Completed
6699
"Mummy kurang setuju Aaron dengan Aariz nak kahwin buat masa sekarang. Maybe your daddy will approved but sorry. Not for me."
"Reason please? Mummy sebelum ni tak pernah kisah pasal kitaorang pun. Mummy selalu bagi green light aje kenapa kali tak boleh pula?" rungut Aaron dengan muncungnya.
"Mummy memang tak kisah pasal benda lain tapi ni pasal pasangan hidup yang nak sehidup semati dengan kamu berdua nanti."
"Dah tu? Apa yang akan buat mummy setuju?" Aaron muncung meminta simpati.
"Daddy dah approved hubungan kami jadi kenapa mummy tiba-tiba nak buat perangai pula?" bengang Aariz.
Boleh nampak kat sini Aaron ni anak mummy dan Aariz anak daddy. HAHAHA.
Memang dari kecil macam ni pun. Daddy lebih prihatin pada Aariz sebab dia ni pewaris hospital kelak. Kalau Aaron ni pula memang kemanjaan dan kebanggaan mummy dia.
Nasib budak berdua ni tak kuat bergaduh sebab layanan yang berbeza daripada mak bapa sendiri. Gaduh-gaduh manja tu biasalah lumrah hidup adik beradik.
"Mummy nak kami buat sesuatu ke?" Aaron tiba-tiba dapat menangkap sesuatu daripa gerak-geri figura wanita lewat 40-an itu.
"Pandai anak mummy. Mummy memang tak pernah salah pilih anak. Memang boleh jadi kebanggaan," kata Rose tanpa memandang anak sulungnya.
Aariz mula panas bontot. Tak betah dia nak duduk kat sini lama-lama nak hadap muka mummya dia. Tak ada kuasa dia nak layan cemburu.
Aariz pun tak fikir panjang terus bangun dari duduk nak keluar ambil angin. Makin lama dia duduk kat sini makin panas pula habanya.
"Along...," Aaron raih tangan abangnya. Tak mahu dia ditinggalkan sendiri. Dia sendiri rasa bersalah tapi dia memang tak boleh nak buat apa.
Semalam waktu jumpa dengan daddy pun dia ada dalam keadaan Aariz sekarang ni. Aariz tak pernah tinggalkan Aaron sendirian. Dulu Aaron ego tinggi sebab daddy tak perduli pada dia tapi dia dah tak kisah sekarang bergitu juga Aariz namun nak bandingkan mummy dengan daddy mestilah layanan mummy lagi rough.
Sebenci-benci daddy pada Aaron pun tak pernah dia tarik muka depan dia atau keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Cuma kedinginan layanan daddy aje yang membezakan sayang dia.
"Aku keluar jap ambil angin."
"Tak payahlah. Teman aku sini."
"Aku pun nak teman kau tapi mummy tak suka aku ada kat sini lama-lama. Kan mummy?"
Roseanne atau lebih mesra digelar Madam sean oleh anak buah mafianya itu langsung tidak tercuit dengan kata-kata Aariz.
"Duduk ajelah bingai. Tak payah perduli sangat. Kau nak sentap-sentap buat apa? Tak relax betul."
"Menda bodoh. Buat apa aku terus ada kat sini tapi rumah ni bukan tempat yang sepatutnya aku berada. Kalau bukan sebab kau aku pun tak nak jejak lah," terus Aariz keluar dengan bengang dari rumah agam setaraf istana itu.
Kereta mewahnya meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah agam tersebut.
Perbincangan dilanjutkan oleh dua anak beranak itu.
"Mummy nak Aaron buat apa?"
"It just a easy task."
Faham benar Aaron akan maksud mummynya itu.
It's sign of murder.
"Aaron tak nak. Aaron dah bagitahu mummy benda ni banyak kali dah. Aaron tak akan membunuh lagi. Kerja mafia yang Aaron and Aariz buat sekarang ni hanya untuk selamatkan orang yang teraniaya bukan nak bunuh orang. No, I can't." Terang Aaron detail.
"Chose to make this work or else she died. I know who her to you. She are the reason you want to stop all of this. But lemme get it clear. I won't make it happen. You're born to take a path of my legacy!" jawab Madam Sean tegas.
"Yes, illegaly true. Mummy jangan nak berani apa-apakan dia," Aaron masih bercakap dengan nada yang biasa cuma kedengaran lebih tegas.
"I will not tapi Aaron kena jalankan tugas Aaron untuk mummy. Come on Aaron. Aaron pernah bunuh orang seawal Aaron 15 tahun. Tak pernah masuk lokap lagi kan? Mummy kan ada boleh jamin Aaron macam biasalah."
Aaron membisu. Dia tengah dalam dilema dan fikirannya waktu ini sedang berkecamuk.
Madam Sean raih tangan Aaron dan memberikan senyuman yang menyeramkan dengan bibir yang dioles gincu tona darah itu.
"Tapi kalau Aaron tak ikut cakap mummy. Mummy pun tak boleh nak jaminlah keselamatan perempuan itu. Biar mummy beri nasihat pada Aaron sikit ya? Once you play with a blood, you get stuck in it. Tak ada jalan keluar yang lain lagi. But for me play with blood it's heaven. I feel save around it."
Meremang bulu roma Aaron untuk beberapa saat. Kalau dia tak buat memang confirm Nina akan jadi mangsa yang seterusnya. Nak tak nak dia tetap kena ambil risiko.
Dia tahu apa yang sebenarnya mummy mahukan. Dia nak aku terus ada di sisi dia dan jadi penerus kepada kumpulan mafia keturunan keluarga kami, R'A.
.....*****......*****.....
"Mummy suruh kau bunuh orang ke?" dengan tepatnya Aariz meneka.
Aaron anggukkan kepala pasrah. Malas dia mahu bersembunyi lagi.
"Habis tu? Kau setuju."
Aaron angguk mengiyakan.
"Kau serius? Kau tak takut ke suatu hari nanti Nina akan tahu and apa akan jadi lepas tu? Fikir panjang Aaron." Aariz memberi nasihat.
Memang ada benarnya tapi Aaron nekat until teruskan pembunuhan tu. Dia sendiri tak pasti dia boleh selamat atau tidak. Ni bukan pembunuhan biasa.
Bukan aku tak pernah kawan segerombolan mafia lain tapi kali ni memang betul-betul berbeza. Biasanya kami mafia R'A akan buat kerja secara terang-terangan tapi kali ni berlu berhati-hati dan bersembunyi. Mesteri sungguh.
"Kalau kau di cap pembunuh oleh Nina macam mana? Kau rasa kau boleh terima?"
"Itu lagi baik daripada aku kehilangan dia. Kita kadang-kadang jangan jadi angel sangat. Aku dibesarkan dengan cara ni along. Kau memang tak boleh halang aku."
"Lantak kau lah pembunuh."
"Habis kau? Kau tak lahir dari keluarga yang sama ke?"
"Tapi aku tak pernah bunuh orang Aaron. Yes, sekalipun aku lakukan kegiatan mafia bersama kau. Aku tak pernah bunuh diaorang."
"Dekat dalam dewan bedah? Kes salah ramalan kau tu? Kau nak aku buat lesen kedoktoran kau tu ditarik ke?" ancam Aaron.
"Ops, aku ada bunuh orang tapi kau tak tahu sebab dan puncanya. Kau jangan berlagak macam kau kesah pasal aku kalau kau tak pernah kesah apa-apa."
"Masa kau kena culik dan dijadikan tikus makmal tu kau fikir aku bunuh budak tu saja-saja aje ke? Aku buat kerja kotor tu untuk selamatkan kau lah bahlul."
"Mana pergi mummy kau tu? Memang sengaja suruh aku buat kerja kotor lepastu penjarakan aku. Kalau bukan daddy yang selamatkan aku dalam mahkamah aku mungkin tak akan ada kat sini untuk tolong kau. So, don't act like you fucking care."
"Along, I'm truly sorry. Aku.. Aku tak tahu," Aaron meraup muka menangis. Dia memang tak tahu sikit pun pasal ni.
Aariz yang tadi bengang pun turut simpati. Ya, dia memang dah lama maafkan Aaron cuma kali ni dia nak adik dia tu sedar sesuatu.
"Aku kena buat apa sekarang ni? Ya Allah, aku buntu."
"Aku akan tolong. Kau tak payah risau."
Yang pasti sekarang, semua ni perlu berakhir. Aariz akan pastikan Aaron terlepas daripada terlunjuk mummy.
Maaf sebab lambat update (;´༎ຶٹ༎ຶ`)
Share this novel