Completed
6699
Aku kenakan dress labuh bewarna kuning cair. Tudung selendang putih melilit kepalaku dan kasut flat putih bertatahkan berlian kecil yang aku beli kat Amsterdam dulu. Baru first time pakai weyh. Lawa pula. Hoho.
Aku berdandan sikit hari ni. Aku bubuh foundation sikit kat muka bagi nampak seri. Concealer aku letak sikit bawah mata untuk tutup panda eye aku. Aku ambil pula mascara dan aku apply pada bulu mata. Kening pula aku just sikat dengan gel aja. Kelopak mata aku letak eyeshadow colour light pink. Eyeliner aku pakai tipis-tipis aja untuk menghidupkan mata yang layu tak cukup tidur. Semalam aku jaga emergency room lagi. Itu yang jadi macamni matanya.
Akhir sekali, aku ambil lipstick warna soft peach and aku sapukan di bibir merata. Tak cukup dengan itu aku letakkan lip tint warna merah mak ngah dekat tengah bibir. Yang ni aku taruk sikit aja kat bibir sebab takut merah sangat. Masih merasakan kurang, aku tambah lip gloss biar nampak basah dan seksi.
Gatal pula aku hari ni. Hoho. Lagi pula, make up ni Aaron sendiri yang suggest untuk aku. Ini pun aku dah rasa tebal semacam. Biasanya aku kalau keluar cukup sun cream dengan lip balm rasa strawberry.
"You have new messages", nada dering aku yang cute tu berbunyi.
Aku terus buka dan aku baca WhatsApp dari Aaron.
'Aku kat bawah ni'
Tanpa membalas, aku dengan cepat ambil beg Prada aku yang warna putih itu dan aku terus keluar.
Aaron tengah tunggu aku depan gate sambil berbual-bual dengan Leya.
"Wow, siapa kata gadis Melayu tak menawan? Tak menarik hati? Tiada bandingnya", Leya terus nyanyi lepas nampak aku. Sengaja nak buat aku malu lah tu.
"Diam ah kau tahulah tak laku", terus mati senyuman Leya. Bibirnya sengaja dimuncungkan. Merajuk.
"Hidih, siapa kata aku teringin sangat nak ada boyfriend ha? Kereta-kereta kat bengkel tu dah cukup untuk menemani aku sepanjang hari. Aku tak perlukan sesiapa",katanya dengan nada geram. Nasib kawan. Tahulah bergurau tapi aku dah terasa woi.
"Lamak you. Sorry ah, wa gerak lu. Nanti pape rojer okay? Tak yah merajuk dengan wa lama sangat takut nanti kau yang rindu wa. WA gerak dulu",dengan gaya gangster dia buat untuk buat Leya tergelak.
Leya ni memang suka cerita aksi Malaysia. Jadi, dia memang mudah terhibur kalau Nina pujuk dia macamtu. Kalau pujuk dia sweet-sweet Leya akan geli dengan dia pula nanti. Leya tak suka bila dipujuk lemah lembut.
"HAHAHAHA, okay bro. Gua akan kacau bila perlu. Lu siap-siap untuk dikacau", dikeluarkan pistol tangan dan tangan itu naik mengusap dagu.
"Lol, okay", aku lambai pada Leya. Leya lambai balik. Aaron pun turut melambai.
"Bye, minah senget"
"Bye, mamat sengal".
***__***__***__***
Kami berdua melangkah masuk ke dalam restoren nasi Arab terkenal yang ada di daerah KL ini.
"Huish, mentang-mentang kaya you bawa I semua kat tempat grand kan?", ayat aku ni sebenarnya berbaur perlian tetapi disebabkan oleh dia ni kalis perlian dia dengan tak kesahnya menjawab "kalau ada restauran lagi mahal dari ni aku bawa kau pergi. Jangan risau duit aku terlampau cukup nak bagi kau makan", sambil tersenyum.
Aaron nampak tidak terusik langsung atau termakan hati sama sekali. Bagus juga dapat suami macam ni tak payah susah-susah nak jaga perasaan dia. Humorous pun iya juga.
"Order encik? Cik?", kata seorang pelayan dengan ramah. Yang paling penting sibuk pula dia ni menggatal dengan Aaron.
Tersengih-sengih dari tadi. Ei, merenyam habis.
"Saya nak nasi Arab yang paling mahal set dulang tau sebab I nak makan dengan tunang I. Kan bidadari?", Aaron tersenyum manis pada aku.
Aku membalas senyuman itu dan mengangguk perlahan.
" I nak cappuccino satu. Bidadari, you nak air apa?",sambil buat muka comel.
Awww, memang comel sangat. Rasa nak cubit-cubit pipi dia.
" I nak macha satu ", aku jawab tak pandang pun muka pelayan itu. Aku hanya pandang Aaron dan Aaron hanya pandang aku. Si pelayan tu pergi dengan menyampah. Padan muka dia, haha.
"Hmm, bidadari?",aku tanya sambil menongkat dagu.
"It's you. Definitely you. Always you. Forever you", Aaron turut menongkat dagu sepertiku sambil mengeluarkan ayat manis membunuh.
Mata kami tertaut sekejap. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan mata. Zina mata kan tak baik.
Aaron faham kenapa aku menoleh ke tepi. Dia hanya tersenyum. Hatinya tak habis-habis memuji kecantikan gadis dihadapannya tika ini.
"Your order", kata pelayan lelaki pula. Pelayan yang perempuan tadi tengah makan hati agaknya.
"Thank you",ujar kami serentak.
" Hmm, sedapnya. Nampaknya aku kena order lagi satu dulang. Tak cukup kalau satu ", kata Aaron. Air liurnya ditahan daripada menjejeh. Yalah, nasi Arab tu memang nampak menyelerakan.
" Kuatnya you makan. Kenapa you berubah? Dulu you tak adalah muntah kedarah macam ni", soalku pelik. Selama dia kenal Aaron, tidak pernah Aaron makan dalam portion yang banyak sejak dia jumpa Aaron buat kali pertama. Dulu masa di sekolah Aaron makan ikut sunnah Nabi Muhammad. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
"You tahu kan kerja apa I buat selain daripada doktor?", aku mengangguk perlahan.
"Aku pernah diculik dan dijadikan tikus makmal. Tubuh aku disuntik banyak ubat untuk menghasilkan supplement terbaik untuk orang yang nak kuruskan badan tapi masih boleh makan banyak".
Aku jelas terkejut dengan pernyataan Aaron. Aaron nampak normal dan juga nampak ceria sentiasa tak sangka dia sudah lalui macam-macam dalam hidup. Aku mula pandang dia dengan pandangan penuh simpati.
" Don't look at me like that, angel. I don't want to make your pretty eyes fill in with tears and sympathy ", Aaron tersenyum seperti tiada apa-apa berlaku.
" But you have to tell me everything about your past after this. You know right? How I care about you?", aku cuba menahan deraian air mata yang hampir-hampir mahu menitik.
Aaron mengeluarkan sapu tangan dari poketnya dan hapuskan air mata aku yang sudah tidak dapat ditahan lagi.
Aku akan cuba untuk cari ruang dalam hati aku untuk kau Aaron. Aku tak boleh janji sebab ada seorang lagi yang menagih cinta aku tapi aku sanggup buat apa-apa sahaja untuk kau. Aku bermonolong dalam hati. Itu janji aku.
" Sudahlah, jom makan. Nanti kau order lagi banyak-banyak biar aku bayar. Aku betul-betul nak bagi hari ni hari yang istimewa dalam hidup aku. Aku dapat jumpa kawan yang baik hati, charming, cute ada mata warna amber. which is super rare and ada kulit macam orang Melayu. Hahaha, abang you tu pucat sangatlah takut I ", aku cuba berseloroh dan akhirnya muka ketatnya pun mula mengoyakkan ketawa cerita yang seperti kebiasaan aku selalu dengar.
" You're my lost angel. Bidadari ", dan aku terpampam buat kesekian kalinya.
Tunggu next chapter dengan sabar ya readers! Love y'all
Share this novel