Bab 13

Other Series 16115

BAB 13

Terlopong Aznan Asyraf dan Mutiara Hanani mendengarnya. Bagaikan tidak percaya dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Armel Farisya tadi.

“Diam!” kata Puan Hajar keras.

“Saya tak faham. Masih wujud dalam dunia ni manusia seperti Puan Hajar kan. Yang malu dengan kecacatan anaknya sendiri. Yang membuang anaknya tanpa pengetahuan suami sendiri. Layak ke awak di panggil ibu Puan Hajar?” Armel Farisya menggasak lagi.

“Selama ini saya menyalahkan arwah ayahanda saya kerana dia tidak pernah kisah dengan saya. Saya salahkan diri saya sebab lahir sebagai seorang yang cacat tangannya. Saya salahkan ummi dan abah kerana tidak memberitahu saya hal sebenar.” kata Armel Farisya terus terang.

“Kenapa awak lahirkan saya kalau awak dah benci dengan diri saya! Hanya kerana kecacatan ni, awak serahkan saya kepada Mak Leha untuk menjaga saya sewaktu usia saya dua bulan! Sewaktu ayahanda pergi ke China untuk mengembangkan bisnensya. Awak beritahu dia yang awak gugur. Setahun kemudian awak mendapat anak. Dan kebahagiaan milik awak. Dua belas tahun saya berperang dengan jiwa saya. Dua belas tahun saya menderita kerana di hina kawan sekolah. Sehingga ayahanda saya tidak tahu yang saya adalah anaknya sewaktu dia melawat sekolah anak cacat.”

“Kemudian, rahsia kian terbongkar tahun demi tahun. Awak tahu apa yang saya rasa? Saya menyesal ada ibu seperti awak!”
Tergamam semua dengan pengakuan Armel Farisya.

“Apa semua ni bonda? Farisya apa yang awak merepekkan ni?” Aznan Asyrah mencelah. Tidak betah berdiam diri. Apa yang dia dengar, perlukan penjelasan. Namun Puan Hajar hanya mendiamkan diri dan menangis mendengar tohmahan dari Armel Farisya.

“Dulu saya sedih dengan apa yang menimpa. Namun, bila Tuan Zainudin datang dalam hidup saya dan menjelaskan segalanya barulah saya boleh memaafkan awak, Puan Hajar walaupun hati saya cukup terluka. Saya faham Tuan Zainudin tidak tahu semuanya. Hari demi hari saya harap saya akan berjumpa dengan awak semula demi menjelaskan hal sesungguhnya kepada saya. Sehingga Tuan Zainudin meninggal dunia bersama suami saya, Puan Hajar masih juga mendiamkan diri dari muncul dan menegakkan kebenaran di sebalik semua ni.” KAta Armel Farisya yang geram.

Pilu hantinya untuk meneruskan. Namun, inilah peluang yang dia ada untuk meluahkan segalanya. Penderitaan yang mereka alami bersama hanya Puan Hajar dapat menjelaskan.

“Apa yang sebenarnya cuba awak sembunyikan Puan Hajar?” Kali ini nada suara Armel Farisya sedikir bergetar. Matanya dapat melihat riak kecewa di wajah Aznan Asyraf.

Mutiara Hanani terduduk mendengar semua cerita yang di beritahu oleh Armel Farisya. Mengalir airmatanya bila teman sendiri yang selama ini baik dengannya tegar berbuat sedemikian. Suasana menjadi sepi seketika.

“Maafkan saya Puan Hajar kerana muncul dalam hidup Puan. Selepas ini janganlah Puanberasa khuatir kerana saya takkan kembali lagi dalam hidup Puan mahupun Aznan dan Tiara.” kata Armel Farisya tegas.

Seketika kemudian, Iman bersujud di kaki Puan Hajar dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya. Dan mengahalalkan susu yang pernah di minum sewaktu lahirnya. Armel Farisya keluar meninggalkan banglo itu dengan perasaan rawan. Di biarkan Aznan Asyraf mendapatkan penjelasan dari bondanya.

Cukuplah kesakitannya selama ini. Larangan dari ummi untuk dia bertemu dengan ibu kandungnya ternyata berkeadaan sedemikian. Bila hatinya terpaut dengan keikhlasan hati abangnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience