Completed
6699
" Assalammualaikum , beb ", aku sekarang tengah bercakap dengan Leya dalam panggilan telefon .
Aku perlukan seseorang untuk mendengar cerita aku dan mungkin memberi nasihat dengan masalah yang aku tengah hadapi sekarang ini .
" Waalaikumsalam , asal suara kau macam orang frust menunggeng aja ? Beb , kau okay ak ? ", kata Aleeya dengan nada suara yang sungguh risau .
" Aleeya Natasha , I nak you dinner dengan I malam ni ", satu suara lelaki menyampuk perbicaraan telefon kami .
Aku pelik ? Suara siapa ni ? Tak macam suara abang atau ayah Leya pun ? Jadi siapa ?
Aleeya menjeda perbualan itu sebentar sebelum kembali dalam Talian .
" Leya , siapa tadi tu ? Aku rasa tu bukan ayah atau abang kau pun ", tanyaku dengan keinginan untuk tahu yang tinggi .
" Oh , itu tunang aku ", jawabnya lemas . Aku tahu Leya dijodohkan oleh ayahnya dan dia tak suka bila dijodohkan . Tapi sebagai anak yang taat , Leya hanya menurut sahaja keinginan ayahnya walaupun hati terseksa .
" Dah okay dengan tunang ? ", untuk seketika aku lupa sekejap masalah tadi .
" Aku takut nak khawin dengan dia lah . Ada satu rahsia dia yang aku dapat tahu . Pastu sekarang aku dah terikat ngan dia ", ujarnya takut - takut dan seperti meminta pertolongan .
" Rahsia apa ? Cuba cerita . Eh , dia ni . Main ugut - ugut member aku pula , tampar nak ", aku cuba buat lawak bodoh tapi tak berkesan . Tidak sedikit pun tawa Leya terletus .
" Cakaplah jangan berhenti tengah jalan . Meh , kita selesaikan masalah bersama . Macam yang kita selalu buat . No secret between us , remember ? ", terdengar keluhan kecil dari pihak sana .
" Macamni . He actually a mafia . Can you believe it ? ", ternganga kejap aku . Huish , mafia ngan minah tomboy ? Sumpah tak kena weyh . Genre drama apakah ini ?
" Aku ada idea ", aku mula tersenyum sinis .
" Apa ? Cuma jangan bagi idea merepek lah . Aku okay aja ".
" Kita guna Aaron " .
****__***__***__***
Untuk pertama kalinya aku nampak Leya berpakaian sopan . Sumpah cantik . Macam perempuan melayu terakhir . Dia pakai baju kurung cotton berwarna biru cair dengan bunga - bunga kecil . Dikenakan pula tudung warna putih . Nampak ayu dan suci . Kalah aku .
" Aleeya Natasha Binti Azrul . Cantik nama tu tapi kau tahu apa aku boleh buat bila kau cuba nak buka rahsia aku ", dengan angkuhnya , Khair bercakap .
" Khair , jangan buat I ubah keputusan I . I boleh putuskan tunang bila - bila masa yang I nak ", bidas Leya tegas .
" You jangan buat I hilang sabar . You tahu kan I ni siapa ? Don't play with me cause you can't hurt me . Not even close ", Khair tersenyum sinis sampil mengambil pesanan makanan daripada pelayan .
Leya menjulingkan mata keatas menyampah dengan perangai tunangnya yang memang dia tak suka sejak awal. Biadap dan berlagak sungguh .
" I tak kira , lepas ni I akan sebarkan pasal you dekat ayah . Biar padan muka you ", Leya cakap dengan penuh berani .
" Kenapa berani sangat ni ? ", makanan yang dah sampai di meja mereka dilemparkan ke lantai . Habis bersepah . Leya terkedu ditempatnya .
" I tanya ni . Apa pasal you tiba - tiba jadi berani ni ? ", air mukanya yang tadi tenang bertukar bengis .
Leya cuba beriak bersahaja walaupun dia sudah hampir mahu pitam disebabkan takut .
Khair yang nampak air muka bersahaja Leya itu makin naik berang laju tangannya ingin menampar Leya .
Aleeya bersiap sedia dengan menutup kedua - dua belah matanya .
Satu ...
Dua .....
Tiga .....
Eh , pelik . Asal aku tak rasa apa - apa ni ? Muka aku dah kebal ke macam Iron Man atau aku sebenarnya dah arwah ?
Aku cuba mengintip dari tubir mata yang kubuka sedikit .
Terkejut bukan kepalang bila tangan sasa seseorang menegah tangan Khair
Terus dia melihat jejaka yang selamatkan dia tadi dan orang yang dia lihat ialah Aaron .
" Woah , bro . Any last wish ? ", dengan muka 'fart boy' dia tu telah mencabar ego Khair.
" I wish that you can go to hell ", dan dengan cepat diambil pistol dari tepi pinggang yang memang telah disematkan sentiasa disisi .
Tapi Aaron lebih pantas lagi . Ditepus dan dipulas tangan Khai hingga pistol itu jatuh ketangannya dan diacuh pistol itu tepat ke kepala Khair .
Cermin mewah yang berada di direstoren itu memantulkan wajah mereka .
" Biasanya orang yang dah nak mati ni tak tahu rupa dia bila nak mati macammana tapi kau ni terbalik pula ", diacuhkan pistol itu lebih dekat lagi .
" Relax bro , anak buah aku belum datang ", dengan penuh berlagak dia berkata .
" Tak payah panggil . Dah mampus dah tadi masa main batu seremban ngan aku ", muka terkejut lagi tak percaya lahir di muka Khair .
" Kau fikir aku nak nak percaya ke , bodoh ? ", matanya memandang anak mata amber itu dengan penuh amarah .
" Eh dia ni . Cakap kita bodoh pula . Tak sedar agaknya yang kau tu lepasan SPM yang tak lepas ", Aaron bercakap dah macam mak cik - mak cik bawang yang suka membanding kan anak mereka . Siap bercekik pinggang lagi .
Memanglah si Khair tu boleh terlepas . Banggang juga dia ni . Seorang professor yang ada pangkat PhD tapi tu lah sengal dia tak boleh bawa bincang .
Si Khair menghampiri Leya . Dia ambil pisau makan yang berada di meja untuk menakut - nakutkan Leya .
Aku apa lagi . Tak akan duduk diam kawan baik sendiri dalam bahaya . Mestilah kita tolong . Betul tak ?
" Kau nak buat apa ngan kawan aku ha ? ", aku memberanikan diri walau suara dah terketar - ketar .
Khair mencambak tudungku . Aku cuba sehabis baik untuk mempertahankan tudung di kepalaku ini .
" Kau jangan sentuh dia ", tak tahu dari mana Aariz datang terus ditumbuk muka Khair hingga tersembam mukanya ke lantai dan keluar darah dari hidungnya . Darah Segar yang mengalir di hidungnya disapu kasar oleh Khair.
Leya jatuh terjelopok kerana takut . Untuk pertama kalinya juga dia menangis depan orang lain. Walaupun aku sebagai sahabat baik dia jarang sekali aku tengok dia menangis depan orang ramai .
Khair nampak peluang . Dia mengesot dan menangkap kaki Leya dan diacuhkan pisau tepat dileher Leya .
" Kau jangan buat kerja gila lah . Lepaskan kawan aku setan " , hamunku dan mata aku juga tidak mampu menahan lelehan air mata sendiri .
" Apa lagi jom kita main batu seremban ", Aaron mengeluarkan batu seremban dengan muka sinisnya .
Aura seram jelas kelihatan pada diri Aaron dan Aariz yang berdiri di sebelah Aaron .
Aaron membaling batu seremban itu dekat dengan Khair .
" Don't play with me . We're not in same level " , Khair ketawa besar lepas bercakap macam itu.
" Who you are talking to , bastard " , Aaron yang tadi tak serius terus berubah . Seram .
" You talking to yourself ", lelaki dingin yang seorang ini memang bercakap dengan dingin aja . Tetapi suara ini adalah yang paling dingin diantara aku selalu dengar .
Aariz keluarkan tablet dan menaip sesuatu disitu . Lima saat selepas itu , batu seremban ataupun ia sebenarnya adalah bom telah diaktifkan .
Khai terkejut . Wajahnya pucat lesi .
" Lepaskan kawan aku lah gila ", aku menjerit lagi . Aku pun takut dengan situasi ini . Rasa tak selamat selagi pisau itu masih berada tepat dileher Leya.
Khai lepaskan Leya dengan kadar yang cepat ." You win , I admit that ".
Leya berlari kearahku . Aaron bagi isyarat untuk lari keluar dari restoren ini dan kami hanya menurut .
Sebaik sahaja kami keluar , letupan bom yang kuat menyebabkan restoren mahal itu terbakar. Habis rentung dijilat api .
Nak tahu tak siapa sebenarnya Aariz dan Aaron ni ? Kalau nak kena stay tune , okay .
Share this novel