Bab 1

Other Series 16115

Tajuk: Assalamualaikum Bonda
Penulis: Amy

BAB 1

"Mana pula dia ni? Cepatnya dia jalan!" bebel Tiara Hanani dalam hati. Dia mencari-cari kelibat teman baiknya, Armel Farisya. Ada sesuatu yang ingin dia perkatakan pada temannya itu.

Lama memandang kiri dan kanan, Tiara terlihat Armel sedang berjalan meninggalkan kelas.

“Armel Farisya!”

"Tunggu saya!" kata Tiara lagi.

Tiara Hanani sepantas mungkin berlari mengejar Armel yang sudah pun meninggalkan perkarangan kolej. Armel sudah pun duduk menunggu kedatangan bas untuk pulang ke rumah. Sementara menanti Tiara sampai. Dia hanya terseyum dengan gadis comel itu.

“Armel!” Sekali lagi namanya di panggil.

Kini Tiara berada di hadapan matanya dengan nafas yang tercungap-cungap. Armel melihat sahaja gelagat teman baiknya itu. Senang dia melihat senyuman yang terukir pada insan di sekelilingnya.

“Armel!” jerit Tiara lagi.

Untuk kali ketiga namanya di panggil. Tetapi Tiara masih belum bercerita tentang apa yang ingin dia bagitahu sampaikan tiga kali namanya dipanggil sebegitu rupa. Armel memberi ruang kepada temannya itu untuk menarik nafas sedalam mungkin dan menghembuskannya. Apabila degupan jantungnya kembali normal, barulah Armel memberi isyarat untuk Tiara Hanani membuka kata.

“Armel...”

“Yep.”

“Armel, saya nak tanya awak. Lepas ni awak cadang nak buat apa. Kitakan dah habis exam hari ni.” tanya Tiara mahu mengetahui.

Tiara ni memang slow sikit. Kalau nak bercakap adalah lebih tiga empat kali memanggil nama mereka yang ingin Tiara temui.

“Erm, saya ingat nak kerja sementara dulu. Lepas dapat keputusan, barulah saya buat keputusan nak sambung belajar lagi atau teruskan bekerja.” Jawab Armel sambil tersenyum melihat wajah teannya yang seakan gelisah.

Mereka sama-sama duduk di bangku kayu yang telah dibina untuk keselesaan awam sementara menantikan kedatangan bas yang mereka ingin naiki.

“Alah. Awak nak kerje ke? Awak nak kerje mana?” Soal Tiara seakan gelisah.

“Saya ingat nak minta kerja dekat bandar yang terdekat. Jadi pelayan restoran pun tak apa.Asalkan saya boleh dapat duit belanja dan ada duit sendiri,” jawab Armel yakin.

“Jadi pelayan?” Perlahan sahaja suara Tiara Hanani bertanya. Matanya dihalakan ke lantai seolah berfikir dua kali.

“Iye. Jadi pelayan restoran. senang nak diterima rasanya. Tu yang saya bercadang untuk ambil pengalaman dulu. Kenapa ni Tiara?” kata Armel seakan tidak memahami temannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience