Bab 4

Other Series 16115

BAB 4

Keriuhan banglo dua tingkat pada petang itu menceriakan suasana. Mata Puan Hajar di tutup sebelum sampai di halaman taman rumahnya.

Semua yang hadir senyap ketika melihat kedatangan Puan Hajar dengan anak gadisnya, Mutiara Hanani.
Dengan kiraan satu sampai tiga, kain yang menutup mata Puan Hajar di buka dan semua yang hadir yang terdiri dari saudara mara terdekat menyanyikan lagu ulang tahun buat Puan Hajar.

Puan Hajar menerima kucupan kasih dari anak perempuannya. Kemudian menantu lelakinya, Syed Awal. Barulah saudara mara yang lain mengambil tempat memberi ucapan ulang tahun kepadanya.

“Sayang, nampak tak abang kamu mana?” Puan Hajar bertanyakan anak perempuannya. Sejak awal lagi kelibat Aznan Asyraf tidak kelihatan.Tertanya-tanya pula hati seorang ibu di mana anaknya berada pada majlis sambutan hari lahirnya kerana batang hidung anak lelakinya itu tidak nampak di mana-mana sejak awal lagi.

Pun begitu, majlis tetap diteruskan. Dendangan lagu hari lahir bergema memenuhi majlis yang dianjurkan. Saat orang sudah bertepuk tangan tiba-tiba suasana jadi sunyi seketika sebelum satu lagi lagu dinyanyikan khas buat Puan Hajar.

“Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Puan Hajar, bonda kami. Allah selamatkan kamu...” semua menyanyi sekali gus lagu ulang tahun yang selalu didendangkan itu.

Semua mata yang hadir di majlis sederhana itu memandang suara yang menyanyi lagu Allah selamatkan kamu.Tersenyum Puan Hajar melihat kedatangan anak lelaki kesayangannya itu. Di peluk bondanya dan dia mengucup pipi dan dahi bondanya yang telah banyak berjasa dengannya.

“Selamat hari ulang tahun bonda.” Ucap Aznan Asyraf. Dihulurkan sebungkus hadiah yang di balut cantik kepada bondanya. Puan Hajar menerima degan hati yang gembira. Lantas sebuah ciuman hinggap di pipi anaknya itu sebagai tanda terima kasih.

“Terima kasih sayang.” kata Puan Hajar. Dipeluknya Aznan erat. Gembira sungguh hatinya sebagai seorang ibu hari ini.

Semua hadirin bertepuk tangan sekali lagi. Gembira dengan apa yang dilihat. Kasih sayang antara ibu dan anak. Mereka yang hadir semuanya menikmati makanan dan minuman yang telah di hidangakan di hadapan mata.

“Bonda ingat Aznan lupa tadi majlis bonda.” Ujar Puan Hajar dengan senyuman yang meleret. Dari tadi bondanya asyik bertanyakan hal yang sama.

“No bonda. Macam mana Aznan lupa majlis insan yang banyak berjasa dengan Aznan.” Di peluk erat Puan Hajar dengan penuh kasih sayang.

Selama hidupnya, dia hanya menyayangi wanita itu sahaja. Tiada siapa pun yang boleh menggantikan tempat dia. Dari sudut yang tidak jauh dari mereka, Mutiara melihat kasih sayang yang begitu mendalam terhadap bonda yang tiada galang gantinya. Tersenyum dia melihat kemesraan dua beranak itu. hatinya juga gembira.

“Jauh termenung tu. Termenung fasal apa ni?” Syed Awal berkata lembut di cuping telinga isterinya. Senyuman dilemparkan dan wajah Mutiara berpaling ke arah suaminya, Syed Awal. Mereka saling berpandangan dan senyum.

“Bahagia sangat sayang bila tengok Aznan tersenyum. Sejak arwah ayahanda tiada empat tahun yang lalu, Aznanlah yang menggantikan ayahanda.” Marlina memeluk manja lengan Syed Awal.

“Beruntung siapa yang dapat abang Aznan.”Ye. Beruntung siapa yang mendapat Aznan sebagai suami. Dan jauh di sudut hati Ku Yana berdoa semoga impiannya menjadi nyata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience