Bab 3

Other Series 16115

BAB 3

Lapan tahun kemudian...

PEARL GAYA... Satu nama yang mempunyai makna tersendiri apabila pemiliknya sesekali akan berada di butik pakaiannya di bandar ini. Malahan di Asia juga, jenama pakaiannya telah di perkenalkan.

Aznan Asyraf meneliti setiap jenis pakaian dan fabrik yang di sediakan oleh Pearl Gaya ini. Boleh tahan fabrik dan rekaan pakaiannya. Lain dari yang lain. Cukup elegan dan ada kelas.

“Ye encik. Boleh saya bantu?” sapa seseorang dari belakangnya.

Terkejut Aznan Asyraf apabila disapa oleh seorang gadis dan apabila ditoleh rupanya gadis itu seorang yang cantik jelita. Namun dari segi pakaiannya, nampak seperti dia seorang pelayan sahaja di butik itu.

“Er, saya nak cari sesuatu yang boleh dijadikan hadiah.” Aznan Asyraf menjawab sekadar berbasa-basi. Senyuman turut diberikan kerana tertarik dengan wajah jelita gadis berkenaan.

“Boleh saya tahu untuk siapa? Maksud saya lelaki atau perempuan.” Dia tidak mahu disalah ertikan tentang persoalannya. Adalah lebih moleh jika dia mengetahu sedikit detil tentang hadiah yang mahu dipilih bagi memudahkannya memberi cadangan yang terbaik kepada pelanggan.

“Erm, perempuan.” Ringkas jawapan Aznan sambil matanya masih membelek pakaian yang berderet di depan mata.

“Dalam lingkungan usia berapa?” tanya gadis itu lagi ingin tahu. Bibirnya masih manis mengukir senyuman.

“Lima puluhan.” JAwab Aznan. Matanya dihalakan ke wajah gadis yang cantik ini.

“Oh, kalau begitu saya sarankan encik mengahadiahkan wanita itu dengan sehelai jubah yang materialnya dan warna sesuai untuk mereka yang berumur dalam lingkungan ini.” kata gadis jelita ini dengan matanya yang bundar bercahaya.

Aznan dibawa ke satu lagi deretan koleksi pakaian untuknya memilih warna dan rekaan yang digemari untuk dijadikan hadiah. Aznan hanya mengikut dan melihat warna jubah yang bergantungan.

Satu persatu tips yang diajukan oleh gadis itu kepada Aznan Asyraf. Apa yang di katanya hanya bermain di ruangan legar telinganya sahaja. Sedangkan akal dan mindanya berada di awangan, menikmati keindahan ciptaan Tuhan, wajah gadis yang memang jelita dalam fikirannya itu.

Akhirnya, Aznan Asyraf membuat keputusan membeli sehelai jubah kembang di bahgian bawah yang berwarna putih mutiara. Di hiasai dengan corak sederhana di lengan berwarna emas. Dan juga sehelai selendang bercorak ringkas berwarna hitam keemasan sedikit di hujung selendang.

Usai membuat pembayaran, Aznan Asyraf tidak lekang mengahadiahkan senyuman kepada pelayan perempuan tadi. Senyumannya di balas. Namun jauh di sudut hatinya, dia tahu yang perempuan itu sudah mula syok dekat dia!

++++++++++

“Puan Farisya, ini dia fail yang puan minta saya tadi.” Mai menunjukkan fail yang dibawanya kepada Farisya selaku majikannya.

“Terima kasih.” Farisya mengambil fail yang dihulurkan kepadanya dan berlalu masuk ke dalam pejabat. Banyak kerja yang perlu di lakukan. Jika tiada kerja pasti dia sendiri yang akan melayani pelanggan yang datang ke butiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience