Completed
6699
"Selamat pagi everyone. Macam mana tidur? Lena tak?", Aariz tidak seperti selalu.
Pagi ni dia ceria sangat. Macam budak baru dapat gula.
"Morning along. Kau dah kenapa long? Happy semacam pepagi buta macam gini. Ada berlaku apa-apa ke semalam yang aku tak tahu", bertaut kening Aaron bertanya.
Pelik dengan sikap abangnya yang lain daripada yang biasanya. Aariz selalunya diam aje tapi hari ni dia tegur orang dulu.
Mesti ada apa-apa semalam ni? Jarang along nak buka mulut pagi-pagi macam ni. Happy lak babun pagi-pagi macam ni. Bisik hati Aaron.
"Kau ingat aku tak tahu ke korang bual apa semalam?."
"Kau mengintip kami berdua eh long? Asal doh? Malu babun. Gila betullah kau ni. Orang tengah feeling Bollywood kau gi dengar lak. Buat apa." Muka merah tapi mulut sempat mencarut sesedap rasa.
Aaron memang pakar bab-bab mencarut ni. Lancar benar mulutnya menuturkan kata-kata kesat.
"Kau ni dah sihat pun perangai macam babi kan? Cuba kau support aku sikit. Baru nak happy-happy dah kena bahan. Malas aku nak bercakap dengan kau lagi." Okay, Aariz merajuk gengs. Memang rare.
"Lamak long. Kau tahu merajuk ke?," tak habis lagi dia membahan abangnya.
Tak tahan kena bahan. Aariz bahan balik. Biar seri.
"Yang orang ni asyik senyum pepagi macam ni kenapa pula eh? Oh, lupa. Malam semalam best kan? Pandang-pandang, jeling-jeling. Sweet-sweet kat rooftop. Best an sejuk udara malam masuk sampai ke pagi." Merah teruk muka Aaron.
Nina yang baru keluar daripada dapur menatang nasi goreng yang baru dimasak pun tersipu.
Leya sudah tertawa gelakkan kedua sahabatnya yang tersipu malu itu.
Kurang ajar kau Leya. Malu aku. Support lah member sikit. Rajuk hati Nina.
"Kau pun nampak kita orang semalam ke Leya?," aku berpaling memandang Leya.
"Dua makhluk sedang hangat bercinta. Aku ada rakam semalam. Kau nak tengok?," katanya selepas itu sambung ketawa.
"Siut kau Leya," balas Aaron masih malu mungkin walaupun dengan wajah bersahajanya. Mukanya masih merah jambu. Nak tunjuk macho lah tu.
Hshshs. Mulai pagi dengan senyuman. Tiber pula penulis ni.
"Beb, you pilihlah Nina", Aariz yang berdiri dekat situ kebingungan.
" Adik aku ada suka Leya juga ke?" Aariz berfikir dalam benaknya. Parah juga main tarik-tarik tali ni. Salah tarik ada yang nangis nanti.
"Leya, kau akan okay ke? Aku tak kesah. Betul aku cakap ni," aku berkata sungguh-sungguh. Tangan Leya diraih.
"Beb, aku dah buat keputusan. Keputusan aku muktamad. I dengan Aaron tak ada jodoh. Full stop." Leya meyakinkan aku.
Sempat dia membalas senyum dengan Aaron. Aaron mengangguk kepala sedikit seperti berterima kasih. Leya menepuk bahu sahabat baiknya itu.
"Jaga Nina baik-baik. You buat dia nangis siap you. I rebus daging you," terjengkil mata Aariz mendengarnya.
Tak pernah lagi ada yang berani sound adiknya di hadapan dia dengan penuh lantang seperti itu. Apatah lagi kaum hawa. The hack?!
"Uish, seram." Aaron yang sedia faham perangai tomboy Leya hanya menyengih.
Leya ni memang suka cakap besar tapi hati selembut sutera. Pantang dia ada yang buat Nina menangis pasti mengamuk satu kawasan. Leya penuh dengan semangat setia kawan. Sebabtu dia sendiri selesa mahu berkongsi masalah dan pendapat.
"Along sengaja aje cakap suka dekat Nina tapi kau kenal aku macam mana kan? Selagi aku tak tahu benda tu baik untuk kau aku tak akan sewenang-wenangnya lepaskan kau. Kau satu-satunya adik lelaki aku. Tak ada yang lain. Along setuju hubungan kau dengan Nina," Aariz berucap panjang.
Tersengih pasangan dua hati satu jiwa itu. Mereka mencuri pandang sampai malu-malu meow di situ.
"Aku tahulah long." Mukanya diketatkan. Cuba mengawal rasa suka. Lagipun memang dia dah tahu dari awal. Sikap abangnya itu memang sangat diketahuinya. Tak perlu diungkapkan lagi.
"Dah jangan nak sweet sangat pepagi buta ni. Makan lepastu cepat siap. Kita pergi bersiar sebelum balik Malaysia esok. Dah seminggu tak balik mesti you dan Leya rindu rumah kan?," kedua gadis ayu itu mengangguk laju.
"Nanti balik Malaysia I nak datang merisik you untuk adik I. Jangan pura-pura terkejut pula dengan kedatangan I. Siap sedia aje," merah wajah Nina. Bahagia tidak dapat disembunyikan lagi. Kerja menyengih sampai kering gusi dibuatnya hari ni.
"Kalau I pilih Aaron. You pilih Leya lah. Dia cantik apa?," aku sedang menggoda bakal abang ipar.
Aariz tersedak air liur mendengarnya. Selepas itu dia berdehem. "Itu pun kalau Leya sendiri sudi."
Leya yang malu menguis-nguis lantai. Sekali tengok dah rupa orang miang dah.
"Malu tapi mahu lah Aaron. Kahwin serentak ajelah," semakin gian aku mengusik memandangkan Aariz memberi green light pada Leya.
"Pastu kita tinggal sama-sama. Makan pun kita sama-sama. Buat anak pun sama-sama," Aaron mula mengeluarkan ayat gatal dia tu. Hey, menyampah rasa. Boleh pula ke situ. Kalau kami berempat nak tinggal sebumbung best juga ek?
"Aaron, you jangan melampau sangat eh? Ada yang makan sup kaki saiz 6 ni kang." Merah wajahnya sudah tidak perlu dikatakan. Memang malu sungguh.
"Mende kau ni Aaron. Bahasa tu elok sikit." Marah Aariz. Wajahnya tidak merah seperti tadi. Aariz ni memang kebal sikit orangnya. Kalis godaan.
"Jom sarapan. Lapar ," Nina berkata manja. Nada tu memang selalu dia gunakan kalau lapar. Anak tunggal biasalah. Manja.
Layanan kena lebih extra sikit.
"Baik princess ," meja makan Aaron dan Nina tuju untuk mengisi perut yang lapar.
Kini, tinggal Aariz dan Leya yang berada di situ.
"Apa perasaan you," Aariz membuka kata.
"Perasaan apa?," Leya buat-buat tak faham.
"Perasaan you pada I. You suka ke dengan I?," Aariz malas berbasa-basi. Terus dia cakap to the point aje.
"Sukalah. I tak boleh nak benci you," senyuman dileretkan sebelum berlari ke meja makan untuk menyantap sarapan yang disajikan Nina yang dimasak oleh mereka berdua pada awal pagi lagi.
Aariz menundukkan wajah sambil tersenyum simpul. Bibir bawahnya digigit. Nakal betul Leya ni buat Aariz geram. Tangan sebelah dimasukkan ke dalam poket dan dia jalan bersahaja dan pasang muka poker face dia tu.
Selepas makan, mereka semua menukar baju yang sesuai untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan bandar London yang cantik ini. Kamera tidak ketinggalan untik merakam setiap memori yang tercipta sepanjang keberadaan mereka di situ.
Semasa makan malam di restoren mewah halal yang berada di London itu menjadi sejarah dalam hidup aku. Dengan penuh romantis diri ini dilamar Aaron. So, I'm on my way to be his. Amin, insha Allah.
Enjoy my dearest readers!
Share this novel