Erm , kopi

Romance Completed 6699

" Tak yang kau nak salahkan abang kau pasal perkara ni kenapa ? Dah terang - terang perempuan tu pun salah ", aku sedikit geram melihat Aaron .

" Dah dia kata boleh lempiaskan amarah pada dia . Lagipun , dia kan along aku . Dia lagi dewasa dan dia patut lindungi aku ", jawabnya dengan muka tak bersalah .

Okay sepuluh minit sebelumnya ,

" Haish , macam ni .... Kita pesan kopi dulu ", katanya tenang .

" Tadi bertengkar macam dah nak bertumbuk sangat . Sekarang ni , siap nak order kopi pula ? Memang still otak tiga suku member aku seorang ni " , kutukku dalam hati .

" Erm , kopi . You tahu kan I hantu kopi ", aku cuba memaniskan wajah . Sedikit tak faham dengan hubungan dua adik beradik ini . Bukan sikit tak faham tapi tak ada sikit pun yang aku faham . Huhu .

Lepas aja dia ambil pesan , kopi terus sampai. Macam tahu - tahu aja kan ?

" Okay , cerita dia macamni . Aku dengan along ada suka satu perempuan ni time kitaorang kat u tapi kitaorang tak tahu pun dia dah khawin . Jadi kitaorang gaduh sebab rebutkan dia . Tapi dia tu jahat . Dia nak along , aku ngan husband dia serentak ", katanya selepas menghirup kopinya pelan .

Si abang dengar dan minum dengan muka tak ada perasaan dia tu .

" Habis tu yang korang nak khawin ngan I pula kenapa ? ", aku pelik . Haish , bencilah gini .

" Perempuan tu dah mati ", aku tersedak kopi lepas Aariz kata dengan muka yang kosong itu .

" Asal ? ", aku mengambil sapu tangan dan mengelap hidung aku yang berair sebab tersedak tadi .

" Sebab dah ajal . Dia , suami dia dan anak dia meninggal sebab accident ", balas Aaron pula .

Okay sekarang kembali di mana kita berhenti tadi .

" Tak adalah saja aja . Aku ngan dia ni memang suka gaduh mulut tapi kitaorang saling sayang menyayangi ", kata Aaron tersenyum pada Aariz . Aariz menjulingkan mata keatas sebagai balasan .

" Huh , korang ni pelik lah ", aku ketawa kecil . Nak ketawa besar sebenarnya tapi aku terpaksa tangan . Maklumlah , aku seorang aja perempuan dalam bilik ni . Kalau aku ngan Leya confirm dah gelak macam pontianak .

" Ha , korang tak cakap lagi kenapa ajak aku khawin ngan korang ", aku buat muka tembok aja tanya soalan itu lagi .

" Mungkin kitaorang ditakdirkan suka dekat perempuan yang sama lagi ", kata Aaron dan Aariz angguk kepala tanda setuju .

Ah , sengal . Dua - dua sengal .

" Aduh , gitu pula ", aku garu kening yang tak gatal .

" Our conversation is done . You can start tomorrow but now please rest ", kata Aariz dengan nada yang senada .

" Terima kasih lah suruh aku rest . Tengah serabut dengan otak tiga suku diorang ni . Tapi Aariz okay sikit , kut ? ", kataku dalam hati .

Aku senyum dan tundukkan sedikit kepala tanda hormat .

" Dah jom kita keluar ", Aaron dengan selamba membontoti aku .

Dia ni dah tak ada kerja dah ke ?

" You tak ada kerja ke nak buat TIMBALAN PENGARAH ? ", memang aku sengaja tekankan perkataan ' timbalan pengarah ' itu .

" You tak tahu ke I boleh keluar sesuka hati ? ", soalan dikembalikan soalan . Argh , sudah . Pening .

" Sebabtu parents kitaorang suruh I yang handle hospital ni . Nak harapkan Aaron . Haish , mati hidup semula ", bebelnya tanpa memandang muka kitaorang .

" Sebelum keluar I nak tanya . You buat tau keputusan . Pilih siapa yang layak antara kitaorang ", aku hanya tersenyum sumbing .

Sah , aku rasa aku pun naik gila .

Aku terus keluar dari bilik itu dan Aaron tetap membontoti aku . Aku rimas.

" You janganlah ikut I ", rungutku dihadapannya .

" I tak ada kerja nak buat ", aku merengus geram .

" You nak pergi mana sebenarnya ", soalnya ingin tahu .

" Nak jumpa Leya kat bengkel ", balasku jujur .

" Leya geng kita tu an ? ", wajahnya semakin ceria .

" Yalah , Leya mana lagi " .

Aku masuk dalam kereta dan Aaron pun masuk dengan muka tak malunya. Lupa nak cakap , Aaron memang dah putus urat malu dari dulu lagi . Aku naik bengang tapi aku sabar sebab aku memang tahu perangai dia ni macamni .

Aku memandu dengan cermat dalam masa yang sama lelaki sebelah aku ni berceloteh macam makcik - makcik . Aku nagn dia ni kalau dah jumpa memang membawang aja kerjanya . Pasti ada aja cerita nak cerita . Belum masuk Leya lagi si kaki kepoh tu . Ah , mantap kalau nak membawang .

Aku masuk simpang tiga dan bengkel tepi jalan itu aku parking kereta .

" Kita dah sampai ke ? ", soal Aaron dan aku hanya anggukan kepala sebagai jawapan .

" Assalammualaikum , Leya . Aku datang ni . Aku bawa hadiah juga ", aku memberi salam dan meliarkan mata mencari bayang sahabat baikku itu .

" Waalaikumsalam , Nina . Aku ada dekat sini ", dia meluncur dari bawah kereta dan dia teruja bila nampak Nina dan ... Wait sapa ni ? Oh , Aaron !

" Weyh rindu siak aku ngan korang ", kata Leya sambil membetulkan tudungnya yang senget sebab dia baring bawa kereta tadi nak baiki kereta costumer .

" Hai , kau ni . Aku baru jumpa kau semalam . Yang kau patut rindu ni , ha ", aku tunjuk Aaron .

" Aku pun rindu kat korang berdua . Dah lah weyh , jom makan aku laparlah ", kata Aaron sambil pegang perutnya yang berkeroncong hebat.

" Nampak sangat laparnya . Okay ah , aku lapar juga ", kata Leya .

Aku anggukan kepala dan tersenyum sebab aku pun lapar juga .

Aleeya dengan pantas membersihkan wajahnya yang terkena minyak kereta dan tukar baju yang bersih sedikit .

Aleeya ni kaya sebenarnya . Bengkel ni dia yang bina sendiri . Bapa dia ada syarikat kereta yang besar . Tapi Leya ni memang tomboy sikit .

Aku pun kaya juga . Bapa aku kerja pengarah urusan dekat syarikat terbesar Malaysia . Disebabkan bapa aku ni setia , CEO tu bagi salah satu syarikat kecilnya pada bapa aku untuk dia usahakan .

Si Aaron ni lagi kaya dari kitaorang berdua . Lahir - lahir dah duduk dalam lombong emas .

Kitaorang pergi kedai mamak aja nak makan sebab dekat dengan bengkel . Si Aaron punya teruja hampir semua jenis makanan dia order nasib dia makan . Dia kata rindu Malaysia .

Happy reading everyone! Harap suka ygy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience