First date: Aariz Ilyas

Romance Completed 6699

Hari ini hari minggu dan hari ini juga hari aku pergi date dengan Aariz. Okay, suspen kejap sebab dia ajak date di rumah dia aja. Tapi dia nak tunjuk aku something. Apalah agaknya itu ya?

Aku pun pakai baju simple ajalah hari ni sebab dia kata memang tak akan keluar pergi mana-mana. Ada kerja katanya.

Aku cuma pakai set hoodie warna hot pink. Tudung sarung yang aku kenakan di dalam kepala hoodie tu pula warna cold pink jenama Adidas yang aku jarang pakai.

Harap sedia maklum ya? Saya ni anak tunggal keluarga jadi memang suka berbelanja. Jangan salah sangka saya boros pula tau. Cuma memang kalau dapat duit mesti tiada tempat lain yang dituju selain mall atau carnival atau fun fair. Haha. Perangai masih macam budak-budak kan? Sudah tidak boleh dinafikan lagi.

Make up aku pula hari ini bertemakan 'clear make up' yang selalu kita nampak pada selebriti minah saleh zaman sekarang.

Beg selempang warna hitam dan ada gambar buah lychee dan sedikit berenda di tepi zip yang aku beli di pasar malam 5 bulan lepas menjadi pilihan. Aku beli sebab nampak comel walaupun simple.

Aku berangan depan cermin selama lima minit. Aku puas hati dengan penampilan aku. Ya, aku sangat mementingkan penampilan bila jumpa orang sebab aku bagi first impression yang baik. Tak naklah nampak selekeh dan comot.

Leya yang tomboy tu pun tahu cara nak berpakaian yang sopan dan cantik bila jumpa orang dia tak kenal. Cuma kalau jumpa kat bengkel memang dia nampak comot sikitlah sebab bermandikan minyak kereta.
Aku ingat dia nak jemput aku pergi rumah dia tapi hampeh. Aariz tak romantik langsung. Huh!

Sudahnya, aku yang kena memandu pergi sana. Kereta aku terus meluncur masuk ke perkarangan rumahnya. Gate rumah orang kaya kan automatic jadi tak payah susah-susah nak tekan lonceng.

Muka Aariz yang tiada seri macam biasa terus menyapa pandangan. Aku cuba senyum kat dia tapi dia cuma pandang aku dengan pandangan kosongnya. Aku cepat-cepat melunturkan senyuman manis aku. Buat penat aja senyum lama-lama kat dia bukan dia balas pun senyuman itu.

Aku buka seat belt dan keluar dari perut kereta Myvi kesayangan aku ni dan aku jalan menuju kearahnya yang dari tadi berdiri tegak. Ingat tengah nyanyi lagu negaraku ke apa ni?

"Assalammualaikum", aku berkata dengan senyuman segaris. Aku tengah perli dia sekarang ni kalau korang nak tahu.

"Waalaikumsalam", dan dia terus masuk rumah lepas jawab salam itu. Nampak sangat dia faham aku tengah perli dia pasal dia tak balas senyuman aku sebentar tadi.

Ish, dia ni. Aku dah naik meluat dengan perangai dia. Tapi nasib baik dia cute kalau tak? Haih, memang muka minta campak dalam loji betul.

Aku sebagai seorang extrovert yang sama macam Aaron memang tak akan faham kerenah terlebih introvert Aariz. Sebabtu, kalau berbual aku lebih prefer Aaron. Kalau tambah si Leya tu confirm lebih terserlah kegilaan masing-masing. Harap maklum, circle kitaorang ni semua masuk air.

Aku ingat lagi time nak SPM dulu kitaorang bertiga ditangkap kerana tidur dalam library selama seminggu berturut-turut tak pulang ke rumah. Sampai mak ayah kami terpaksa buat laporan polis sebab ingat kami bertiga diculik. Yalah, masuk library tu satu lagi satu kitaorang tak masuk kelas pun.

Tempat lepak kegemaran kami di atas rooftop sekolah. Kitaorang habis sekolah pukul 3:00 lepastu boleh lepak situ sampai maghrib. Kadang-kadang terpaksa tipu mak ayah kata nak tidur atau study malam dekat rumah kawan.
Padahal nak pergi tidur atas rooftop sama-sama.

Dulu kitaorang tidur beralaskan khemah dan toto yang dibawa oleh Aaron. Bila kitaorang buat unggun api dan mula bercerita aku yang paling cepat tertidur .

Aku pun selalu diangkat gaya bridal style masa zaman sekolah tapi jangan salah faham kitaorang tak buat-apa pun tau!

Baik kembali pada cerita perpustakaan tadi. Maaf jauh menyempang.

Macammana kitaorang tak dapat ditangkap berada dalam library adalah sebab kitaorang gunakan taktik menyorok yang hebat. Tapi kantoi sebab aku. Haha. Aku masa tu terpaksa keluar dari library pergi beli tuala wanita sebab tengah uzur.

Kami kena hukuman tak boleh masuk library selama sebulan selepas itu. Lawak bila ingat semula. Aku kalau boleh nak putarkan waktu dan aku nak selama-lamanya menjadi remaja 17 tahun balik. Aku rasa tak puas.

Pengalaman aku di university sangatlah tidak menyeronokkan sebab aku dengan Leya lain fakulti dan kitaorang terpaksa berpisah dengan Aaron. Aku ingat lagi aku menangis tersedu-sedan masa temankan Aaron pergi airport. Masa tu, Aaron sempat bagi gelang persahabatan. Cute kan persahabatan kitaorang?

Aku bersyukur dipertemukan semula dengan Aaron. Sekurang-kurangnya aku tidak kesunyian lagi. Tanpa mereka aku tak tahu apa akan jadi pada aku. Aku ni anak tunggal jadi memang selalu rasa sunyi. Aku dulu pun introvert gila macam Aariz. Tapi masuk aja sekolah menengah hidup aku berubah 360°.

Aariz yang perasan aku tersengih sorang-sorang kat luar pintu masuk rumah dia pun tergeling-geling kepala. Gila agaknya dia ni!
Tapi memang nampak macam perempuan gila pun kalau tengok real life atau aku sememangnya dah gila? Gila rindu zaman kegemilangan kejahilan kami bertiga dulu.

"You tak nak masuk ke? Atau memang nak berdiri kat luar tu sampai ke sudah?", Dia akhirnya mengeluarkan suara setelah setengah jam aku kat luar pintu rumah dia tak masuk-masuk dari tadi.

"You tak jemput I masuk pun. Kan tak baik masuk rumah orang tanpa izin pemiliknya", aku berkata jujur. Aku memang macamni orangnya sebab sudah diajar oleh mak bapa aku bergini.

Aariz menggaru telinga yang tak gatal. Hadeh, lupa ni Malaysia bukannya UK! Memanglah kena minta izin tuan rumah bagai kalau nak masuk. Kalau di UK dulu sesiapa sahaja yang ada kunci pendua boleh masuk keluar sesuka hati. Nasib rumah itu rumah yang dia beli sendiri bukannya rumah daddy dan mommy dia.

"Masuk",

"Terima kasih", seraya itu aku tanggalkan kasut sukan Adidas warna pink yang senada dengan warna tudung aku.

Dia menyuruh aku mengikuti langkahnya dengan lambaian tangan dan aku hanya menurut.

Aku dibawa naik ke dalam lif dan Aariz menekan tingkat kedua bawah tanah. Setelah keluar dari lif aku terkagum sendiri melihat bertapa cantiknya design wallpaper dia yang berupa emas yang diukir dengan tangan pengukir terhandal dari Perancis itu. Kalau tingkat yang diatas dihias bagi istana bilik bawah tanah ni pula dihias sangat mewah. Kalau bahagian tengah ni aku dah pernah ceritakan? Bahagian tengah rumah ni ialah hospital diorang.

"You nak bawa I pergi mana?", tanpa sebarang jawapan dia terus meneruskan langkah.

Aku buat muka annoying sebelum aku turut meneruskan langkah mengikutinya. Cakap aja tak boleh ke? Kenapa perlu berahsia sangat?

Akhirnya, langkah kakinya terhenti di depan pintu silver. Okay section ni nampak seram. Aariz membuka bilik itu dan aku dapat melihat banyak bahan kimia kat sana. Mulutku terlopong sekejap. Sumpah ah, rumah dia ada tempat macam ni? Tiba-tiba aku ter-overthinking. Dia nak buat benda pelik ke kat aku ke atau dia nak bunuh aku di sini? Baik aku lari dulu.

Baru sahaja aku nak buka langkah seribu, Aariz dengan pantas menarik tanganku ke dalam pegangan tangan dia yang hangat itu. Aku terpana, terkaku, terkesima dan ada beberapa ter lagi yang tak mampu aku ucapkan. Selamba dia aja main tarik tangan aku. Nak marah ni. Dia tak tahu ke muka aku dah mula naik merah dan jantung aku berdegup tak ikut rentak sekarang ni?

" Jangan salah faham. I cuma nak minta pertolongan you. Tolong I buat antidote untuk Aaron. I dengar you paling bagus dalam subjek kimia. Lagipun kau kan budak 4.0 flat macam I dan Aaron . I nak kita bekerjasama, boleh? ", untuk pertama kalinya aku dengar dia cakap panjang lebar tapi dengan nada dingin yang biasa dia lontarkan.

"Phew, I ingatkan you nak buat apalah kat I tadi. Nasib you pandai baca fikiran orang. I setuju. I pun nak tolong Aaron ", aku tersenyum ikhlas sambil pandang muka baby face Aariz.

Aariz tak senyum balik pun tapi dia cuma pandangan mata dia nampak jelas sangat dia berterima kasih kat aku. Aku baru perasan si Aariz ni sebenarnya lebih suka cakap guna sorotan mata. Betullah pepatah Inggeris mengatakan 'eyes doesn't lie'. Eh, tu pepatah Inggeris ke? Tapi dalam movie ayat tu memang selalu digunakan so aku kira itu sebagai salah satu pepatah Inggeris.

"Apa yang you tak dapat buat tu?", Aku bertanya selepas dia serahkan sampel antidote dan ada sampel lain yang telah dia siapkan.

"I tak dapat nak stabilkan darah dia dengan antidote buatan I ", luahnya dengan nada sedikit perlahan. Kecewa mungkin?

"Okay, don't worry. I cuba buat yang terbaik tapi boleh you bagitahu I apa jenis darah Aaron?".

"AB-".

"Darah tu tergolong sangat langka dan paling sensatif ", Aariz menganguk mengiyakan.

" Antidote you ni ada problem sikit yang lain I dah kaji tetapi macam pain killer aja", aku memandang wajah Aariz di sebelah yang sedang tekun menaip. Dia macam tengah hack something sebabtu aku tak nak kacau.

"Hmm", Aariz mengiyakan tanpa pandang aku. Dia terus fokus pada screen komputer dia.

"You kata nak buat antidote asal you buat pain killer juga?", Aku jadi semakin pelik.

"Aaron baru ada kesan tembakan kat kepala dia dan walaupun luka tu sudah sembuh sepenuhnya tapi dia pernah disuntik pelbagai jenis dadah sebelum ni. Sebabtu I buat dua jenis pain killer. Satu untuk kekejangan otot, satu lagi untuk elak darah beku. Yang paling penting ubat itu akan bagi kenyamanan untuk Aaron until dia sedar nanti", aku mengangguk kepala faham.

"Kejap maksudnya lepas you bagi dia ubat ni dia akan ditidurkan ke?".

Aariz akhirnya membalik badan memandang ke arah aku dan mengangguk.

" Tapi kenapa sampai macamtu sekali?", Okay, aku terpaksa mengaku aku ada banyak soalan untuk ditanya sekarang. Aku akui aku risau dengan kadar kesihatan Aaron sekarang ni.

" Selain daripada itu I nak bagi dia rehat. Kalau tak seboleh-bolehnya dia nak involve-kan diri dia sebab I nak balik UK sebenarnya bulan depan. Ada musuh kacau markas. Tapi I tak nak bagitahu kat Aaron sebab I nak bagi dia pulih betul-betul ", aku anggukan kepala tersangat faham dengan tindakan yang dilakukan oleh Aariz.

Aku tanpa banyak soal terus betulkan kelemahan antidote yang Aariz buat. Tak adalah payah mana pun cuba ada salah masuk bahan sikit tu yang kena buat balik semula dari awal. Aku buat benda tu dalam masa 25 minit sahaja. Selesai sahaja aku simpan antidote itu aku lihat Aariz tak habis-habis lagi menaip.

Aku pun mengambil keputusan untuk tegur dia. " Riz, Antidote tu I dah siapkan dan dah simpan baik-baik".

Dia hanya angguk tanpa mempedulikan aku sedikit pun.

"Riz, you taip apa lagi?".

" I sedang hack sistem pihak lawan ", alhamdulillah suara emas itu akhirnya meluncur keluar.

"You tak penat?", dia geleng kepala.

" Sudahlah itu, kalau you masih nak menaip I nak balik. I tak nak bazirkan masa cuti I untuk perkara yang tak berfaedah. Lebih baik I tidur terkongkang kat katil daripada I buang masa kat sini tunggu you habiskan kerja you yang tak habis-habis daripada tadi. I balik dulu. Assalammualaikum ", pamitku.

" Sorry but please stay ", ayatnya yang separuh merayu separuh memujuk membuat aku tersentak sekejap. Aku pusingkan tubuh dan menghadap dia.

"Apa yang you cakap tadi?".

"Sorry ..but please stay", ulangnya lagi dan muka Aariz mula merah membahang.

"Apology accepted but please stop your work for a while. Let's have a date movie? You ada bilik pawagam kan?", sebelum perjalanan ke sini kami ada melalui bilik pawagam.

Aariz angguk. Dia ni tak penat ke asyik angguk geleng aja? Haih, dah memang habit nak buat macammana kan?

"I nak tengok movie yang tak tayang lagi ada ke?", Aku tiba-tiba mendapat idea untuk tanya soalan pelik.

Aariz angguk. Aku tekup mulut dengan tangan terkejut. " I nak tengok ".

Aariz bingkas bangun lepas dia tutup komputernya. Dia mula berjalan dan ya aku ikut dia lagi. Kami berhenti kejap untuk tutup pintu dan terus masuk bilik pawagam yang selang tiga bilik daripada makmal bilik kerja Aariz.

Aariz tinggalkan aku sendirian sebab nak pergi ambil popcorn di machine popcorn yang sedia ada dalam bilik pawagam beserta air coke.

Dia hulurkan aku segelas air coke dan dia letakkan popcorn diantara kami.

" Kalau makmal tu bilik you, mana bilik kerja Aaron?", Aku tiba-tiba rasa ingin tahu.

"Sebelah bilik I kan ada bilik berpintukan kayu yang ada tombol pintu emas itu. Ha, itu bilik dia", aku meng-oh-kan sahaja.

"Kalau bilik you aja bilik untuk buat ubat dan untuk you fokus hack komputer habistu bilik Aaron itu gunanya untuk apa?", Semakin lama, semakin menarik cerita hidup mereka ini.

" Bilik Aaron adalah tempat latihan senjata. Jadi memang banyak kelengkapan memburu mangsa ", aku kagum. Diorang saling melengkapi antara satu sama lain.

" Yang buat bom tu siapa?", aku tanya bila teringatkan bom yang digunakan semasa nak selamatkan Leya dari arwah tunang dia.

"Aaron cuma itu yang jenis guna timer jadi I yang hack untuk activ and inactive kan aja. Kalau bom tangan yang terus meletup tu dia tak gunakan kepakaran I sebagai hacker pun. Jadi memang Aaron terlatih dengan ilmu mempertahankan diri dan ilmu senjata api".

" Aaron pun seorang doktor yang baik dan peramah tak macam I yang tak sangat mesra alam ni , beritahunya panjang lebar dengan rasa bangga pada satu-satunya adik dia itu.

" You pun apa kurangnya seorang abang yang baik dan penyayang. Beruntung Aaron ada awak sebagai abang", Aariz tertunduk malu. Sumpah cute weyh.

" Dah lah tu jom tonton movie ni ", Aariz tukar topik tetapi disebabkan aku ni mesin buat soalan jadi otak aku terfikir soalan baharu.

" Tak apa ke you bagitahu I semua ni? ".

" I and Aaron have high trust on you and Leya ", aku angguk faham. Aaron pernah cakap kat aku bila kitaorang lepak time waktu rehat kat hospital yang lepas mommy and daddy diorang bercerai memang diorang ada trust issue pada orang luar.

Dan akhirnya kami dapat menikmati menonton wayang dan janji temu ini berjalan lancar. Walaupun sepanjang movie aku tidur di atas bahu lebar Aariz yang cukup selesa itu.

Terima kasih pada yang sudi baca! Doakan Cara dapat menduduki peperiksaan dengan baik dan dapat keputusan cemerlang. Terima kasih sekali lagi untuk yang mendoakan bila baca ni. Lots of love, bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience