Bab 6

Other Series 16115

BAB 6

“Kenapa aku! Kenapa aku yang perlu lalui semua ni! Ya Allah..kenapa aku. Kenapa aku..” rintih sahaja suara Farisya. Dia duduk berteleku di tepi katil. Tangisannya teresak-esak. Mengenang nasib yang malang. Jiwanya menjadi walang.

“Selama ni aku tak tahu. Tapi bila semuanya di rungkai, bahagia ke dia? Kenapa buat dia macam ni. tak ubah seperti binatang! Binantang pun tahu makna sayang!" katanya dengan geram. Air mata masih laju menuruni pipinya.

Selepas puas dia menangis akhirnya dia tertidur kerana terlalu kepenatan. Selama lima tahun dia menetap luar negara dengan keluarga angkatnya semua ini tidak menjadi igauan ngeri buatnya.

“Farisya, jagan kamu biadap dengan ayahanda kamu. Dosa.” Pak Wahi menegur.

Suasana di dalam ruang tamunya tidak lagi sedingin tadi, kini mulai hangat apabila berlaku pertegangan urat antara dua darjat!

“Saya bukan nak kurang ajar abah. Sebab saya sedar diri saya sapa di mata Tuan Zainudin.” Farisya mula mengendurkan nada suaranya kini tidak lagi sekeras tadi.

“Saya tak faham. Tujuh belas tahun saya hidup di sini. Saya sentiasa di depan mata dia. Di depan mata adik saya. Tapi saya tak tahu pulak yang saya ni anak dia. Patutlah pelik je nama ayah saya.

Patutlah saya juga berada di sekolah yang sama. Sekolah yang tak mampu keluarga macam kita ni pergi. Rupanya ada insan yang baik hati menanggung. Tapi sayangnya, kebaikannya hanya untuk menutup malu!” kata Farisya menyindir Tuan Zainudin.

Farisya tersenyum sinis. Mak Leha hanya menangis sejak tadi. Kejap dia mengelap airmata yang mengalir.Siapa pun akan merasakan hal yang sama dengan Farisya bila kebenaran di singkap dengan sesuatu yang di luar batasan pemikiran.

Selama ini dia bermain teka-teki siapa ayahnya yang di gelar Pak Din. Rupanya Tuan Zainudin. Dan kini dia mengerti mengapa Puan Hajar melarang dia untuk menikahi anak lelakinya hanya kerana kebenaran yang jijik untuk dia katakan kepada Farisya.

“Pulanglah Tuan Zainudin. Tempat Tuan bukan disini. Tetapi di rumah banglo mewah yang di impikan oleh semua untuk berada di dalamnya. Pergilah Tuan.”
Pertegangan urat itu berlaku sekejap. Seolah baru sahaja ia berlaku dan kini masa telah meninggalkannya.

Sekali lagi Farisya terbangun dari lenanya. Di raup wajahnya yang lesu dek keletihan yang tamu. Lantas, dia ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Memohon di beri kekuatan untuk dia menghdapi hari seterusnya dengan ketabahan yang di pinjamkan oleh Allah.

“Ya Allah, peliharkanlah roh arwah ayahanda ku, Tuan Zainudin. Tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman.” Menitis air mata Farisya saat mengaminkan doakan yang dimintanya.

Usai habis sahaja dia berdoa ketenangan kembali menemuinya. Dan terus dia merebahkan badan di katil. Lenanya tidur dengan hati yang kembali tenang..
Jam lonceng yang terletak di sebelah katilnya menunjukkan ke angka 06.15 pagi. Awal lima belas minit Iman bangun hari itu.
Nak lelapkan mata, tapi dah tak mengantuk. Walhal malam tadi cukup payah untuk dia melelapkan mata.

Mahu tak mahu, dia akhirnya bangun juga. Menyegarkan tubuhnya yang kelesuan dan sengal-sengal. Kemudian dia menyegerakan tuntuan untuk menunaikan solat Subuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience