Completed
6699
Kaki laju melangkah penuh berhati-hati. Derapan langkah diatur agar sentiasa perlahan dan tidak menarik perhatian pengawal yang menjaga pintu-pintu kebal.
Tetapi aku sedar seperti ada seseorang yang mengikuti langkahku dari belakang.
Aku mulai cuak. Mereka perasan aku dah ke?
Aku bersiap siaga dengan menarik sedikit pemicu pistol siap-siap bertujuan untuk menakut-nakutkan musuh.
Bila dia pusing aja, dia terkejut bukan main. Mana taknya? Bukan setakat Aaron aje yang ada malah Nina dan Leya turut berada sama di situ.
Aku cubit lengan sasa adik lelaki aku yang seorang itu.
"Ish, kau kenapa long? Cubit-cubit orang. Rindu ke?," tanyanya memprovok abangnya.
Aariz menjulingkan mata ke atas. Mestilah aku rindu.
"Gila aku nak rindu kau. Kalau aku dah mula rindu kau aku rasa dunia ni dah nak kiamat," jawab Aariz sakartik.
Dia memang tak suka sesi luah perasaan ni. Dia lebih selesa pendam. Gemar benar dia menyembunyi perasaan sampai-sampai Aaron kadang-kadang adda juga termakan hati.
Tapi waktu kecil ajelah. Dah besar hmm di balas balik. Nye nye nye.
"Asal kau datang sini? Kau baru baik kan? Rehat aje lah kat rumah. Dah tu kau bawa pula Leya dengan Nina kenapa? Bahaya tahu tak?."
Sempat dia membebel macam nenek kebayan di situ. Tak sedar sekarang mereka berada agak dekat dengan musuh.
"Tak payah lah ceramah aku."
"Tak payah lah datang kalau tak nak macam itu," mencuka terus muka Aaron.
"Orang nak tolong pun tak boleh. Menyampah," ujarnya dalam hati. Memek mukanya tersebih-sebih merajuk.
Ambik kau Aariz. Pandai-pandailah pujuk.
"You guys pula kenapa tak halang si babi ni dari datang sini?," terjengil mata adiknya itu mendengarnya.
"Diam lah babun. Dah lah tak handsome. Huh," dilipat dua tangan rapat ke dada. Mukanya dipalingkan di sisi kanan.
"Wlerk," Aariz jelirkan lidah tanda tak perduli dan tak makan hati pun.
Sumpah nampak tak matang kat sini. Umur kau orang berapa eh? Nak merajuk gini bagai. Geli!
"Pergi balik. Tak payah tolong aku. Aku okay aje kan? Tak cedera pun." Ucap Aariz lembut.
Terus datang sifat mengada-ngada dan manja dia. Jarang jumpa ni. Orang putih kata rare.
Leya dan Nina berpandangan dan gelak tipis. Lucu dengan hubungan kekeluargaan mereka berdua.
Kadang macam anjing dengan kucing, kadang bagai isi dan kuku. Haih, macam-macam perangai.
"Sudahlah tu Aariz. I dan Leya datang dengan kerelaan kami sendiri bukannya kami dipaksa."
"Kami risau Aaron pergi seorang diri. You sendiri tahu perangai adik you yang keras kepala. Anything happen you guys can rely on us. We're friends," sambung Aleeya.
"More like family actually," kata Aleeya membetulkan ayat.
Nina pandang Leya dan tersenyum. Mereka berdua dah berjanji walau apapun keputusan dia dan Aaron. Hubungan antara dia dan Leya tak kan pernah ada sengketa.
Semua akan baik-baik saja. Harap mereka berdua.
"How about you guys family? Mesti mereka risau kan? Yang you ikut kenapa? Kalau jadi apa-apa macam mana? You pun Leya. Tak kasihan ke dekat mak ayah yang tak tahu you guys datang sini sebab misi yang perlukan pertumpahan darah macam ni. I bukan apa tau. I risau. You guys ajelah yang I boleh percaya."
Aariz meluahkan apa yang dia rasa. Dia betul-betul takut dan tak mahu langsung libatkan Nina dan Leya dalam masalah keluarga dia yang sememangnya dia kena hadapi sejak wujud di atas muka bumi ini lagi.
Aariz melepaskan keluhan kecil. Kesal dan rasa diri telah membahayakan orang yang dia sayang.
"Along, aku bukan apa. Aku nak tolong kau. Niat aku baik aje long. Aku salah sebab heret dia orang sekali. Tapi jujur aku tak pernah paksa dia orang ikut." Ujarnya turut kesal. Dia seakan lupa dua gadis manis itu tak ada kaitan langsung dengan kerja gelap mereka adik beradik.
"Benda dah lepas dah. Lain kali tolong dengar cakap aku Aaron. Bila aku kata tak payah. Maksudnya tak payahlah. Faham?" Aaron angguk dalam keterpaksaan.
"Boleh percaya ke ni? Aaron ikut cakap? Hurm, Aaron nak jadi bapok ke?," fikir Aariz. Dia hanya menggeleng. Hish, otak ni. Selalu sangat fikir negatif!
"Jangan ingat I perempuan I tak ada kepakaran eh. I tahu you guys nak leoaskan diri dari kumpulan mafia yang jahat ni dan bentuk kumpulan yang baik kan?." Aaron dan Aariz hanya diam. Menunggu bicara Aleeya yang seterusnya.
"Sejak you guys tolong I hari itu I berlatih tekwando balik. Jangan risau. I dah master. Dah dapat black belt," kata Leya menunjuk-nunjuk tali hitam pinggang yang dikeluarkan dari beg sandang kecil yang dibawanya.
"Aaron you tahu I athlete memanah waktu sekolah dulu sampai peringkat antarabangsa pun I pergi," Aaron sengih dan mengangguk kecil.
Aariz ternganga. Aaron bangga.
"Family you guys tahu?," dan dua gadis cantik jelita itu angguk mengiyakan soalan yang ditujukan oleh mereka.
Aaron dan Aariz nampak kaget. Serius ah? Bahaya kut. Melibatkan nyawa dan jiwa!
"I dan Leya dah cerita semua benda dan berbincang baik-baik dengan parents. Mestilah mula-mula dia orang tak setuju tapi kita orang ugut kata nak kahwin lari ngan kau orang kat Siam terus dia orang setuju."
Bertaut dan berkerut kening Aariz pada ketika itu.
Aaron hanya menahan gelak. Aduh lucu!
Kawan-kawan dia mana pernah tak gila macam dia? Semua putus wayar sebab dah masuk air.
"Whose there?," disebabkan gelak yang tidak tertahan oleh Aaron menyembabkan pengawal yang menjaga bilik kebal musuh segera ambil langkah berjaga-jaga.
Terus mati tawa Aaron. Dia mula serius. Yang lain pun bergitu. Lega hati Aariz setelah mendengar pengakuan mereka. Sekurang-kurangnya berkurang sedikit kerisauan dia.
Aariz memberi mereka beberapa senjata untuk digunakan
Pengawal makin ramai mendekati tempat persembunyian mereka.
"Along," panggil Aaron dan Aariz toleh memandangnya yang tersenyum sinis.
"Let's. Go. Bold," ucap mereka serentak dan terus terjah musuh.
Leya dan Nina blur di tempatnya sebelum ketawa kecil. Mereka pun apa lagi? Tak kan tengok aja atau main masak-masak pula kan? Mestilah tolong member dua ekor yang sedang menggila itu.
Habis darah menyapu lantai marmar itu. Badan manusia juga bersepah-sepah. Siapa lagi yang buat kalau bukan Aaron dan Aariz.
Gerun mereka berdua melihat kedua-dua jejaka tampan itu bertempur.
Aura pembunuh dalam diri mereka kian terserlah namun mereka dah berjanji tak sampai bunuh-membunuh.
Tapi tinggal nyawa-nyawa ikan jugalah mangsa-mangsa dia orang.
Untuk kedepannya, Leya dan Nina perlu belajar cara menenangkan diri ketika melihat perkara sebergitu.
Mereka memang kata dah sedia fizikal dan mental. Biasalah manusia, mulut cakap lain bila dah tengok boleh cakap lain.
Tetapi disebabkan mereka tahu hati budi kedua adik beradik itu mereka melemparkan senyuman sesama sendiri dan melangkah penuh yakin.
Ini bukan mudah tapi tak juga terlalu sukar!
Happy reading everyone!
Share this novel