" Yes , you keluar ngan I dulu tau. Thanks beb ", dia tersenyum dalam masa yang sama balang yang berisi keropok yang telah kosong diberikan kepadaku. Gila lahap dia ni. Patutlah kena cop babi dengan abang sendiri.

Aariz tidak memberi sekarang reaksi pada perbualan kami. Dari tadi sibuk menaip sesuatu. Aku tahulah dia tu hacker. Macam mana aku tahu? Aku dah boleh agak sendiri kepakaran diorang berdua. Maklumlah baca novel banyak sangat.

" Nah ambil pasta you ni ", pinggan dihidangkan.

Dengan lafas bismillah si Aaron mula menjamah makanan. Nasib sempat baca bismillah. Kalau tak makan dengan setan lah jawabnya.

" Kau ni memang anak babi eh? ", akhirnya suara dari mulut emas itu terletus jua.

Aaron tersedak. Cepat-cepat aku tuang air masak yang sedia ada atas meja.

" Beb, minum air ni ".

Dia minum dengan rakus. Dikerling abangnya dengan tatapan yang tajam.

" Diamlah babun. Dasar anak pungut ", Aariz hanya menjulingkan mata ke atas dan mencebikkan bibir tanda tidak kisah langsung.

Si adik yang merajuk merengus kuat. Pastu itu dilahap kembali. Sayang kalau tak makan.

Aku dan Leya geleng-geleng kepala dan ketawa kecil dengan gelagat mereka berdua. Haish, ada-ada sahaja telatahnya.

'Beb' tu memang panggilan yang biasanya Nina gunakan pada Aaron dan Leya sejak diorang kenal tau. Jadi jangan pelik pula. Nak tanya ni, korang rasa siapa yang sesuai jadi hero utama cerita ni? Aaron atau Aariz ? Tolong Cara pilih, boleh tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience