Bosan

Romance Completed 6699

"Aaron, along ada buat antidote untuk kau", Aariz datang dengan dulang yang tersedak dengan antidote dan beberapa alatan suntikan.

"Memang perlu ke long?", Aaron memuncungkan bibir.

"Perlu lah. Dah cepat baring kang aku hempuk kau dengan kamus dewan nanti", guraunya.

Bukan senang nak nampak Aariz bergurau macam ni. Si Aaron siap rakam vidio lagi. Tak percaya abang dia boleh buat lawak.

"Wow, amazing", kedua-dua ibu jarinya di angkat. Betul-betul tak sangka. Walaupun ayat Aariz agak tiber.

"Alah bukannya aku tahu along nak balik UK tanpa aku kan?", Aariz terdiam.

"Mana dia tahu ni?". Bisik Aariz dalam hati.

"Aku tahu lah long apa yang kat dalam hati kau tu. Dalam beku-beku kau tu kau sayang aku juga kan?".

"Siapa bagitahu kau? Nina ke?", soal Aariz.

"Nina tak payah bagitahu aku long, aku dah tahu. Tapi Nina ada juga cakap dengan aku", Aaron sengih.

Ditepuk-tepuk bahu abangnya.

"Terima kasih sebab kau suruh Nina jaga aku tetapi. Tetapi ea", Aariz terangkat kening sebelah menanti bicara Aaron yang seterusnya.

"Tetapi aku nak ikut kau babun", lengannya melilit leher abangnya tidak terlalu ketat.

Kalau ketat mati pula Aariz kat sini!

"Tak payahlah babi kau belum sihat sangat lagi. Kang meninggal tak pasal-pasal menyusahkan aku nak kena buat tahlil arwah kau", Aaron menjeling Aaron panjang setelahnya.

"Sumpah tak lawak sial", kali ini dia ketatkan sedikit dan mengacah.

"Lepas bodoh kau nak buat tahlil arwah untuk aku pula", Aaron lepaskan.

Dia ambil lolipop yang berada dalam balang. Buang bungkusan plastik lolipop dan dimasukkan ke mulut.

Lepastu, dia duduk di sofa empuk yang lembut itu.

"Aku tetap nak ikut kau juga long".

"Jangan degil boleh tak? Aku dah amanahkan Nina dan Leya untuk jaga kau sepanjang ketiadaan aku nanti. Mesti kau tak sunyi", balas Aariz tegas.

"Kalau aku boleh cedera macam ni. Kau macam mana long. Melainkan badan kau tu dibuat daripada besi tak adalah aku ni kesah sangat nak bagi kau pergi sorang-sorang", perli Aaron.

Kali ni Aariz pula menjeling tajam. Budak ni ada kenang luku kang nanti.

"Lagipun aku bosan lah kalau terperap kat rumah aja. Boring tahu tak?", sambung Aaron. Bibirnya tersebih. Dalam mulut setia dengan lolipop tadi.

"Kan Nina ngan Leya ada. Apa yang bosan? Bila kau dah terjaga lepas ditidurkan kau suruh lah Nina dan Leya pergi berjalan. Aku kat sana 3 bulan kut. Nanti kau boleh dating dengan Nina sesuka hati kau".

"What kau pergi sampai 3 bulan and why aku kena ditidurkan?", dia inginkan penjelasan sekarang. Apa ni? Aku tak tahu menahu pula pasal ni.

"Hish, adalah benda nak buat. Bukan setakat nak buat kerja mafia aja tapi aku kena baiki sistem yang dah diceroboh. Alang-alang itu aku nak lah tengok keadaan hospital kita yang kat UK tu".

"Aku nak kau rehat betul-betul. Kau tu kan hyper ada aja benda kau buat yang dapat luka. Tak nak lah kau tak membaik pula. Tak lama pun kau ditidurkan. Dalam setengan bulan gitu", jelas Aariz panjang lebar.

Aaron angguk setuju.

"Kau tolonglah aku. Kali ni aja kau dengar cakap aku. Aku risau bodoh tengok kau macam ni. Dah macam anak setan bukannya macam adik aku", ujar Aariz selamba. Muka yang setenang air di laut ditayang.

Menyinga terus si Aaron. Okay sumpah ni tak lawah wei!

"Eh anak ayam ni ada masuk reban juga malam ni. Kau sini", dan apa lagi.

Masing-masing menunjukkan perangai tak matang. Bergolek-golek atas lantai sebab nak elak digeletak.

Teringat masa-masa kecil mereka. Walaupun tak macam orang lain tapi mereka bersyukur ada satu sama lain di sisi.

Bagi Aariz, Aaron bukan setakat adik dia tapi kawan, sahabat, musuh dan tempat untuk dia rasa diri dia ada tanggungjawab.

Masa kecil Aariz dipenuhi dengan belajar. Tak habis-habis belajar. Sampai satu tahap itu buat dia rasa nak muntah.

Disebabkan tekanan perasaan yang tinggi Aariz pernah terjebak dalam cubaan membunuh diri.

Bila dia lihat wajah polos Aaron waktu kecil terus dia jatuh simpati.

Dia melutut depan mak ayah mereka untuk membenarkan Aaron ada kehidupan macam orang normal.

Sebabtu Aaron dibenarkan bersekolah di sekolah biasa. Walaupun dia tetap kena belajar seni mempertahankan diri tapi hidupnya sejak dari dia lahir lebih baik berbanding Aariz.

Walaupun bergitu, Aariz tak pernah menyerah untuk keluar dari kongkongan ibu bapanya.

Setelah ibu bapa dia boleh percayakan dia dan membenarkan dia buat apa yang dia suka barulah dia boleh bernafas. Macam sekarang. Dia sangat bersyukur untuk segala-galanya.

"Best kan? Teringat masa kita kecik-kecik dulu", dengan suara yang termengah-mengah Aariz berkata. Senyuman tidak lekang di bibir jejaka dingin itu.

"Aah babun. Memang best", satu pukulan hinggap di bahu Aaron yang sedang berbaring itu.

"Sudahlah wei. Time for your treatment".

Aariz bangkit dari pembaringan dan menuju ke tempat beradanya antidote itu.

"Kau nak pergi malam ni ke? Tak nak aku teman", pantas Aariz menggeleng.

"Tak nak. Nanti ada budak cengeng nak ikut aku pergi UK. Ei, tak nak aku", Aaron menjulingkan mata ke atas sedar bahawa 'budak cengeng' yang di sebut abangnya adalah dirinya.

"Sudahlah kau long. Nanti kau nangis sebab rindukan aku. Aku tak tahu tau. Ayo, ayo ha", dah mula dah perangai budak kecil kuat mengadu Aaron.

"Kau jangan bosan pula sebab aku tak ada nak jaga kau babi tiga bulan ni. Lagi satu kau jangan nak buat perangai pula ea".

"Aaron budak baik tau. Abang Aariz je tak tahu".

"Geli setan nak berabang-abang ngan aku", riak geli dipamerkan. Tak suka sebab dah biasa dengan panggilan 'Along'.

"Yalah babun. Hati-hati kat sana tiga bulan along dan jangan lupa rindukan aku".

"Aku akan cuba untuk memperbanyakkan aktiviti supaya tak rasa bosan sangat lepas aku sedar nanti", kata Aaron menuju ke katil selepas mendapat arahan Aariz.

"Baguslah".

"Terima kasih sebab kau amanahkan Nina dan Leya untuk jaga aku. Kita dah tiada sesiapa melainkan diri masing-masing kan?", ayat terakhir Aaron buat Aariz rasa sebak sedikit.

Ibu bapanya dah membenarkan mereka buat apa yang mereka mahu tanpa perlu campur tangan. Kadang-kadang rasa macam mereka itu anak-anak yang lari daripada rumah pun ada. Kelakar kan?

Aariz akhirnya menganggukkan-anggukkan kepalanya pelan.

"Okay, aku suntik sekarang tau", Aaron angguk beri kebenaran dan cecair antidote itu perlahan-lahan memasuki tubuh Aaron. Terus dia tertidur kerana antidote itu sudahpun disekalikan dengan ubat tidur.

Diraih telefon pintar dan dia dail nombor Nina. Terus talian bersambung.

"Aaron dah selamat ditidurkan. Apa-apa hal rojer I okay".

"Okay don't worry but betul ni tak nak I teman ke airport?".

"Nope", Aariz menggeleng kepala walaupun Nina tak boleh nampak.

"Baiklah, bye. Assalammualaikum".

"Waalaikumsalam".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience