Completed
6699
"Babe, you okay?," Nina bertanyakan Aaron.
"Yes. Maybe no. I really don't know," Aaron menyerabaikan rambutnya menunjukkan bertapa serabutnya dia sekarang ni.
"Kalau you rasa you tak pasti bagaimana perasaan you pada I, then you should let me go." Aku cuba memberi nasihat.
Aaron baru sahaja pulih. Dia tak nak Aaron terlalu stress pula sebab hal ini.
"How about you? What was your feeling?." Aaron memandang Nina dengan mata bulat ambernya.
"Me?." Aku pura-pura berfikir. Sebenarnya, aku sendiri tak tahu macam mana nak express perasaan sendiri. Aku dan dia sama-sama buntu.
"Answer me." Suara husky dia yang seksi memasuki gegendang telingaku.
Dia sentiasa tahu buat aku jadi tak keruan, lemah semangat!
"Don't know. If we meant to be together. Then we'll be together. Whatever the risks take. I want to protect and cherish every moment. With you," aku menutur bicara lancar.
Aku sendiri terkejut aku boleh selancar itu padahal dalam hati macam dah nak terjabut jantung. Debar punya pasal!
"I love you and I know, you know."
Aku tersenyum mengiakan. Dia tersenyum bangga. Kira tak sia-sialah dia mengorat aku selama ni.
"Macam mana dengan Leya?," aku teringatkan sahabat baikku, Aleeya Natasha.
"Dia kata dia okay kalau I pilih you. Salah seorang kena mengalahkan? Kalau tak macam mana kita nak kecapi bahagia?." Aku diam. Ada benar dalam kata-kata Aaron.
Tapi macam khianat sahabat baik sendiri pula. Aduh, macam mana ni?
"You tak rasa macam kita... Kita tengah... Kita," aku tak sanggup nak cakap dengan Aaron.
"Relax babe. You takut kita akan khianat Leya kan?," dia menebak apa yang dalam hati aku macam tu aje. Dia ni memeng tahu semua yang aku tengah fikir ke apa?
Aku angguk dalam keterpaksaan. Dah betul tak kan nak keraskan hati lagi. Ye dok?
"You nak I pilih Leya? You nak I give up pada hubungan kita? You nak I cuba cint...," aku cepat-cepat memotong bicara Aaron. Aku dah tak sanggup nak dengar lagi.
"No. Bukan macam itu yang I nak. Of course I want the best thing for all of us. Just you know. She is our dearest friend."
Aaron tergelak sinis lepas dengar ayat aku. Agak menyirap jugalah darah ni. Orang tengah serious dia pergi gelak. Ada yang makan penampar juga kang kejap lagi.
"You jangan nak jeling-jeling I pula eh? Ayat you tu bergula juga. Tak sangka you boleh jadi semanis madu. Dah hilang sekeras batu you, cold stone."
Dah lama tak ada orang ejek aku dengan nama tu. Cold stone. Nama tu terhasil sebab aku ni jenis manusia yang kurang reactions kat muka.
Dah nasib cam tu dan aku memang macam itu sejak kecil dan sebelum datangnya Aaron dalam hidup aku. Perubahan positif yang berlaku pada aku adalah kerana dia. Aaron Iskandar.
"Dah lama I tak dengar nama tu. Thanks, sebab you, I dapat ubah diri jadi lebih baik."
"Nope. Bukan sebab I tetapi sebab takdir Allah yang pertemukan kita, babe."
"Yup, betul tu. I rasa bersyukur sangat dapat kenal you, Leya dan sekarang Aariz. Dia seorang abang yang caring. I sebagai anak tunggal cemburu sangat dengan you. You tak payah susah-susah cari perhatian mak ayah yang selalu jarang balik rumah atas urusan kerja."
"I know right? He amazing," aku angguk setuju.
"I takut kalau I kehilangan dia. I tak sanggup nak bayangkan hidup I tanpa sokongan dan nasihat Aariz. Dia banyak bimbing I. I pun manusia biasa. I tak sempurna. Mungkin hari ni I cakap lain, hari esok I cakap lain tapi dia selalu nasihatkan I agar tetap dengan satu pilihan iaitu pilihan yang I betul-betul nak."
"That why sometimes I feel lost without him. I paling takut hilang along dari dalam hidup ni sebab selama ni dia seorang aje selalu care pasal I dan until itu I sentiasa rasa bersyukur. At least I have someone to talk to." Aku dengar Aaron berucap dengan penuh takjub.
Bestnya, ada adik-beradik kan? Bersyukur ajelah jadi anak tunggal. Sekurang-kurangnya aku banyak masa free. Huhu.
"Agreed. We just have to accept what we have in hands right?."
"Yes, indeed ."
"Kalau dia betul-betul sukakan you I mungkin tak teragak-agak lepaskan you." Aku tersentak. Terkejut.
"Perasaan I macam mana?." Pipiku merona merah. Mana datang pula keberanian ni?
"I kata mungkin tapi I tak rasa I akan lepaskan you senang-senang macam tu. sebab I baru aje sedar sedalam mana perasaan you pada I. Thanks babe sebab sudi sayang dan cinta I."
Aku seperti sedang duduk di sebelah bara api sekarang ni. Pipi terasa bahang tapi dalam masa yang sama aku happy dia confess perasaan kat aku.
Spesis masuk air macam kita orang ni jarang nak sweet-sweet. Jadi sila abadikan momen terhad yang sedia ada ni.
"I pun nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga sebab sudi ngorat I yang cold stone ni. Kasih diterima babe. I sayangkan you."
"I love you so."
Kami berpandangan seketika sebelum tawa kecil terletus. Rasa kekok lepas cakap benda-benda bergula ni. Maklumlah kawan baik bercinta memang ada perasaan kekok sikit.
Tiada kata lagi lepas tu. Aku dan dia hanya melihat langit malam yang indah. Bersama kerlipan bintang dan bulan yang memayungi malam aku dan dia adakan deep conversation.
Tanpa kami sedari ada sepasang mata yang memerhatikan kami berdua dari jauh. Sudah tentu dia dengar segala butir bicara kami sedari tadi berbual.
Aariz tersenyum sumbang melihat pasangan hangat laris di pasaran ni. Dia sebenarnya sahaja menduga perasaan adiknya dari awal lagi. Sekarang dia dah kenal Nina itu macam mana jadi sudah semestinya Nina akan jadi milik Aaron.
Aariz tidak mahu berlama-lama kat sini jadi dia masuk ke dalam semula. Tidak mahu mengganggu kemesraan mereka berdua. Biarlah apa yang terpendam di dalam hati mereka diluahkan sepuas-puasnya.
Di tingkat atas. Leya sedang asyik memerhati gelagat dua pasangan sejoli itu. Jujur hati dia agak terkesan sebab dia dah lama pendam perasaan pada Aaron. Tapi yang peliknya dia sendiri tersenyum dan rasa senang dengan hubungan yang terbina diantara Aaron dan Nina.
Dari awal dia dah siap siaga sebab dari awal dia tahu Aaron cuma ada hati pada Nina dan bukannya dia. Sekurang-kurangnya selama ni dia dah berusaha yang terbaik untuk dekatkan diri dia dengan Aaron. Walaupun sekadar kawan tak menjejaskan langsung kecemburuan dia. Tak katalah tak ada langsung. Mestilah ada tetapi siapa je tak nak tengok kebahagian sahabat sendiri kan?
Sorry for late update. Lately, I'm suffering from anxiety. Half of my idea got lost. But it will come back. Insha Allah.
Share this novel