Bab 9

Other Series 16115

BAB 9

“Jauh termenung. Ingatkan siapa tu?” kata umminya apabila melihat Farisya diam terkaku merenung sesuatu yang jauh.

Entah dari mana ummi datang menyapa Farisya dengan sedulang air di teko. Di letakkan di meja kecil di rumah itu.

“Tak ada apa lah ummi. Saja ambil angin malam.”

Ya Allah! Bru dia sedar hari dah larut malam rupanya. Sejak maghrib tadi dia termenung. Ingatkan masih siang sedangkan tadi dia baru sahaja selesai tunaikan solat manghrib berjemaah. Kenapa mudah lupa ni Farisya! ralit mengenang kisah hitam yang lalu.

“Tak manis termenung seorang diri. Kalau ada masalah ceritalah dengan ummi.” Ummi menuang air yang di bawa tadi ke dalam cawan bertangkai. Di hulurkan kepada Farisya secawan.

“Farisya cuma teringat dekat arwah Jailani.” Mak Leha hanya berdiam. Tidak berkata apa. Diam lebih baik, kerana dengan cara menjadi pendengar itu boleh membuatkan anaknya itu berasa lapang seketika. Dia tahu dalam benak Farisya terlalu banyak yang difikirkan hingga kadang kala boleh dilihat anak perempuannya itu gelisah semacam.

“Dia baik. Terlalu baik. Tapi Allah ambil dia dari kita semuakan ummi.” Bergenang airmata di kelopak matanya. Sebak hatinya tiba-tiba.

"Ayahanda juga di ambil Allah kembali ke sisi-Nya.” kata Farisya sayu.

Sayu hati Mak Leha bila mendengar apa yang di tuturkan oleh anak tunggalnya itu. Silap diakah membawa anaknya pulang ke Malaysia dahulu? Sehinggakan Wan Jailani dan Farisya bercinta kemudian bernikah? Silap diakah? Persoalan yang bermain dalam fikiran Mak Leha.

Tetapi Mak Leha tidak menyuarakan isi hatinya kepada Farisya. Dia takut anaknya itu akan terasa hati dengan pemergian mereka semua. Biarlah dia simpan di dalam hati.

“Ummi, kenapa Puan Hajar benci Farisya? Kadang-kadang Farisya rasa macam lebih hina dari binatang.” Tiba-tiba sahaja kata-kata itu terpacul dari mulut Farisya.

“Astaghfirullah. Farisya tak baik kamu berkata begitu dengan bonda kamu. Dia yang melahirkan kamu. Dia yang memberi susu badannya kepada kamu. Berdosa Farisya apabila kamu berkata sedemikian kepada ibu yang bersusah payah melahirkan kamu.” tegur Mak Leha. Tidak senang hati dengan apa yang dibicarakan oleh Farisya sebentar tadi.

“Tapi ummi, kalau betul dia sayang Farisya, kenapa dia serahkan Farisya kepada ummi? Sampai ke hari ini Farisya tak faham. Apa tujuan dia berbuat begitu? Bukankah Farisya ini anak dia.” kata Farisya lagi. Kali ini ada nada tidak puas hati dan geram.

Akhirnya mengalir juga airmata yang di tahan dari terus mengalir. Tidak sampai hati Mak Leha nak berkata lagi. Dia sendiri pun tidak mngerti kenapa waktu itu Puan Hajar menyerahkan Farisya kepadanya. Sedangkan waktu itu Puan Hajar juga tidak sampai hati ingin menyerahkan Farisya kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience