Bab 14

Other Series 16115

BAB 14

Dua bulan peristiwa itu berlalu pergi. Kesedihan dan kepiluan seorang ibu nyata tidak dapat di bendung. Puan Hajar kini terlantar di katil. Doktor tidak dapat mengesahkan penyakit yang dihidapinya.

Setiap hari hanya nama Armel Farisya sahaja yang di sebutnya. Apatahlagi Aznan Asyraf. Dia tahu bondanya merindui anaknya itu. Aznan Asyraf juga begitu. Apakan dayanya, inilah hakikat yang harus di terima bila dia menyintai darah dagingnya sendiri tanpa di sedari.

“Aznan, Tiara sudah mendapat tahu di mana keberadaan keluarga Mak Leha.” Tiara berkata girang di muka pintu bilik Puan Hajar.

Tidak sabar rasaya ingin menemukan Armel Farisya dan bonda. Semoga segalanya akan kembali pulih seperti sedia kala apabila bonda dapat berjumpa dengannya.

Perjalanan yang mengambil masa hanya satu jam setengah ke Pontian dengan kelajuan 140km/jam. Sesampai sahaja di rumah Mak Leha, mereka masuk dan di layani seperti biasa. Namun keadaan hari ini tidak seindah semalam saat bersama Armel Farisya.

“Dia tak ada.” Pak Wahi menjawab soalan Aznan Asyraf bagi pihak isterinya yang diam sejak awal lagi.

“Dia kemana?” Kali ini Tiara Hanani pula menyoal.

Pak Wahi dan Mak Leha memandang sesama mereka. Seakan mengeti dengan soalan di fikiran Pak Wahi, Mak Leha mengangukkan kepalanya. Mereka semua di bawa ke satu tempat. Dimana tempat tinggal Farisya selama ini. Semua yang ada tidak dapat menahan sebak. Mengalir juga airmata lelakinya untuk kali kedua selepas kematian ayahandanya.

Sebelum pulang ke banglo, sempat lagi Mak Leha memberikan Tiara Hanani sepucuk surat. Surat yang di tulis oleh Armel Farisya sebelum dia meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang Senai.

*surat*

Assalamulaikum bonda.

Maaf sekiranya surat anakanda ni membuatkan bonda rasa tidak senang. Tiada apa yang ingin anakanda luahkan melainkan rasa syukur kepada Allah kerena menemukan kita semula. Walaupun sejak Armel di pindahkan ke sekolah yang sama dengan Tiara walaupun kami berbeza setahun.

Bonda,

Maafkanlah segala dosa dan silap anakanda selama mana anakanda hidup di dunia. Selepas ini Farisya berjanji tidak akan membiarkan wajah anakanda terpamer lagi di hadapan bonda dan semua. Anakanda akan pergi jauh. Semua tentang kita telah pun tertulis oleh Allah dan anakanda terima sebagai satu hadiah bermakna. Walaupun anakanda hanya mendapat kasih sayang bonda semasa dalam kandungan, Armel tetap beryukur. Semoga Allah merahmati bonda sekeluarga.

Salam kemaafan dari anakanda,
Armel Farisya

Aznan Asyraf membacakan surat yang di tiggalkan oleh Armel Farisya untuk bondanya. Kuat pelukan Tiara terhadap bondanya yang kini hanya mampu terlantar di katil. Matanya mengalirkan airmata namun dia tidak berkata apa.

Hiba perasaannya merenung surat dari Armel Farisya. Hatinya terpaut sayu, kerana selama ini dia tidak juga perasan akan apa-apa persamaan antara mereka.

Malam itu, Puan Hajar merasa dadanya sakit. Kesakitan itu kian menaik sehingga ke paras lehernya. Mata terpejam rapat, nafas yang tadinya berombak kuat kian reda. Seluruh tubuhnya kesejukan.

Yang hidup pasti akan merasa mati. Dan tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Allah SWT. Aznan Asyraf dan Tiara Hanani merenung kubur arwah bondanya yang bersebelahan dengan kubur ayahandanya. Hati mereka merasa insaf. Segalanya telah berakhir walaupun banyak persoalan yang belum terjawab. Namun bagi mereka, tiada apa yang lebih indah melainkan tiga insan yang pernah hadir bersama dan akhirnya pergi mengadap Ilahi.

Semua tentang kita telah di tulis takdirnya. Walaupun adakalanya terasa sesak nafas yang di hela kerana sebuah hakikat yang tidak terduga oleh sesiapa. Hati dan perasaan juga akal fikiran semuanya milik-Nya. Tiada yang kekal selama-lamanya melainkan Dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience