Bab 10

Other Series 16115

BAB 10

Dua puluh lima tahun semua ini berlaku. Namun soalan ini tidak dia ketemu jawapan. Hanya Puan Hajar yang punya segala jawapan. Jawapan yang akan menjawab segala persoalan yang bermain di benak Farisya.

Jam dinding sudah berada di angka sebelas. Ummi dan abah sudah pun masuk ke dalam bilik sejam yang lalu. Tapi Farisya, dia masih lagi di bangku berhadapan meja tulisnya.

Berfikir pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Baru dia teingat akan sesuatu. Dia terlupa untuk bertanyakan Wawa bagaimana kerja hari ini. Adakah semuanya baik saja.

Dia mencapai i-Phone 6 di atas katil. Mencari nombor telefon Mai dan mendail. Tidak sampai beberapa saat panggilannya di jawab oleh Mai.

“Ye puan Farisya. Segalanya berjalan lancar.” Mai memberitahu perkembangan perjalanan butik sepanjang peninggalnya hari itu.

“Baiklah Mai. Kalau semuanya okey mungkin esok tengahari saya ke butik terus. Dan lagi satu, tolong ingatkan saya tentang perkembangan fesyen di Jepun bulan depan. Sebab saya kena buat temu janji dengan Kyra untuk membincangkan tentang design baju tu.”

Farisya berpesan kepada Mai sebelum dia mematikan talian sempat lagi Mai mengusik Farisya. Katanya sekarang Farisya sudah ada peminat. Tadi pun datang cari Farisya tak cari yang lain. Bila diberitahu dia tidak ada, wajah lelaki itu hampa.

Ada-ada aja budak ni nak buat lawak malam-malam begini. Salam di berikan sebelum talian terus di matikan. Telefon Farisya di biarkan di atas meja, sepi.

Matanya mengantuk dan dia terus merebahkan tubuhnya ke katil empuk. Katil yang sama sejak dia di bawa masuk ke dalam kelurga angkatnya.
Seminggu dia berada di butik. Menyiapkan kerja pola design baju muslimah untuk musim bunga di Jepun. Lagi beberapa hari dia akan berjumpa degan Kyra bagi membincangkan semuanya dengan terperinci.

++++++

Pintu bilik Farisya diketuk Mai. sebaik sahaj daun pintu dikuak, muncul wajah Mai dalam keadaan tersenyum lebar dengan bunga di tangannya.

“Puan Farisya, ada sejambak bunga untuk Puan.” Mai berkata sambail di tangannya mengendong bunga itu ke meja kerjanya. Tersenyum-senyum Mai menyerahkan bunga itu ke tangan Farisya.

“Bunga untuk saya? Siapa beri?” Tanya Farisya.

“Peminat Puan Farisya lah," Jawab Wawa. Bunga ros merah itu di serahkan kepada Farisya dan di sambut dengan gelengan perlahan dari Farisya.

“Peminat? Hahaha. Awak ingat saya ni artis ke sampai ada peminta bagai.” Geli hati pula dengar Mai kata dia ada peminat.

“Betul puan. Saya tak tipu.” Bersungguh Mai memberitahu. Namun Farisya hanya tersenyum geli hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience