Bab 7

Other Series 16115

BAB 7

Pagi ini fikirannya ingin membuat sarapan yang ringkas-ringkas. Mungkin lewat sedikit dia pergi butik sementelah dia ingin melawat keluarga angkatnya di kampung. Terasa rindu dengan mereka. Kalau malas, terus dia tidak masuk lagi. segala urusan dia memberi kepercayaan kepada Maisarah untuk menguruskan bagi pihaknya. Dia percaya kepada kesetiaan dan kemampuan wanita yang senang dipanggil Mai itu.

Dua set roti bakar dan secawan nescafe siap di hidangkan di meja makan di dapur. Kepalanya tidak perlu rungsing memikirkan sarapan yang susah-susah kerana dalam rumah ni hanya dia seorang sahaja yang tinggal.

Selepas bersarapan, Farisya naik ke biliknya dan bersiap-siap untuk berangkat pulang ke rumah keluarga angkatnya. Namun, jauh di sudut hatinya terasa keberatan. Demi menghilangkan kerinduan yang bermukim di hati, dia gagahi jua kakinya melangkah ke rumah itu untuk sekian kalinya.

++++++

Aznan Asyraf tidak senang duduk. Kejap dia berdiri, kejap dia duduk di kerusi yang di khaskan oleh tuan butik ini untuk keselesaan pelangannya menunggu.

Dari ekor mata Mai dapat melihat reaksi spontan lelaki yang datang bersama wanita itu keresahan.

Nak katakan lama sangat dia melayani wanita itu, rasanya tak. Fikir Mai belum sampai sepuluh minit lelaki itu datang ke sini. Tapi dah panas buntut. Hem.. getus Wawa.

“Pandai Aznan pilih tempat untuk bonda beli pakaian muslimah. Bonda suka sangat dengan layanan yang di berikan. Lagi-lagi fabrik yang di gunakan menepati citarasa bonda.” puji Puan Hajar. Dia memang tertarik benar dengan rekaan koleksi yang ditampilkan. Sesuai dengan jiwanya.

Mereka bertiga berlalu berjalan seiringan ke kaunter pembayaran. Segalanya di lunaskan oleh Aznan Asyraf sendiri.

Sebenarnya, Aznan hanya menjadikan alasan menemani bondanya membeli belah semata-mata nak jumpa pelayan yang menemaninya semalam. Tapi sayang, pelayan wanita yang jelita tu tak ada pula hari ini. Fikirannya tertanya-tanya di amna agaknya wanita itu?

“Dik, nak tanya. Mana pelayan perempuan yang semalam tu ye?” Tanya Ku Aus tanpa segan silu.

“Pelayan perempuan? Hem, setahu saya kami bertiga jelah pelayan perempuan dekat sini.” Jawab Wawa. Sah! Lelaki ni mesti mencari Puan Iman.

“Erk, bukan. Semalam ada lagi sorang. Dia pakai tudung warna ungu cair semalam. Baju hitam. Dia yang layan saya semalam. Mana ek dia?”
Wawa merenung lelaki itu lama. Tak salah jangkaan Wawa. Walaupun dia hanya main teka je tapi betul juga akhirnya.

“Oh! Tu. Dia hari ni tak datang. Dia balik kampung.” Jawab Mai jujur sambil tersenyum simpul. Mungkin mengerti apa yang tersirat di hati Aznan Asyraf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience