Bab 8

Other Series 16115

BAB 8

Aznan Asyraf kecewa. Berubah terus wajahnya bila diberitahu sedemikian oleh Mai. Baru sehari dia tidak dapat berjumpa dengan gadis itu. Terasa rindu. Kalaulah dia tahu di mana kampung gadis itu, pasti sekarang juga dia akan ke sana untuk berjumpa.

Aznan berjalan keluar seiringan dengan bondanya. Fahamlah kini anaknya sedang di lamun cinta. Dengan gadis yang bekerja di sini. Hendak di larang, dia takut pisang berbuah dua kali.

Jauh di sudut hatinya, darjat dan pangkat dia tak pandang. Asalkan anaknya sudah berkenan dan gadis itu menepati ciri seorang wanita solehah dia sudi menerima sebagai menantu.

“Janganlah buat muka sedih. Esok Aznan datang sini balik jumpa dia. Esok mesti dia datang.” Puan Hajar memberi sokongan kepada anaknya. Dia tahu anaknya jika sudah berkenan pasti akan mencari jalan.

Aznan Asyraf tersenyum mendengar kata-kata semangat dari bondanya. Dia tersenyum. Namun senyumannya kelat. Esok dia kena pergi ke Australia. Atas urusan kerja. Seminggu dia akan berada di sana, mana mungkin dia boleh betah. Harapannya hampa!

+++++++++

Tiga jam perjalanan ke Pontian yang sepatutnya hanya dua jam sahaja pada kebiasaannya. Jalan sesak kerana berlaku satu kemalangan diantara sebiji kereta Honda Jazz dengan lori pasir.

Apabila dia melihat kejadian itu mindanya seolah kembali pusing ke belakang melewati detik sukar ketika baru sahaja menjadi isteri kepada Wan Jailani.

*Flashback*

"Sah" kata tok kadi kemudian membaca doa selamat untuk pasangan pengantin yang baru dinikahkan.

“Amin...” Semua yang hadir di majlis akad nikah Farisya dan Wan Jailani mengaminkan doa selepas saksi mengesahkan akad tadi.

Jurukamera mengambil gambar pengantin di pelbagai sudut yang berbeza supaya nampak impak yang menarik. Tiba saatnya untuk pembatalan air sembahyang di mulai.

Dalam hati merasa syukur sangat. Dengan kekurang yang ada pada diri masih ada lagi insan yang sudi menerima diri sebagai suri.

“Farisya balik dulu. Abang dengan ayahanda nak ke tempat lain dulu. Ada kejutan untuk semua malam ni.” Wan Jailani berkata semasa mereka semua sudahpun berada di hadapan kereta.

“Iyalah. Hati-hati ye. Farisya balik dulu dengan ummi.” Tangan suaminya di cium sebelum berlalu meninggalkan suaminya dengan ayahanda yang berdiri di hadapan kereta Honda CRV hitam milik Wan Jailani.

Malam itu mereka sekeluarga menerima kunjungan dan kejutan yang tidak terduga. Seorang mayat lelaki yang amat mereka kasihi datang bersama van jenazah. Tubuhnya lengkap dengan kain putih yang membaluti tubuh.

Bergetar seluruh tubuh Farisya bila melihat kejutan yang di katakan oleh suaminya pagi tadi selepas mereka sah bergelar suami isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience