Bab 5

Other Series 16115

BAB 5

Kehilangan Armel sejak mereka habis kolej membuat tanda tanya pada diri Mutiara Hanani. Kemana menghilang sahabat yang begitu baik dengannya. Yang sentiasa ada waktu untuk dirinya.

Walaupun sudah beberapa kali Tiara mengatakan hasrat hatinya untuk menjadikan Armel sebagai kakak iparnya walau dalam nada gurauan namun dia serius sebenarnya. Jika boleh, dia mahu Armel menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

Teruk juga Armel di hina oleh bondanya kerana kata bonda, Armel Farisya tidak sedarjat dengan mereka. Tiara masih mengingati kejadian itu dan hatinya turut sakit mengingatinya semula. Apalah yang hebat dengan darjat jika hati sentiasa tiada ketenangan. Hidup penuh dengan kekosongan.

Masih lagi dia ingat, bagaimana di depan matanya wajah bonda memandang Armel dengan seribu makna kebencian yang menggodam hati nuraninya sebagai ibu. Itulah kali terakhir Armel sudi menjejakkan kakinya ke rumah ini. Sejak itu walau diajak berkali-kali, pasti Armel memberikan alasan untuk tidak mendekati rumah itu lagi.

++++++++++

“Puan Farisya, ada orang mengahantar kek.” Mai memberitahu Farisya bila dia melihat majikannya yang baru sahaja melangkah masuk ke butik.

“Oh ye? Siapa pula yang hantar kek tu? Tak pe la. Erm, awak simpan dekat dalam peti sejuk dulu. Nanti habis kerja kita makan sama-sama dengan yang lain okey.” Pesan Farisya kepada Mai. Dia terus masuk ke pejabat hingga akhir masa waktu kerja.

Ayam goreng KFC, Dominos dan kek hari lahir berperisa mangga di hidangkan kepada semua pekerja yang ada di butiknya. Banyak betul makanan. Tapi mereka tidak tahu hari lahir siapa.

Tidak pada Mai. Dia langsung tidak terkejut dengan perbuatan Puan Farisya. Dia tahu yang Puan Farisya, majikannya menyimpan banyak rasa hati kepada insan yang sedang di raikan hari lahirnya.

Sudah tiga tahun dia bekerja dengan Puan Farisya. Jadi sedikit sebanyak dia tahu tentang latar belakang Puan Farisya. Dia dari keturunan kerabat diraja. Namun, apa yang membuatkannya menjadi pelik, mana saudara mara dan kerabat diraja Puan Farisya? Mengapa dari dulu dia hanya keseorangan tanpa ada keluarga yang lain? Soalan itu pernah di ajukan kepada Puan Farisya, tetapi jawapan yang di berikannya hampa.

“Selama mana awak nak berada di sini, bekerja saya minta jasa baik awak jangan mempersoalkan soalan itu.” pesan Farisya kepadanya. Mai tidak mahu bertanya lebih lanjut kerana bimbang jika Puan Farisya bertambah sedih kerana ketika dia memberi esanan itu wajahnya berubah sugul seperti ada sesuatu yang berat ditanggung olehnya.

Dia tahu, hati Puan Farisya sedang luka. Luka yang terlalu lama di simpan, tetapi masih lagi belum juga bertemu pengubatnya. Malam itu Farisya tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya serabut. Kadangkala dia menangis sekuat hatinya.

“Kenapa kau buat aku macam ni?? Kenapa!!!!!!” Jerit Iman memecah ruangan sunyi biliknya. Hanya dia seorang di dalam bilik itu maka bertambahlah jeritannya bergaung.

“Aku tak minta di lahirkan. Tetapi kenapa kau lahirkan aku kalau kau sendiri benci aku!!!!” katanya lagi dalam nada pilu.

Habis semua barang yang ada di atas katilnya menjadi mangsa melepaskan kemarahan hatinya. Sakit yang tiada ubat. Yang mampu dia lakukan hanyalah meraung, menangis. Tapi semuanya tidak mampu untuk di sesali lagi. Farisya merenung kedua tangannya. Sekali lagi dia menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience