Bab 12

Other Series 16115

BAB 12

Perhubungan Aznan Asyraf dan Farisya kini sudah menghampiri bulan yang pertama. Bermula dari sebagai pelanggan dan pelayan, kini hati Aznan semakin terpikat.

Genap usianya 27 tahun lusa, dia bercadang ingin melamar Farisya sebagai permaisuri hidupnya. Walaupun dia tahu yang Farisya pernah bernikah. Dan kelemahan yang ada pada diri Farisya bukan penghalang untuknya memperisterikannya.

Hari yang di nantikan telah tiba. Farisya di bawa ke banglo milik keluarganya. Terdetik di hati Farisya tentang satu hal.

Keadaan rumah yang sama tiada beza. Tapi benarkah apa yang dia fikirkan? Sedalamnya dia cuba menyangkal hakikat itu. Dia cuba memberikan fikiran positif kepada otaknya. Mungkin banglo ni di beli oleh keluarga Aznan Asyraf selepas kematian Tuan Zainudin dulu.

Selangkah kakinya menapak hatinya kian berdebar. Tak banyak perbezaan dulu dan sekarang. Farisya memejamkan matanya sedalam mungkin. Sekali lagi dia menyangkal apa yang cuba di hantar oleh virus negatif kepada hatinya.

“Farisya, saya perkenalkan adik perempuan saya. Mutiara Hanani. Atau lebih mesra Tiara je.”

Aznan berkata ketika Farisya sedang ralit melihat gambar keluarga yang tergantung di dinding ruang tamu. Aznan Asyraf berdiri di belakang Farisya sambil tersenyum bersama Tiara. Farisya menoleh ke belakang sambil hatinya berperang hebat. Hakikat yang cuba di sangkal namun dia kalah!

Tergamam Tiara melihat Farisya, gadis yang selalu di ceritakan oleh abangnya. Gadis yang telah berjaya mencuri hati abangnya yang susah untuk jatuh cinta buat kali ke dua selepas di permainkan oleh sepupunya sendiri, Eedora.

“Armel!” Terjerit perlahan suara Tiara memanggil nama teman baiknya yang menghilang sejak mereka tamat kolej.

Mereka berpelukan. Lama. Tersentak Puan Hajar mendengar nama itu di panggil. Serta merta dulang yang di bawanya bersama sejag air anggur jatuh ke lantai, pecah. Mak Som yang berada di belakang Puan Hajar terkejut. Malah semua yang berada di ruang tamu juga.

Pelukan di leraikan. Armel mengesat air mata yang mengalir. Air mata yang sukar ditafsirkan apa.

“Kenapa sejak awal kau tak beritahu aku yang kau siapa!” Jerkahan dari Puan Hajar mendapat perhatian semua. Terkejut dengan sikap drastik Puan Hajar yang tiba-tiba membenci Iman.

“Saya juga tak tahu yang Puan adalah bonda kepada Tiara.” Lantang sekali Farisya menjawab. Kali ini dia sudah nekad. Persoalan harus di rungkai agar segalanya jelas. Dia janji yang dia tidak akan kembali dalam hidup mereka.

Kelu lidah Puan Hajar. Dia tidak dapat berkata apa. Armel Farisya sungguh tabah kali ini menghadap Puan Hajar yang terduduk di sofa empukya. Aznan Asyraf dan Mutiara Hanani terpana. Apa yang sedang berlaku? Mereka tak faham. Ada sesiapa yang boleh beri jawapan?

“Kalau aku tahu kau Armel, aku akan pastikan Aznan takkan jatuh cinta dengan kau!” Puan Hajar berkata, namun matanya tidak menoleh ke arah Armel Farisya.

“Saya juga begitu Puan Hajar. Saya tahu. Sebab sampai bila-bila pun kami tetap tak boleh bersama. Kan?” gertak Armel Farisya.

“Ya! Sampai mati aku takkan biarkan kau musnahkan hidup anak aku!” balas Puan Hajar tidak mahu kalah.

“Sampai mati. Sampai mati saya memang tidak boleh bersama dengan Aznan Asyraf kerana kami adik beradik. Begitukan Puan Hajar?” soal Armel Farisya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience