Completed
6699
"Aaron, terima kasih sebab kembali pada Nina."
Aku melentokkan kepala ke dada bidangnya.
Aaron mengusap rambutku yang tertutup tudung shawl putih pelan penuh kasih.
"Nina sayang, I... I tak boleh berada lama kat sini. I kena pergi. Maaf sebab terpaksa tinggalkan you seorang diri lagi."
Aku tersentak daripada mimpi ngeri dan aku dapati air mataku mengalir di pipi macam ada petanda yang tak menyenangkan hati.
"Aaron, you ada kat mana sekarang? Jangan buat I rasa takut sangat. Please," kataku dalam hati sebab sekarang yang aku boleh dengar hanyalah tangisan aku sendiri.
"Nina, kau okay tak? Buka pinta Nina bagi aku masuk. Jangan buat aku risau."
Leya yang berada di luar pintu bilik aku mengetuk pintu tanpa penat. Aku tahu dia risau tapi aku sendiri rasa tak berdaya untuk bangun membuat pintu sekarang.
Aku capai telegon pintar yang berada betul-betul di sebelah aku dan aku memberi 'chat' pada Leya.
"Kita bincang esok. Let me alone first."
tak sampai lima minit chat aku dibalas.
"Okay beb but tell me everything when you ready, k?"
Aku bluetick aja tidak membalas dan sambung menangis.
Tapi aku terfikir daripada aku menangis dan duduk diam macam mayat hidup lebih baik aku buat solat hajat untuk meminta pada tuhan agar Aaron baik-baik sahaja kat sana.
Aku tahu mimpi itu mainan tidur tapi siapa aja tak takut kalau kita mimpi bayangan pujaan hati kita macam itu.
Aku rasa takut untuk melelapkan mata walau sikit pun.
Chat terakhir aku dengan Aaron adalah dua minggu lepas lepastu terus hilang khabar berita.
Jangan-jangan. Eits, sudah Nina jangan fikir bukan-bukan. Relax. Aku meniupkan semangat pada diri sendiri dan mula berfikiran positif.
Walaupun sekarang jiwa aku kacau, hati tak tenteram.
Aariz dan Leya yang paling nampak perebahan sikap aku sekarang ni.
Wajah yang dahulu berseri dengan senyuman telah hilang sinarnya.
Hari ni aku pergi kerja setelah diberikan cuti selama tiga hari.
"Welcome back, Nina," ucap Aariz memberi semangat pada aku walaupun dengan muka tembok dia tu. Tak apalah. Janji dia ikhlas.
"Thank you," aku paksa senyum. Senyuman yang sangat tawar.
"I harap you bersemangat hari ni untuk mulakan kerja. I terima surat dari Aaron pagi ni. Dia suruh I bagi pada you," sampul surat yang sedari tadi Aariz pegang kini bertukar tangan.
Aku sebak. Beremosi sikit tiba-tiba. Dua minggu kut Aaron hilang tanpa khabar berita.
Aku buka surat itu cepat-cepat selepas Aariz pamit pergi untuk cari tahu isi kandungan yang tertulis dalam surat itu.
Nur Imanina,
Apa khabar you yang berada di Malaysia, sayang? I harap you sihat walafiat di sana bersama along dan Leya. I di sini sangat merindui you. Maaf, setelah sekian lama kita tidak berhubung. I baru boleh bagi surat ni pada you sekarang sebab I masih ada urusan yang belum selesai.
You jangan risau. I baik-baik sahaja kat sini. I nak minta maaf lagi sekali sebab mungkin yang tak dapat tunaikan janji kita. I mungkin tak akan balik Malaysia lagi. I tak boleh cerita apa yang sedang berlaku sekarang ni tapi I akan beri you penjelasannya kalau I dah sedia nanti.
Untuk itu I Aaron Iskandar akan lepaskan you pergi. I lepaskan you pergi bukan sebab I tak cinta you tapi ada sesuatu yang I tak sedia lagi nak cakap. I nak you bahagia sayang sebab tu I nak kita pisah cara baik. Tolong jangan bencikan I.
Yang memujamu,
Aaron Iskandar.
Aku hapus air mata yang tak berhenti keluar dari tadi tetapi semakin aku hapus semakin air matanya mendesak keluar. Akhirnya aku pasrah dan aku menangis semahunya.
Aku angkat muka sebab teringat sesuatu. Aariz mesti dapat surat daripada Aaron juga sebab kalau dibandingkan dengan dirinya. Aariz lagi penting pada Aaron sebab Aariz ahli keluarga dia.
Kalau susah sangat Aaron nak bagitahu dia apa yang dah jadi dia nekad untuk cari tahu sendiri.
Aku keluar dari bilik Aariz dan cuba mencarinya tapi tak jumpa. Aku tahan seorang jururawat dan aku tanya dia di mana keberadaan Aariz sekarang.
"Kalau tak silap saya, Prof.Aariz ada pembedahan pagi ni."
Aku cepat-cepat berterima kasih dengan info yang di terima. Aku tak menunggu waktu yang lama untuk terus cabut kaki menerjah bilik bedah yang sedang beroperasi.
Yang lain nampak terkejut tapi muka Aariz masih macam biasa aja. Muka tembok tak beremosi langsung.
"Doktor Nina buat apa kat sini? Kami sedang jalankan pembedahan sekarang. Sila keluar," ucap jururawat yang bertugas dia dalam bilik bedah itu.
"I nak jumpa you." Aku tak ambil peduli pasal pandangan orang yang berada di situ. Bagi aku, aku kena cari jawapan untuk persoalan yang bermain-main di fikirkan aku. Keanak-anakkan aku?
"Doktor Nina buta ke? Prof.Aariz sedang merawat pesakit. Sila keluar sebelum saya panggil security guard," kata doktor pembantu yang berada di hadapan Aariz sekarang.
Aku mengendahkan ugutan itu. Aku mengambil tindakan drastik dengan menjerit.
" I nak you sekarang. You dengar tak Aariz? Please! ."
Aku tak dapat kawal emosi aku dan aku berlari ke arahnya. Aku pegang lengan dia dan aku menangis. "Please Aariz ," aku merayu lembut. Dia yang memandang aku dengan pandangan yang redup pun mengeluh perlahan.
"Tolong kawal emosi you, Nina. I tahu apa yang you nak but can't you see what am I doing right now? It about someone life you know. I tahu you tengah serabut tapi I lagi serabut bila tengok you macam ni. So please behave."
Aariz kembali fokus lepas aku melonggarkan pegangan. Aku duduk di sudut tepi ruangan bilik bedah itu. Aku terduduk memeluk lutut. Kepalaku menunduk dan aku menangis sekeras-kerasnya.
Semua yang berada dalam bilik bedah itu menggeleng-gelengkan kepala kesian terhadap doktor muda itu. Perhubungan mereka sudah diketahui semua staff dia hospital itu.
"Focus please. Gunting." Arahan diberi dan dijeling tajam. Terus terdiam yang lain tidak beriak sedikit pun.
"Selesaikan. I nak keluar." Doktor pembantu mengangguk. Pembedahan selesai.
Dia keluar sebentar untuk membasuh tangan dan menukar baju.
Dia masuk semula. Pesakit telah pun siap dijahit lukanya.
Aku yang masih memeluk lutut mengangkat kepala lepas bahu aku disentuh. Dengan sengukkan yang tersisa aku bertanya "Dah cuci tangan?"
Sempat lagi aku memikirkan soal kebersihan sekarang. Aariz ketawa kecil.
"Dah. You mungkin tak dengar sebab sibuk menangis." Perlunya dengan senyuman senget.
Aku bangun dan menarik lengannya untuk keluar dari situ. Pesakit tadi pun sudah siap untuk dipindahkan.
"You nak bawa I pergi mana?"
"Kita duduk dekat tempat yang tak banyak orang. Kita masuk bilik you."
Aariz kembali diam.
Mereka duduk menghadap dan aku mula mengajukan soalan.
"Apa yang you tahu pasal Aaron sekarang. Jangan cuba berselindung dari I. I nak tahu semuanya weather is good or bad."
Aariz melepaskan keluhan kecil. "Okay but be prepare."
Aku menelan liur. Aku perlu tahu semuanya walaupun itu buat aku rasa tak berdaya lagi. Setidaknya aku tahu.
Apa yang jadi sebenarnya ni? Nantikan bab terakhir CCK!
Share this novel