Bab 11

Other Series 16115

BAB 11

Hari ini adalah hari yang kelam kabut buat Farisya. Semua jadualnya kena skip gara-gara perangai Kyra. Sabar sajalah.

Iman keluar dari butiknya dengan tergesa-gesa kerana tidak mahu terlewat berjumpa dengan Kyra di sebuah studio designer milik Kyra di Pusat Bandar Johor.

Tergesa-gesa sehinggakan dia hampir menjatuhkan seorang lelaki. Mujur pelanggaran bahu itu tidak seteruk imaginasinya tadi. Buat malu betul!

Farisya memohon maaf atas kecuaiannya sebentar tadi. Namun tidak pula dia menunggu lelaki tadi berkata sepatah samada memaafkannya atau mahu marah.

Farisya berlari-lari anak mendapapatkan lif yang sedang terbuka luas untuknya. Sedangkan baru sahaja ada orang yang keluar dari lif ke tingkat bangunan ini. Perasan betul!

Mesyuarat yang berlangsung hampir seharian benar-benar meletihkan tubuhnya. Otaknya juga sudah kepenatan berfikir. Memang tak rehat. Pelbagai idea yang dikeluarkan dan jenis fabrik yang ingin di gunakan.

Sedar mahupun tidak hari kian lewat malam. Dan macam biasa jugalah dia akan bermalam di studio Kyra. Memandangkan Kyra adalah seorang wanita yang berbangsa Sabah, jadi tidak ada masalah untuknya bermalam bersama. Boleh terus membuat kerja bila-bila masa tanpa menunggu esok.

Dua hari Farisya tidak pergi ke butiknya. Dan selama dua hari itu jugalah mai asyik menghantar mesej pesanan ringkas, kadangkala WhatsApp kepadanya. Memberitahu peminat arisya sering datang ke sana dan memberikan dia pelbagai hadiah. Naik rimas pun ada.

Aznan Aysraf mengeluh perlahan. Masuk hari ini mungkin sudah hampir dua minggu dia tidak nampak kelibat pelayan gadis jelita yang melayaninya di butik tempoh hari. Apabila disoal ke mana gadis itu pergi, pelayan di situ mengatakan tidak tahu. Sebal hatinya!

Dia merendamkan kakinya ke kolam renang sambil ligat memikir bagaimana mahu berjumpa dengan gadis itu lagi. cukuplah kalau dia tahu nama gadis yang ingin djumpainya. Sudah cukup.

Sementelah akalnya ligat berfikir dia mendapat idea. Esok dia harus ke butik itu kembali dan membawa bonda sebagai umpan yang terbesar. Jika susah sangat, dia akan jumpa sendiri dengan tuan butik itu dan bertanya langsung perihal pekerja butik yang selalu susah untuk dijumpainya.

“Kenapa Aznan bawa bonda ke mari? Aznan ada nak beli pakaian lagi ke?” Kali ini Puan Hajar merasa pelik dengan sikap anak lelakinya itu. Sampai tahap begitu sekali!

“Alah, Aznan cuma nak belanja bonda shopping, tu je.” Aznan Asyraf berhelah. Sedangkan helahnya itu tidak menjadi.

Sekilas ikan di air, Puan Hajar dapat tahu yang mana jantan dan yang mana betina. Inikan pula isi hati anaknya. Puan Hajar hanya tersenyum dan mengikuti tanpa banyak kata.

Sesampai di butik, Aznan melihat gadis yang di carinya selama ini ada. Dia sedang menyarungkan sehelai pakaian perempuan yang mungkin stok baru sampai di tubuh anak patung.

Aznan membuat permintaan. Dia mahu gadis itu melayaninya dan bonda. Gadis itu melakukan kerjanya dengan baik sekali. Malahan bonda juga turut suka dengan layanan sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience